01 Ogos 2006

Perkahwinan boleh jadi punca ke neraka

Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj



"Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang

perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya

sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."



Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai

masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya

jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya

singkat.


Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum

apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.

Allah mendengar.



Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk

lelaki yang jahat.Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar

seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.



Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu

sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2

mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.



Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati

kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah

memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org

yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar

lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain

membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.



Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal

mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,

alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti

itu dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal

mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2

bandar raya.



Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,

pasti ada baik buruknya.



Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,

sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping

membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org

yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.



Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam

berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan

hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya

jambatan ke neraka?



Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya

mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang

sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?



Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,

belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2,

carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai

yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh

terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.



Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya

gelanggang untuk mengukuhkan ima, mencintai Tuhan dan menjadikan

syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan

kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.



Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana

perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya

ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar

jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular