29 September 2006

Bangga mengecapi Ramadhan

Day 6


:: Hah, kuliah subuh TV9 pesan bulan posa kena banyak (1) Tahlil (Lailahaillallah) (2) Istighfar (astaghfirullahal'azim) (3) minta masuk syurga dan (4) minta jauh dari neraka :: Sahabatku ceria hari ini (haah, sangat ceria). Beginilah dia biasanya. Aku lega (dan sangat seronok.. dia pun perasan keseronokan aku.hehe) Aku suka dia camni :: Keje bos tak siap lagi dan rasa tak puas sebab tak dapat buat yang terbaik (itu la, lain kali jangan last minute lagi) :: Buletin Utama paparkan kisah Daarut Tauhid - tempat paling kerap dikunjungi di Bandung (yeah, tokoh yang aku kagumi ditemuramah..hidup AA Gym) :: Lee Kuan Yew buat hal plak. Hmm, the Israel junior never fall asleep :: Imam tarawih baca, "bertakwalah kamu kerana neraka itu disediakan untuk orang-orang kafir. Taatilah kamu akan Tuhan dan Rasulmu agar kamu dirahmati."

Lepas tengok Ilmuwan Islam tentang Ibnu Haitam, pakar optik, semakin terasa betapa hebatnya mereka mendalami ilmu. Di Mesir (negara kelahirannya) terdapat dua perpustakaan besar bernama Darul Hikmah dan Darul Ilmi yang mengandungi 180,000 judul buku. Alangkah seronoknya kalau aku dapat ke perpustakaan itu (yelah senang sikit nak buat kajian bila bos suruh). Dan keyakinan aku bertambah kuat apabila diberitahu kebanyakan buku-buku hebat karangan tokoh Islam berada di tangan orang Barat dan hanya sedikit tinggal di negara-negara Islam, bahawa kebanyakan ilmu sekarang telah diadaptasi daripada teori-teori sarjana Islam dan diperkembangkan oleh mereka. Bila orang-orang kafir ni yang simpan khazanah ilmu Islam, mereka bolehlah mendakwa yang ini adalah idea mereka. Merekalah yang mencipta itu dan ini. Kita pun terhangguk-hangguk mengiyakan. Lagi menarik, aku tengah buat research bos suruh tentang kontrak Islam. Setelah membaca beberapa konsep kontrak dalam Islam, boleh dikatakan majoriti perkara yang dibincangkan adalah hampir sama konsepnya seperti yang termaktub dalam Akta Kontrak 1950. Asas kontrak kita kat Malaysia ini pun berasal daripada English Law. Hari ini, aku bersemangat waja untuk menjelajah ke negara-negara luar (suatu hari nanti) untuk mendalami beberapa ilmu (yang menarik minat aku) bagi mencungkil rahsia-rahsia Islam di sebalik segala ilmu. Yaahooo.. aku bangga jadi orang Islam. Kau bangga tak?

28 September 2006

Ramadhan yang tercalar

Day 5


:: Tak banyak perkara baru berlaku :: Berbuka di Burger King bagi memenuhi permintaan sahabat yang sangat berharap (sebab dah terbeli kupon promosi - habis makan dia rasa tak puas plak - apa da..) :: Tak dapat solat tarawih di masjid seperti biasa :: Pulang rumah lewat sebab banyak kerja urgent di pejabat yang perlu diselesaikan :: Betul kan cakap aku, nak ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itulah pasal Ridwan terpaksa bohong pada emaknya yang dia tak cintakan isterinya Qaseh, supaya mereka tak berpindah ke Canada (seronok betul bila Seri panggil Qaseh ibu!) ::

Hari ini Ramadhanku tercalar akibat salah lidah tak berjaga-jaga dalam berkata-kata. Maafkan aku, sahabat. Tak terlintas niat pun mengguris perasaanmu. Cara, gaya, perkataan yang kupilih untuk menterjemahkan maksud tersirat rupanya tidak secocok tujuannya. Maafkan aku, sahabat. Riang tawamu setiap hari tiba-tiba hilang seketika. Senyuman dan keceriaan di raut wajah tidak lagi dalam pandangan. Kata-kataku tidak lagi dibalas leretan panjang kata-katamu. Bercakap tidak lagi bersua. Bersuara umpama terpaksa. Tapi tidak kepada yang lain. Kau ceria, riang, ramah, kelakar.. tetapi hanya untuk yang lain. Itulah tandanya hatimu sangat tercalar dek ketajaman lidahku. Tiada apa yang dapat kukatakan lagi selain memohon maaf atas kesilapanku. Tiada harga yang dapat kubayar atas persahabatan yang terjalin selama ini. Aku tak pasti entah sampai bila kita dapat bertemu. Entah esok, entah lusa diri ini terpaksa pergi jauh. Jauh.. kala orang gembira, seronok, ceria melupakan diriku yang telah tiada. Maka, inilah harinya aku ingin kau tahu bahawa aku sayangkan persahabatan yang terjalin. Ya, seperti yang selalu kulafazkan dalam gurauan. Itulah hakikatnya, wahai sahabatku.

27 September 2006

Ketulusan cinta Ramadhan

Day 4

:: Bangun, sahur, Subuh macam biasa :: Tadarus pagi missed sebab lambat masuk opis (akibat tido lepas Subuh) :: Wahab Patail minta buat homework sket (ek eleh, bukan dia minta aku, dia minta bos aku, bos aku plak minta aku) :: Ampang Point dengan Ampang Park pun aku boleh keliru. Rupa2nya Ampang Point lagi jauh dari opis. Penat sket pi hantar dokumen :: Seperti biasa, tak tahu apa penghujung drama Kiamat Sudah Dekat sebab tertido sampai maghrib :: Tarawih imam baca Rabbana La Tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana wahablana min ladunka rahmatan innaka antal wahhab. Doa yang biasa kita dengar dan biasa juga dengar orang tersilap baca, iaitu Rabbana La Tuzi' dan seterusnya. Bahaya tau kita menyebut perkataan Arab yang silap kerana takut2 ada makna lain. Dalam ayat ni disebutkan tentang pengharapan agar hidayah yang diberikan Allah ke atas kita tidak ditarik kembali. Bagus tu maknanya, tapi kalau silap baca, entah apa la maknanya ::

Hari ini aku asyik teringat ibu. Rasa rindu pada ibu yang lama tak ketemu. SMS ibu pagi hari membuatkan terubat sdikit rindu. Seputih Qaseh Ramadhan. Ibu kata ibu pun suka tengok. Tambah plak, kalau ada ayah lagi seronok sebab ayah minat Eja gak. Oh, patutla anaknya ni pun sama. Bukan apa, Eja selalu berjaya menghidupkan watak seorang wanita baik. Jadi, tujuan dan maksud drama itu sampai mesejnya kepada penonton. Cuba perhatikan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya di samping cinta dan ketaatannya pada suami. Ini membuatkan aku rasa lebih bersyukur sebab aku masih punya ibu. Ibu yang tak lekang mulutnya memanggil anak-anaknya 'sayang' dalam kata-kata. Sama seperti Qaseh. Malangnya mungkin ibu tak dapat baca blog ni tapi aku tahu ibu tetap sayangkan aku sepertimana diriku menyayangi dirinya. Bagi seorang lelaki, selalu berlaku dilema dalam hidup apabila bertembung antara dua cinta, sama ada ibu atau isteri kerana ibu pelengkap hidupnya dan isteri tempatnya 'bersandar'. Mungkin perkara sama berlaku pada suami Qaseh yang terpaksa kahwin lain demi ibunya. Entahlah, yang penting, gunakanlah sisa masa ini untuk menjadi penghibur, teman, penawar duka, penolong, pencinta, penyayang kepada ibu kita. Nikmat yang diberikan sekelumit dari rasa cinta sebenar olehNYA cukup untuk kita bayangkan erti cinta hakiki di syurga. I love you Ibu...

26 September 2006

Keindahan Ramadhan

Day 3

:: Hari ni liat bangun sahur sebab tido lambat :: Tak masuk opis. kena buat dock-brief. Hari ni menarik, ada kes orang curi setin air nescafe di Giant 350ml. Harganya RM1.50 tapi dia terpaksa bayar dengan 4 bulan penjara. Berbaloi? Langsung tak berbaloi. Memangla 4 bulan tak lama, tapi rekod jenayah tu jatuhkan reputasi. Nak minta keje mungkin susah. Nevermind, there's a solution for that, keje sendiri. Fine..but this is something u'll regret. Duduk dalam penjara bukan macam kat umah. Tido atas lantai, takde selimut, makan tak sedap, dan mandi 4-5 gayung. Masih tak kisah? Oklah, this one should make u insaf betul. You know what? takde bezanya ko dengan perogol, pembunuh, pencabul, perompak etc. sbb korang tak diasingkan pun. Macam si dia ni masih kategori pencuri. Camana dgn orang yang tak bawa IC? sama je.. dia pun dipenjarakan di tempat sama. So, what happen next? Hmm, pernah tengok apa-apa cite pasal prisoner? Haah, macam tulah.. dibuli atau diliwat (memang berlaku dalam filem) etc. Yang pasal ni, aku pernah tanya prisoner, diorang tak jawab soalan aku dan kata tak boleh cakap la. So, aku tak mengiyakan fakta yang korang anggap tu (tapi filem itu biasanya realiti kehidupan kan?). Kalau berani menconteng arang di muka mak ayah, cubalah rasa masuk penjara, then gtau la betul ke tak yang aku cakap ni :: Habis program dock-brief, aku, Hazmi dan Am pergi menjenguk bazar Ramadhan Jalan Masjid India. Hmm i'm the spokeperson for that place la.haha. :: Lepas berbuka for the 1st time, i watched Diari Ramadhan Rafique. Memang best cite tu sbb budak2 semua pandai berlakon. I notice Hitler Zami is going to be a good-film-director (cuma nama Hitler tu kalau dapat tukar pun ok). Haritu cerekarama pun ada satu cite dia pasal lawyer dituduh bunuh pompuan yang berhubungan dengannya. Anyway, i like Sarah and Rafique's mom (Norish Karman). And also.. Seri (Seputeh Qaseh Ramadhan) and her mama yang dia masih anggap makcik (Eja). Dua2 cute dan sangat pandai berlakon. Tak lupa juga Saprol (Kiamat Sudah Dekat) :: Aku rasa kurang stabil malam ni. Bila nak berdiri dari sujud, rasa macam nak jatuh. Since petang sebelum iftar (buka posa). Apsal ek? Malam ni imam baca, " Bilakah akan datang pertolongan Allah? Ketahuilah sekali-kali tidak akan datang pertolongannya melainkan ianya hampir denganmu." Kekadang terdengar orang kata kenapalah aku ni hidup susah? kenapa la palestin tak aman-aman? Penat dah aku doa, mana dia pertolongan Allah? Rupa-rupanya akan datang pertolongan DIA cuma kita je tak sabar. Then, bila tak sabar, mulalah persoal itu ini, seolah-olah salahkan DIA, so after all should we be helped by HIM? ::

Meniti Ramadhan

Day 2


:: Bila dah banyak lauk, memang tak tahu nak makan yang mana. Kata Am tak elok makan ikan dan ayam serentak dalam satu meal (baru aku tahu) sebab Nabi larang makan makanan laut dan darat sekali. So, kalau pilih ayam, tak makanlah ikan. Nenek tanya, "apsal la lauk ni tak luak? masak banyak, tak makan, masak sket, ramai plak orang. Tambahla lagi." Hmm, kan seronok kalau dapat jadi orang yang kuat makan. Taklah terasa hati orang yang menjamu :: Kat opis ada tadarus, bagus.. ada la disiplin sket nak istiqamah baca quran :: Sekali banyak betul keje aku, memang sronok buat keje tapi aku ada assignment lagi, test lagi.. Kata Kimi n Am, memang itu yang aku pilih kann :: Alamak, minyak wangi abis, pi tarawih tak wangila. Hari ini imam baca, " Sesungguhnya Allah menyuruh kamu (Bani Israel) menyembelih seekor lembu betina.. dan mereka menjawab mohonkanlah pada Tuhanmu lembu betina yang bagaimana? Dan Allah menjawab ia adalah lembu betina yang tidak tua dan tidak muda, maka lakukanlah apa yang diperintahkan. Ditanya mereka lagi apakah warnanya? Lalu Allah menerangkan warnanya kuning tua yang cantik mata memandang. Mereka pun bertanya lagi bagaimanakah lembu betina itu kerana mereka masih kurang jelas maksud Allah. Sesungguhnya Allah berfirman lembu betina itu tidak pernah diguna untuk membajak, mengairi tanaman, tak cacat dan tak berbelang." Banyak sungguh soalan-soalan yang ditanya Bani Israel bertujuan mempermainkan perintah Allah. Perintah yang pada asalnya mudah untuk dilakukan akhirnya agak sukar dilaksana. Mereka hampir-hampir je tak buat apa yang diperintah. Rupa-rupanya nak bertanya biar betul, jangan sampai menyusahkan diri plak. A good lesson for tonight ::

25 September 2006

Menikmati Ramadhan

Day 1

:: Seronok bersahur beramai-ramai, lauk pauk pun banyak, semangat berkobar-kobar untuk berpuasa :: aku risau sebab tak habis baca buku, ada test undang-undang kehakiman syarie, cuba baca lepas subuh, tapi tertidur :: sms aku tak dijawab Mike, aku nak tumpang dia sebenarnya tapi akhirnya terpaksa naik moto juga. Nota masih tak sempat habis baca :: aku terlepas test rupanya yang ustaz buat semalam. Nasib baik ada lagi orang lain, jadi petang ni kami buat exam. Kesian aku sebab ada satu nota tu aku takde, patutla terpaksa tembak jawab test :: Jumpa Asril sembang-sembang pasal hidup masing-masing. Hmm, tq for your advice :: Aku tidur sebaik sampai rumah sampailah nak berbuka :: Kiamat Sudah Dekat dah didramakan lah..bagus tv9 :: biasanya lauk makan malam tak sedap sangat (sori nek) tapi hari ini buka posa memang sedap (tahniah nek) :: terawih malam pertama memang la ramai jemaah, harap2 aku pun dapat bertahan (nasib baik opis tak keje sampai malam) :: Imam baca, " Apakah kamu beriman pada sebahagian ayat Quran dan mengkufuri sebahagian lain?". Satu soalan cepu emas untuk dijawab. Ahh, tak jawab pun DIA tahu ::

23 September 2006

Selangkah balas seribu

Biasanya aku tak mengendahkan Utusan Melayu (akhbar jawi) yang disisipkan dalam Utusan Malaysia pada hari Jumaat. Tapi, minggu lepas aku terpanggil untuk membacanya. Bukan itu sahaja, aku juga mencuba nasib dalam teka silang kata.

Am, Kak Nor, Su, Abang Man.. terima kasih kerana memerah otak bersamaku. Am, terima kasih kerana menyusahkan diri menghantarkan kepadaku akhbar itu. Pak Mimi, terima kasih kerana meminjamkan kereta untukku. MAV 2310, terima kasih kerana membawaku ke Jalan Chan Sow Lin, menghantar peraduan itu.

Demi meringankan bebanan ibu ayah, aku bertawakkal setelah berusaha memasuki peraduan itu. Harapan tinggi agar kejayaan diperolehi kupanjatkan kepada Tuhan yang Satu.

Setelah bergegas ke pejabat Utusan, aku memecut untuk ke Gombak. Janji untuk bertemu sahabat pada jam 4 petang tetapi aku sudah terlambat 5 minit. Sambil menunggang, mulutku asyik membaca bismillahi tawakkaltu 'allah la hawla wala quwwata illa billah.. dengan ingatan dan harapan agar berjaya.

Teringat doa menaiki kenderaan yang tak dibaca lagi, terus aku melafazkannya. Dalam kekalutan, aku menyelit ke kiri dan ke kanan seperti biasa. Dalam benak fikiran, teringatkan kawan yang lama menunggu. Kasihan dia. Aku tak tepati janji. Apa nak jadi ni?

Tiba di satu selekoh, aku pun memotong satu kereta. Tanpa disedari, jalan itu berlumpur. Roda motosikal aku pun tersasar. Aku terhuyung hayang cuba mengawal motosikal. Kaki kiriku sudah menjejak tanah cuba menahan daripada jatuh. Posisi badan dan motosikalku dah senget 30 darjah. Sempat aku menoleh ke kereta tadi yang sangat dekat denganku.

Aku rasa mungkin aku akan jatuh. Namun, tak semena-mena aku terasa modenasku ini seolah-olah dipegang orang dari belakang. Motosikalku ditegakkan ke kedudukan asal. Bahkan, motosikal terus meluru ke hadapan dalam keadaan stabil semula. Logik fikiranku pasti tersungkur tapi...

Aku tak reti nak gambarkan macamana tetapi apa yang aku rasa, aku di'bantu' sebenarnya. Terus aku teringat pada doa-doa yang aku baca sewaktu menunggang motosikal. Terima kasih Tuhan.. KAU telah selamatkan aku..

Nabi pernah ingatkan kita bahawa doa itu senjata bagi orang-orang mukmin. Senjata ini sering saja kita faham sebagai alat penindasan, alat menunjukkan kuasa, alat untuk berperang dan seumpamanya.

Sebab itu ramai ibubapa tak setuju anak-anak mereka dilatih dalam program PLKN guna senjata. Namun, setelah dilaksanakan, ramai pula yang menyokong.

Sebabnya mereka mula memahami erti senjata yang satu lagi. Senjata juga adalah pelindung. Kalau kerajaan Singapura diserang, rakyat mereka masing-masing boleh mengendalikan senjata bagi melindungi diri mereka. Itulah yang kerajaan kita cuba terapkan juga.

Islam pun tak pernah mengajar kita menggunakan senjata untuk menindas atau berperang melainkan setelah ditindas atau diperangi. Maknanya jelas kan yang senjata itu juga adalah pelindung.

Dan memang terbukti dalam apa yang aku alami, bahawa doa itu senjata yang melindungi aku daripada ditimpa kemalangan. Memang aku dapat rasakan keajaiban yang berlaku yang tak mungkin dapat dilupakan.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Rasulullah) tentang Aku, maka jawablah, bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintahku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah 2:186)

Betullah kata Raihan dalam lagunya, Mengemis Kasih :

"Bila selangkah ku rapat padaMU, seribu langkah KAU rapat padaku. Harga selautan syukurku hanyalah setitis nikmatMU di bumi"

01 September 2006

Berakhir suatu penantian


Hari ini adalah hari bersejarah bagiku. Pada 26 Ogos 2006, terukir senyuman riang dan bangga ibu dan ayah atas kejayaan anak mereka. Susah payah membesarkan anak dengan pelbagai kerenah yang terpaksa dihadapi, akhirnya lenyap tatkala segulung ijazah digenggam anak tersayang.

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan kepada manusia dengan perantaraan pena. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya (Al-'Alaq 96:1-5)

Suara nyaring berlagu bacaan surah ini merentap jiwaku. Dalam berpakaian jubah serba hijau bersulam emas, diri ini terasa betapa ayat itu cukup bermakna pada hari ini.

Sudah biasa ayat ini diperdengar dan dibaca. Namun, hari ini tak serupa biasa. Benar, suatu hari dulu aku tidak mengetahui apa yang kini aku ketahui. Benar, segala-galanya diajarkan DIA melalui mata pena, iaitu tulisan. Tulisan di papan putih, layar LCD, buku-buku, dan ceraian kertas.

Terima kasih Tuhan. Ya Allah, Engkau telah anugerahkanku akal fikiran, ibu ayah yang sangat memahami, adik-beradik yang tetap memberi sokongan, teman-teman seperjuangan yang selalu mendokong perjalanan hidupku, udara nyaman membekal oksigen untukku bernafas, makanan berkhasiat memberiku tenaga, daya ingatan membantuku dalam imtihan, dan...

Ya Rabb, aku tak mampu meletakkan noktah pada ayat itu. Dan sepatutnya tidak wujud perkataan 'dan' di akhir kalimah. Kerana aku tak bisa membongkar segala pemberianmu untuk dicatitkan oleh mata pena. Hadiah yang kau berikan cukup bermakna bagiku. Tidak termampu ku bilang dengan apapun alat. Hingga nyawaku dicabut pun, aku tetap takkan habis menyebut setiap belaian kasihmu...

Katakanlah : Kalau sekiranya lautan menjadi dakwat untuk menulis kalimah-kalimah (nikmat) Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak lautan itu pula. (Al-Kahfi 18:109)

Aku cinta padaMU...

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular