21 Mac 2009

Jom makan

Inilah nasi yang pernah aku makan di sini. Semuanya dalam lingkungan harga 8 元 - 12 元 (RM 5 - RM 7). Pertama kali makan,memang terkejut. Sebabnya satu pinggan nasi macam untuk 2 orang makan. Tapi lama-kelamaan sudah biasa makan sampai licin pinggan.



Makan nasi pun guna chopstick tau. Mula-mula dulu berterabur nasi atas meja. Nasi kan berderai, jadi yang sempat masuk mulut sikit saja. Lama-lama lepas itu insiden tu tak terjadi lagi.



Tapi kan, aku mula perasan cara makan aku sudah agak gelojoh. Pernah tengok kan cina makan macam mana. Kalau makan nasi berlauk, lagilah nampak gelojoh. Tangan bersilang-silang menerkam lauk. Terus masukkan dalam mulut. Diikuti nasi.Walaupun begitu, aku masih menduduki tempat terakhir menghabiskan makanan. Mmm..



Yang bawah ini mee 拉面 (la mian), mee buatan tangan. Memang sedap. Tak sama macam mee kuning kita. Bila kita pesan, baru dia buat. Dia uli. Lepas tu, dia leraikan guna jari. Menarik tengok.



Makanan kat bawah ni pula, aku rasa mereka buat sendiri juga lah (tak pasti sebab tak dpt tgk dapur dia). Sebabnya kuetiaw pun guna tepung sama buat la mian. Mereka suka makanan segar. Jadi, aku rasa sama juga kot.




12 ulasan:

Unknown berkata...

Ini nasi goreng Cinakah?

Ticer Syah berkata...

sodap bonar.. kalau aku dok sana..pasti aku gumuks melampau2.. wakakkaka

Sahalfikri berkata...

Anuar: Betul2.. tapi rasa tak sama dengan yang dijual di Malaysia.

mamida: ish, sini sangat susah jumpa org gemuk. nak cari saiz pakaian dan kasut utk org gemuk pun susah. lu pun kalo kat sini takkan gemuk kot. sbb satu hari mungkin berjalan kaki lebih 2 km (tanpa sedar).

Tanpa Nama berkata...

salam...
tgk mknn2x tu pagi2x..rser cam lapo la plak..huhu...sedapnya..
nak kena p kf ni..=) my stomach strting to dance..(^-^)

Sahalfikri berkata...

Ika: salam..mm..mujur lapar biasa, boleh cari pape makanan. kalau laparkan makanan dlm gambar ni, mmg tak tahula mana nak cari kat sana tu..hehe. kf? mm..boikot2. Ngee..

Tanpa Nama berkata...

wah tringin nk makan mee yang diorg buat pakai tgn n lerai2kan dgn jari tuh. slalu tgk chinese food show ade derang buat, sgt berseni gayanya.

Sahalfikri berkata...

sham: aku dah tanya laoshi ada tak belajar seni buat la mian di sekolah, katanya takde..hehe. teringin juga belajar.

Ummu Mukhlis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ummu Mukhlis berkata...

wuih..kalah nasi goreng cina ayah buat nih..bro..lu mmg bikin gua lapar la..nk kene g china la ni utk kurus..ehehee..

rina kata: abg suhail mesti makin tembam balik nnt..

abg, syira knalkan abg kt lecturer syira (yg syira cte kt dlm blog tu) taw..=)

*comment yg delete kt atas tu, gua yg delete..tersalah tulih..hehe

Sahalfikri berkata...

syira: Nasi goreng cina malaysia sebenarnya lagi sedap. Hehe.Sini kurang bahan. Takpe, jalan kaki dr IIC ke rumah pun boleh, tak payah ke china pun.Sampaikan salam perkenalan dengan lecturer tu.

rina: syukurlah boleh tembam. Hehe..

* abg masih belum sempat buatkan jadual aktiviti utk UG. maaf ya.. nanti akan diusahakan, InsyaAllah.

Marliza Radzi berkata...

gambar makanan kedua itu nasik kan?

suhail makan nasik yang dipenuhi kuah?

bukankah suhail tidak makan sebegitu?

Sahalfikri berkata...

AM: Hahaha. Kau masih ingat tabiat pemakanan aku. Gambar tu tipu kau. Diorang masak lauk berkuah pastu tuang atas nasi. Jadi ada yang meleleh setempat sampai nampak kuah banyak. Banyak lagi portion nasi yang tak kena.

Baru-baru ni aku dapat nasi yang mmg penuh kuah. Kau mesti faham kenapa aku tak dpt habiskan. Ngee..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular