23 Julai 2006

Orang Besar...Jaga-jaga!

Sebelum aku terus berkongsi tentang perkara ni, aku nak minta maaf kepada Tengku Sheena pasal tak dapat nak bincangkan isu mawi dan ina sebab pada saat ini ada perkara yang sangat penting yang memerlukan perhatian kita. Anyway, for AM there are some points related to such issue in this post.

Semalam aku pergi Seminar Undang-undang Keluarga Islam yang dirasmikan oleh Pak Khir Toyo. Orang kata dia (sengaja aku tak guna kata nama 'beliau') pandai bercakap dan punya Islamic thinking. Well, semalam memang terbukti apa yang orang cakap.

Pada permulaan ucapan perasmian dia, aku agak kagum sebab dia membawa audien ke untuk berfikir secara global tekanan dan cabaran kita, orang Islam, yang dewasa ini dimomokkan dengan perjuangan hak asasi.

Tetapi, pada penghujung ucapannya, aku agak sinis memandang pendapatnya, sebab dia menghentam Mahkamah Syariah. Bukan itu sahaja, dia menyindir hakim syarie atas sebab kelewatan penghakiman.


Dia kata,"...hakim-hakim kena adil dalam membuat keputusan.Kena ingat justice delayed is justice denied..."

Bagi aku, tidak salah untuk dia menegur cuma cara dan gayanya perlu sesuai dan nampak neutral. Aku dah panas dengan Zurul (kawan sebelah aku) lepas dia cakap macam itu. Aku rasa hakim dan peguam syarie pun sama. Memang pun sebab Dr. Zaleha dalam membentangkan kertas kerjanya berkata :

"...saya rasa YB MB kita lupa nak sambung kata-kata Lord Denning yang diambilnya tadi. Lord Denning kata justice delayed is justice denied.. and justice hurried is justice buried.."

Hah, ingat senang ke nak jadi hakim? Bukannya sebab hakim malas sampaikan hendak tangguh kes-kes yang sedia banyak tu. Memang betul, apabila dilewatkan penghakiman, kemungkinan mangsa mengalami banyak tekanan dan risiko. Namun, kalau dipercepatkan pula, kemungkinan kes itu tidak diadili sebaiknya. It has to be between the line.

Zainul Rijal (Presiden Peguam Syarie) pun rasa kecewa apabila kenyataan sebegitu nampak memperlekehkan Mahkamah Syariah. Sama seperti kes serban yang diadili di Mahkamah Sivil.

"...penghakiman itu betul untuk melarang pemakaian serban di sekolah tetapi remarks yang dibuat oleh hakim itu sendiri seolah-olah memperlekehkan nabi... 'kalau nabi naik unta, takkan kita nak naik unta?'.. ini sepatutnya tidak dikeluarkan oleh hakim tersebut. Dia lupa nabi pernah naik buraq yang tiada apa dapat menandinginya hari ini..."

Orang-orang besar macam MB dan Hakim Melayu Islam begini sepatutnya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan. Apa yang disampaikan menjadi sandaran dan orang akan quote biasanya (sebab diorang kan orang besar). Jadi, remarks ini adalah bonus kepada golongan yang memperjuangkan hak-hak asasi seperti yang diperjuangkan di Barat tu.

Kata Dr. Zaleha (dekan kuliyyah undang-undang UIA) lagi, perjuangan hak-hak asasi mereka ini perlu dibezakan dengan hak-hak asasi yang digariskan Islam sesuai dengan lokaliti budaya setempat. Elton John diiktiraf untuk berkahwin sesama jenis atas nama hak asasi dan itu tak bersesuaian bahkan menyalahi hak yang ditentukan Islam.

Aku ada sambungan tentang hak-hak ini. Sakit hati bila dengar perempuan dalam seminar semalam bersorak apabila kata-kata MB telah mencetuskan gender bias apabila sering menyalahkan lelaki termasuk sindiran kepada hakim yang semuanya lelaki. MB tak sedar tu yang inilah perjuangan hak-hak yang dia maksudkan tu. Jaga-jaga..

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular