19 Disember 2006

Menumpang teduh



Lepas maghrib, aku pun baca al-Quran bersama terjemahan. Ayat terakhir sebelum aku akhiri bacaan membuatkan aku teringat tentang solat Jumaat minggu lepas.

Aku datang agak lewat ke solat Jumaat tapi masih sebelum azan Zohor. Tempat duduk berteduh semua dah penuh. Dalam keterpaksaan, aku membiarkan diriku terjemur bawah terik mentari. Mata aku merayau mencari tempat teduh tapi tiada ruang lagi.

Di sebelah aku, seorang saudara yang kulit lebih cerah daripada aku. "Mungkin dia lebih rasa panas daripada aku" ujar hati kecilku. Aku sudah berpeluh-peluh. Azan sudah berkumandang dan khutbah pun bermula. Lebih setengah jam aku berjemur.

Tiba-tiba aku teringat pesan seorang ustaz waktu aku Tingkatan 3 dulu. Cuba bayangkan jarak matahari yang sangat jauh itu sekarang ni pun sudah membuatkan kita rasa panas. Macamana agaknya kalau diseksa oleh api neraka yang berkali-kali ganda lebih panas.

Jadi, aku cuba tahan dan rasakan bahawa ini balasan atas dosa-dosa aku. Alhamdulillah, aku sedikit tenang dan membiarkan peluhku menitis ke bumi. Aku jeling abang sebelah aku tadi. Dia memang cool. Mungkin dia juga berfikir begini, bisik hatiku.

Dalam aku mencari ketenangan itu, angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ya Allah, betapa nyamannya.. waktu tu aku teringat Nabi Ibrahim yang terasa sejuk saat api membakar diri. Semuanya atas izin DIA. Maka, aku terus desak diri untuk bergantung pada DIA. Kepanasan ini adalah kehendak DIA.

Angin pun bertiup lagi.. Ya Allah, aku rasa bersyukur sangat betapa nikmat nyamannya angin tu benar-benar terasa. Nak tau apa ayat yang aku terbaca tadi? Allah berfirman ,"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya selama-lamanya; mereka di dalamnya mempunyai isteri-isteri yang suci, dan Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh lagi nyaman." [ An-Nisa' (4) : 57 ]

Argghhh macamana teduh dan nyamannya syurga tu? Memang jauh berbeza dengan neraka. Mungkin inilah yang aku rasakan haritu. Secebis rasa panas dan secebis rasa teduh dan nyaman. Ahh memang nikmatnya tak dapat digambarkan. Tapi layakkah aku merasa nikmat tu?

Balik rumah tadi aku baca kisah Ammar bin Yassir dalam akhbar. Tau tak sebelum dia mati, dia beritahu para sahabat yang dia rindukan syurga dan ingin bertemu para sahabat dan Rasulullah.

Para sahabat lain hanya perasan itu petanda kematiannya apabila dia pulang dalam dukungan Saidina Ali, keadaan bajunya berlumuran darah, sehingga dinyatakan tiada kain atau baldu sekalipun dapat membalut darahnya yang suci untuk dikebumikan.

Tambah pula, Rasulullah juga bersabda bahawa syurga rindukan Ammar. This is the name of my brother. This story touched my little heart. A question pop up in my mind - syurga itu rindukan aku tak?

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular