04 Julai 2006

Tikus oh tikus

Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia. (Yasin [36]:82)

Kalau tengok pada binatang kat sebelah ni, apakah agaknya yang biasanya terlintas di kepala? busuk.. geli.. kotor.. lembik.. etc. Gambar yang aku letak ni nampak macam cantik sikit (agaknya la) berbanding yang biasa kita nampak kat warung-warung tepi jalan, yang belakangnya sampah penuh longkang, di dapurnya plastik dan sampah bersepah, kotak dan tin diselitkan mana ruang yang ada).

Tapi kali ini pengalaman baru bagi aku. Tikus ni nyaris-nyaris membuatkan penunggang motor depan aku terbabas. Aku pun hampir-hampir terlanggar ekor tikus ni. Tak pernah sebelum ni terlintas ada tikus yg nak melintas jalan besar. Kucing, lembu, dan anjing tu biasalah kan. Kalau di Australia, ada papan tanda beritahu kanggaroo melintas.

Tak pernah juga terfikir sebenarnya mungkin juga semut, lipas, cicak, kerengga atau lipan melintas jalan. Sebab apa? Sebabnya haiwan-haiwan ni semuanya kecil. Bila melintas, mata kita terlepas pandang pada binatang ni.

Risau juga dibuatnya takut terlanggar tikus tu sebab aku terbayang ada orang pernah kata kalau kita tekan tikus tu, ia lembik je n tak mati, itu pasal lubang kecik pun boleh ia lepas. Betul ke tidak aku tak tahu. Jadi, kalau betullah, mungkin roda aku akan tersasar yang bisa menyebabkan aku terjatuh.

Hah, kau nak cuba meramal nasib kau? siapa kau sebenarnya? mana kau tahu kalau kau terlanggar tikus, kau akan jatuh motosikal? inilah namanya nasib. Oppss, bukan.. ini takdir sebenarnya. Pernah dengar tak satu kisah lawak sufi bernama Nasrudin?

Nasrudin sedang berjalan-jalan dengan santai di kawasan rumah orang tanpa izin, ada orang jatuh dari atap rumah dan menimpanya. Orang yang terjatuh itu tidak terluka sama sekali, tetapi Nasrudin yang tertimpa atap menderita cedera leher. Dia pun dibawa ke rumah sakit. Para tetangganya datang menjenguknya, mereka bertanya, ''Hikmah apa yang didapat dari peristiwa itu, Nasrudin?'' ''Jangan percaya lagi pada hukum sebab akibat,'' jawabnya. ''Orang lain yang jatuh dari atap rumah, tetapi leherku yang jadi korbannya. Jadi tidak berlaku lagi logik, ''Kalau orang jatuh dari atap rumah, lehernya akan patah!''

Maknanya tak semestinya langgar tikus, aku akan jatuh tersungkur dan belum tentu juga sebaliknya. Kalau itu takdir yang ditentukan, maka itulah jadinya. Samalah seperti jatuh dari atap, belum tentu cedera. Sama juga dengan naik kapalterbang, belum tentu jatuh terjunam. Atau naik motosikal, belum tentu kemalangan. Makan banyak, belum tentu obesiti. Bodoh belum tentu tak boleh diharap. Bercinta sakan pun belum tentu berkahwin. Itulah yang pasti..

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular