"Mari.. mari dekat-dekat jangan takut"
"Tengok sini betul-betul"
"Kertas ini akan bertukar menjadi duit"
Apa? Kertas bertukar menjadi duit? Aku tak percaya. Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak, aku pun terhenti seketika untuk menyaksikan mamat Indonesia ni buat pertunjukan.
"Dengan izin Yang Maha Kuasa, kertas ini boleh jadi apa sahaja yang kamu mahukan"
"Kamu mahu ditukarkan kertas ini kepada ayam, burung, kucing..semua boleh"
"Saya nak tukarkan kepada RM100"
Memang bijak penonton yang minta RM100 tu sebab duit boleh digunakan untuk macam2 hal. Tambahan pula, duit bukannya boleh dapat percuma. Mulalah mamat yang buat pertunjukan tu membaca bismillah dengan beberapa tambahan ayat di hujungnya. Tangan penonton yang diminta bekerjasama tu tiba-tiba terasa panas.Dia beritahu pada mamat tu, dan dimintanya bersabar.
Rasa ingin tahu dan curiga itu membuatkan aku menyelitkan diri di celah-celah badan manusia yang lain yangturut terpegun. Sambil mamat tu memegang tangan si penonton tu, dia pecahkan sebiji telur ayam dan dimasukkanke dalam sampul surat. Katanya yang dalam sampul surat itu akan bertukar menjadi wang yang lebih besardaripada yang di dalam genggaman si penonton tadi.
Apabila tangannya dibuka, memang betul penonton itu berjaya mendapatkan RM70. Itu agak mengagumkan walaupun dalam diri aku masih percaya dia mempunyai 'ilmu' yang memerlukan khidmat 'kawan' dari alam lain. Sebabnyaperkara ini dijadikan tontonan. Lainlah seperti wali Allah, mereka memang boleh menukarkan daun menjadiduit dengan izin Allah (ini cerita benar pengalaman ayah sewaktu kecil) tetapi mereka tak pernah menunjuk-nunjuk.
Kini, sampul surat pula dibuka. Dan kelihatan 4 nombor. Tak semena-mena ada pula seorang ni datangmengatakan dia sudah dapat wang hasil daripada nombor yang tertera dalam sampul pada persembahan lalu.Ini membuatkan ramai percaya tak termasuk aku dan abang Haris (yang menemaniku mencari barang di Chow Kit).
Yang pasal duit dalam genggaman itu aku masih boleh terima kalau dikatakan itu bukti kekuasaan Allah. Cuma tang sampul surat ni aku tak setuju. Mana mungkin Allah membantunya untuk berjudi dengan memberikannombor ramalan sedangkan Allah dah haramkan berjudi. Logik ke?
Dalam pada itu, fikiran aku dan abang Haris rupa-rupanya serupa. Kami dengan serta-merta beredar apabilanombor ramalan diedarkan dan mengeluarkan dompet kerana bimbang duit yang diterima si penonton tadi datangnya daripada duit kami yang 'dicuri' oleh 'kawan'nya. Manalah tahu kann..
Yang penting kita kena ingat, Allah pernah berkata,"Hai orang-orang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi,berkorban untuk berhala, menilik nasib, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan." (Al-Maidah [5]:90) Jadi, kalau melibatkan judi ni,kira dah 'berkawan' dengan syaitan la tu. Itulah sebabnya nak percaya pun susah apabila menonton pertunjukanhebat tu.
Aku juga ada kawan yang berjudi. Memang apabila melihat cara hidupnya senang saja. Belanja orang sini sana.Makan pakai semuanya mewah. Beruntung dia sebab berjudi kan. Mungkin itu yang difikirkannya. Tapi, menjauhinya lagi menguntungkan. "Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamulantaran meminum arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan solat. Maka berhentilahkamu daripada melakukan pekerjaan itu."(Al-Maidah [5]:91).
Sekali fikir macam tak logik berjudi menyebabkan permusuhan tapi yang berfikir begini sebab tak fikir betul-betul.Alahai, macam kawan aku tu dia sudah mula membenci kawan-kawan yang menegurnya. Baginya hidupnya sudahsenang dengan berjudi, mengapa pula kita nak halangi dia. Akhirnya, kawan-kawan rapat juga malas naklayan perangainya dan terputuslah tali silaturrahim yang terikat. Soal solat dan lain-lain tu akutak perlu cerita kot.
Kalau kawan aku tu membaca, aku harap kau hentikan saja perbuatan tu. Aku sekadar nak kongsi cerita dan rasa sakit hati sebab masih ramai orang Melayu yang sanggup beratur menunggu di kedai Sport Toto, Magnum, 4 Nombor Ekor semata-mata untuk membeli nombor cabutan bertuah (nama baik yang diiktiraf kerajaan bagi membenarkan perjudian). Bukan anak muda saja, bahkan nenek dan datuk siap bertudung dan berkopiah, lagi kerepot membongkok, dan bertongkat menunggu dipapan keputusan menantikan dengan penuh debaran tuah yang dimaksudkan.
Kalau tak percaya cuba lalu di Jalan Pudu, betul-betul bersetentang dengan Hospital Bersalin Shin Tung (kalau tak silap namanya la) ada kedai MAGNUM bersebelahan hotel 5 bintang (tak ingat nama), memang penuh pelanggan dan kotor disebabkan orang membuang sampah di merata-rata tempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan