06 Julai 2006

Kalau dah jodoh tak ke mana

KUALA LUMPUR: Kisah cinta penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin dengan ahli perniagaan, Datuk Mohd Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali ‘Datuk K’ menjadi bahan penulisan terbaru penulis buku politik, Syed Hussein Alwee Alattas atau Pak Habib.

Semua orang nak cite pasal Siti dan Datuk K kebelakangan ini. Jadi, aku pun nak cite gak. Tapi aku sekadar nak dedahkan apa yang dah terdedah. Ini hah, Pak Habib dah perkenalkan satu buku terbaru tentang kisah cinta diorang ni. Berani cubaan dia ni. Laku..memang mungkin laku (pandai gak dia cari duit waktu gini)

Dalam buku berjudul Kalau Jodoh Tak Ke Mana itu, Datuk K mengakui dia jatuh hati dengan Siti ketika mata mereka bertentangan di rumah penyanyi itu di Kuala Lipis, suatu ketika dulu.Pengakuan itu dibuat Datuk K dalam pertemuan dengan Syed Hussein atau lebih dikenali Pak Habib di pejabat ahli perniagaan itu di Tingkat 18, Menara Naluri, Jalan Ampang, di sini.Pak Habib dalam bukunya itu seolah-olah mengesahkan perkahwinan di antara Siti dan Datuk K akan dilangsungkan pada Ogos ini.

Korang bacalah sendiri sambungan berita dari Berita Harian 7 Julai 2006 ni...

Buku yang diterbitkan JB News Media Network dan dijual pada harga RM10 itu juga memuatkan pengakuan Datuk K bahawa dia sudah beberapa kali bertemu Siti Nurhaliza sebelum itu, namun hatinya belum terpaut kerana ia sekadar membincangkan perniagaan antara syarikatnya, Kumpulan Syarikat ACE dengan syarikat milik Siti, Siti Nurhaliza Productions (SNP).

"Saya dan Siti berpandangan mata dan ketika itulah hati saya terpaut. Sebelum ini kami dah beberapa kali bertemu namun tidak pernah saya merasakan kelainan kerana saya hanya memujinya sebagai penyanyi."Namun, peristiwa yang berlaku di hadapan ayah dan ibu di rumahnya benar-benar menjadi sejarah indah perkenalan saya dengan Siti," katanya.

Pertemuan itu berlangsung ketika Datuk K, 47, berkunjung ke rumah keluarga Siti Nurhaliza, 27, untuk berbincang mengenai perniagaan dengan bapa dan abang penyanyi berkenaan. Siti turut serta dalam perbincangan itu.Dalam buku itu, Datuk K menjelaskan mengenai keadaan Siti pada hari itu yang mana ia disaksikan ibu bapa penyanyi berkenaan.

"Paling indah, ketika itu saya memandang Siti dengan pandangan yang amat berbeza. Hari itu dia tidak bermekap, cuma mencantikkan diri atau berpakaian berjenama tapi sekadar berkain batik dan berkemeja-T saja. Itulah punca yang membuatkan hati saya mula ingin mendekatinya."

"Saya rasakan kesederhanaannya itu adalah keistimewaannya. Hati berkenan bukan pada pakaian atau luaran, ia satu tarikan yang sukar saya ceritakan. Sukar nak saya jelaskan di sini, tapi itulah titik permulaan bagaimana saya mula rapat dengannya," kata Datuk K. Buku itu juga memuatkan insiden di meja makan dan rupa Siti yang berminyak ketika memasak seperti yang Datuk K. Siti mencedukkan lauk ke dalam pinggan Datuk K dan secara spontan juga ahli perniagaan terbabit menceduk lauk untuk penyanyi berkenaan.

"Bertitik tolak dari saat itulah, pandangan Datuk K terhadap Siti berubah daripada memuji Siti sebagai penyanyi berbakat besar kepada menghormati dan ingin mengenali hati budi Siti secara lebih rapat."Buku ini juga memaparkan gelora Datuk K yang teringatkan Siti ketika berada dalam pesawat untuk keluar negara.

"Pernah suatu ketika, Datuk K yang berada dalam pesawat untuk ke luar negara tidak dapat menahan gelora di dalam jiwanya untuk menghubungi Siti yang dijawab penyanyi berkenaan pada jam 1 pagi waktu Malaysia. Selepas berkali-kali diajukan Siti dengan soalan untuk menduga dan selepas melafazkan perkataan 'Maaf,' Datuk K akhirnya membuat pengakuan bahawa beliau teringatkan Siti.

Menyedari Siti adalah penyanyi, Datuk K dalam buku itu menegaskan dia tidak akan menghalang Siti meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas mereka mendirikan rumah tangga kerana keistimewaan bakat Siti tidak harus dipersia-siakan.

Dunia artis dan politik sama je. Masing-masing dibanjiri gosip. Apabila sebut pasal gosip, maknanya tak tentu betul. Pernah tengok Fenomena Seni di TV1 tak? Pernah ada bincang pasal gosip dunia artis ni. Wartawan kata, gosip ni biasanya kisah benar yang didapati sendiri daripada artis itu atau orang terdekat dengannya. Jadi, ada kemungkinan benar.

Apapun, kita orang muslim seharusnya mengambil sesuatu dari sumber yang kuat dan kukuh. Bukan soal siti atau datuk k je..semua perkara pun gitu. Dengar boleh, percaya pun boleh tapi selepas diselidiki la. Betul tak?

'Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan'.

[Al Hujurat:6]

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular