20 Mei 2009

Sekatan kian giat dijalankan

Salam kepada semua.
Aku terpaksa mencuri laluan untuk memasuki blogger.
Mungkin ini hanya berjaya untuk kali ini saja.
Sebab tadi 'laluan' yang aku perolehi sudah juga disekat.

Ini 'laluan' baru untuk aku kemaskini blog ini.
Sekadar ingin berkongsi info kepada semua.
Kerajaan sini memang sangat menyusup bawah rimbunan semak.
Kita tak tahu apa yang diorang buat.

Akibatnya pernah seorang blogger ditangkap tanpa pengetahuan dia.
Namanya Chinabounder. Blognya pada awalnya disekat. Kemudian, polis hunt down dia.
Tapi dia memang perlu ditangkap kerana menjadikan guru-guru sekolah sebagai bahan pornografi dia.

Sebelum Olimpik tahun lepas juga, semua laman blog yang dihos ke blogger/wordpress disekat.
Bukan itu saja, sewaktu persidangan Komunis sedunia juga begitu.
Namun, kemudiannya ia dibuka semula.

Hasil pembacaan, aku dapati mereka tidak begitu senang dengan penulisan berbentuk politik dan keagamaan.
Adakah aku termasuk dalam mana-mana kategori ini sehingga menjatuhkan imej mereka?
Rasanya tidak. Mungkin disebabkan kerbau seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.

Hingga kini juga, tiada siapa tahu bila dan kenapa sesuatu blog disekat dan dibenarkan beroperasi semula.
Dulu pada akhir 2008, blogger juga pernah disekat begini.
Usah cakap pasal youtube. Itu lagi lama sudah disekat.

Tiba-tiba rasa bersyukur kerana kerajaan Malaysia tidak berperangai begini. Kita sendiri yang kena pandai memilih.
Mana baik dan buruk kerajaan serahkan pada kita memilih.
Hinggakan keburukan kerajaan juga dibenarkan didedahkan.
Bagus begini sebab ia tidak membodohkan rakyat yang celik membaca.

Semoga kita dapat bertemu lagi nanti.
Doakan segalanya dibantuNYA.

9 ulasan:

Unknown berkata...

Blogger di sini pula senantiasa dipantau. Silap-silap, "dipanggil" pula!

Sahalfikri berkata...

Anuar: Kalau sudah dipanggil, alamatnya anda seorang yang berpengaruh!

Ticer Syah berkata...

hoho.. tamo dipanggil.. dipantau sudah la.. ahahha

3p4h berkata...

Hishh sgt kejam di sana!

Bahaya woo.. Xpe2, dia ada cara dia, kita ada cara kita.. Ha5..

All da besh abg suhail!

Sahalfikri berkata...

mamida: Haaa, takut la tu kakitangan kerajaan. Ngee..

epah: betul3 (gaya Ipin)

Ticer Syah berkata...

rasa mcm ko duduk kat zaman dulu kala plak bila disekat2 nih. wakakaka

Sahalfikri berkata...

bersyukurlah mamida hidup di Malaysia wlp ada lagi yg ikut undang2 rimba kat sana.. sbbnye sini lagi rimba..hahaha

kano berkata...

tak bestnye kalo kena block. macam kompeni gua nila!nasib baik skang dah ok balik!!

kalo ada ape2 nak mtk tlg ke ape ke, kontek2 ke, email kat email kano. noor.zuraida@prudential.com.my

rindu la gak kat adik sorang ni! :p

Sahalfikri berkata...

kano: patotla da lama xdgr cite. anak apa kabar? la.. rindu gak dgn akak, abg n anak..(xpnah tgk pun)

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular