20 Mac 2009

Restoran muslim di Guangzhou


Ramai rakyat Malaysia ke Guangzhou berbekalkan makanan halal dari Malaysia. Biasanya pasti ada yang bawa maggie, roti, serunding, sardin, dan macam-macam lagi makanan segera.

Sebab apa jadi begini? Macam Epyn la, dia dapat informasi salah. Atau orang yang beritahu dia itu tak ada orang perhubungan di China. Jadi, dia tak tahu betapa mudahnya mencari makanan halal di sini.

Setakat ini, aku masih dapat mengenyangkan perut dengan masakan halal lagi sedap di restoran-restoran Muslim sekitar Guangzhou. Bagi yang ingin memasak sendiri di hotel tempat dia menginap, boleh juga membeli daging-daging halal. Ada juga kedai runcit yang sarat dengan pelbagai bahan mentah halal (antaranya diimport dari Malaysia).

Mudah saja nak kenal restoran Muslim. Kebiasaannya pasti tertera tulisan Arab pada papan tanda restoran. Para pelayan juga berkopiah dan bertudung. Cuma tempatnya saja yang kemungkinan tersembunyi. Maka, orang-orang seperti kami sangat penting untuk dihubungi supaya dapat ke restoran-restoran ini.


Tak tahu baca hanzi (karakter tulisan) Mandarin? Tak menjadi masalah. Semua restoran yang dibuka pasti menyediakan menu bergambar (sekali dengan harga). Jadi, pilihlah apa yang menambat hati anda.

Bagaimana nak pesan? Tak susah. Anda tunjukkan saja gambar dalam menu dan jari untuk bilangan. Air teh cina pasti disediakan secara percuma. Senang kan?


Jadi, jangan risaulah untuk mendapatkan makanan halal di sini. Nanti aku tunjukkan gambar lain pula. Korang pasti tak percaya aku boleh habiskan sepinggan nasi di sini. Tunggu..

10 ulasan:

Ticer Syah berkata...

sonang la cari makanan kalau duduk kat kawasan yg ada orang islam.. tp tempat yang adik ipo aku dok pi tu... susah dei.. dok bawak roti n megi stiap kali dia pi konvensyen kat sana..

pi sana seminggu balik mesti perut dia kempis.. kuikuikui..

even tempat shoping pong tatak mcm ko citer kat aku.. cian dia.. kekekke

Sahalfikri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sahalfikri berkata...

Entri ni kan khusus di Guangzhou.Pasal aku dok jumpa org Malaysia ke sini yang sarat dgn muatan makanan. Kesian diorang kena bayar lebihan kilo.

Tempat shopping mmg terkenal kat Guangzhou la. adik ipo hang p mana? beijing kot..

Tanpa Nama berkata...

tim sum ada kat sana?

kalau aku gi sana aku contact ko nnt.

Hammad

3p4h berkata...

Wah!!! Akhirnya abg suhail jmpa gak tmpt2 mkn yg besh kt sna n halal.

Tiba2 entri ni berkaitan dgn Catering Day yg kitorg akn wat next week kt UIA Kuantan.

He5... Slmt menjamu selera

Sahalfikri berkata...

hammad: Ada2.. tp kat shenzen. Kat guangzhou banyak makanan ala muslim di XinJiang dan Hunnan. Makanan cina betul macam dekat Malaysia susah sikit la.

epah: wah, mesti mcm2 ,masakan korang buat kan? Selamat menjamu selera kepada warga UIA Kuantan..

Ticer Syah berkata...

adik ipo den bcadang nak anto kopi ke china.. amacam? ada market kah? katanya kopi mahal.. btoi ka deiii.. nnti update len.. hehe

Sahalfikri berkata...

mamida: kopi apa dia nak hantaq mai? sini ada kopi gak tapi mmg import la. nescafe. mmg mahal sikit. utk urusan lebih detail, emel aku na..

Marliza Radzi berkata...

sedapnya Chinese foods!

tapi selalu sangat, bosan kot. sebab tak pedas. haha.

Sahalfikri berkata...

AM: ada daerah cina di sini yg mkn pedas sgt.. tak boleh tahan wo..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular