26 Ogos 2008

Undilah yang terbaik

Sempena hari ini sebagai hari pengundian Permatang Pauh, aku nak berkongsi satu video. Cuba teliti video ini dan cuba teka mana satu pakcik aku? Kelakar lah dia.





Aku tahu banyak perkara mengenai video ini tapi cukuplah untuk simpanan aku, sanak-saudara dan rakan-rakan rapatku.

Walaupun dia pakcik aku, umurnya muda setahun daripada aku. Semangatnya luarbiasa. Aku dan dia selalu berbincang bahawa aku dengan cara aku dan dia dengan cara dia. Selamat berjuang!

Itula kau rancak sangat, kan dah masuk video.. takpe, famous tu..hahaha

20 Ogos 2008

Berakhirnya satu teka teki

Pada asalnya aku nak rahsiakan perkara ni. Yalah, bukan ke sunnah menggalakkan tak kecoh-kecoh tentang pertunangan.

Tapi mamida dah buat bising dalam chatbox tepi ni.Terpaksalah aku hebahkan juga akhirnya. Lagipun berita baik. Dan tidaklah sesiapa terngurat si dia ni. Tambah pula aku nak ke China, bolehlah korang tolong tengok-tengokkan si dia.

16 Ogos 2008. Tarikh bermakna dalam penerusan hidup aku ke matlamat akhir hidup. Si dia menjadi pilihan hatiku setelah petunjuk DIA menunjukkan begitu. Nak diceritakan kisah panjang, kena jumpa aku lah. Cukuplah ringkas saja di sini.

Ramai berteka-teki tentang siapa pasangan aku sebelum ini. Bukan apa, aku ni sangat memilih. Sahabat-sahabatku seperti Kano, Kimi, AM, Arin, Malie, Nadmin, Abg Man, Abg Haris, Sue, dan ramai lagi sangat kenal perangai aku bila bicara pasal pasangan.

Sampaikan ada sengaja bergurau melampau mengatakan aku *tuuut* sebab aku sangat berahsia tentang ini.


Doakan agar hubungan aku berkekalan bukan saja ke jinjang pelamin bahkan hingga ke syurga bersama si dia yang kupilih ini.

p/s: terharula mamida buat entry khas ucapan tahniah buat aku..

10 Ogos 2008

Apa tujuan merdeka?

Dalam kekecohan ramai berkenaan bendera terbalik, aku bawakan kalian ke 16 Disember 1949 sewaktu sidang Parlimen pertama tokoh revolusi Indonesia, Soekarno menjadi Presiden.

Rata-rata setuju bahawa kehebatan tokoh ini membuatkannya menjadi idola kebanyakan pemimpin tanahair kita yang tercinta, Malaysia. Maka, golongan kiri yang juga mengaguminya seharusnya meneliti kata-katanya ini.


"..bahawa kemerdekaan nasional bukanlah tujuan terakhir bagi kita. Bagi kita, Indonesia merdeka tak bukan dan tak lebih hanyalah syarat untuk mencapai kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dalam arti jasmani mahupun rohani.

Kemakmuran rakyat dan kesejahteraan rakyat adalah tujuan kita bersama. Idealisme itu memang berguna. Ajukanlah idealisme tuan itu dalam hal mencapai kemakmuran dan kesejahteraan rakyat supaya idealisme tuan itu menjadi pendorong kepada pemerintah dalam bekerja dan berusaha.

Tetapi agar idealisme itu dapat dikerjakan hendaklah ia diajukan dengan melihat kepada realiti yang kita hadapi sekarang dengan mempertimbangkan bukti-bukti yang nyata...

Oleh kerana itu, maka lebih jelaslah lagi betapa pentingnya adanya keamanan dan ketenteraman di seluruh Indonesia.."




Mengenai rasa kecewa dengan kepemimpinan negara melalui cara menterbalikkan bendera, adalah amat sesuai kita hayati maksud tersirat dalam filem 'The Last Castle' ini..


Sewaktu mereka merancang menawan penjara dan memohon bantuan luar


Sekalipun mereka kecewa dengan kezaliman pemimpin, kesetiaan kepada negara masih dipertahankan

08 Ogos 2008

Mengapa perlu diterbalikkan?

Protes. Marah. Bantah. Tentang.

TERBALIK. Kenapa perlu terbalikkan bendera Malaysia? Oh, tanda protes. Aku baru tahu ada kempen sebegitu. Malie beritahu. Langsung aku browse laman orang lain kalau-kalau ada yang berbuat begitu. Hasilnya..

http://www.suaradu.com/
http://ajlaaizwan.blogspot.com/
http://kickdefella.wordpress.com/
http://harismibrahim.wordpress.com
http://zorro-zorro-unmasked.blogspot.com

Aku kurang setuju perbuatan menterbalikkan bendera. Aku rasa tindakan sorang ni lebih rasional kalau benar marah kepada pemimpin negara..

http://www.perisik-rakyat.com/

Dan aku sokong juga pendapat dia ni http://www.bmahendran.com/?p=457

Maaflah, aku merasakan masyarakat Malaysia kini kurang bersikap nasionalis. Bendera tu bukan lambang pemimpin. Itu adalah lambang kedaulatan negara. Kemerdekaan yang diusahakan pemimpin terdahulu membuatkan kita berada dalam keamanan sekarang.

Nak pergi solat Jumaat jap, lepas ni aku sambung...

[sambungan]

Setelah membaca komen saudara Izwan, aku melayari youtube mencari '10 tahun sebelum merdeka'. Ada 4 klip semuanya. Bukan sekadar itu, aku juga melayari satu lagi klip lain..

http://www.youtube.com/watch?v=97_e0Kdeg2w

Begini pandangan aku. Dalam mencapai kemerdekaan, memegang tampuk kepimpinan negara sendiri, British adalah halangan terbesar. Maka, 3 pendekatan dan kemungkinan boleh kita jangkakan iaitu:

1) Jika pemimpin Melayu bersetuju habis dengan segala cadangan British, tiada gunanya minta merdeka. Pendek kata jadi Pak Turut. Hasilnya nanti kita masih terjajah.

2) Jika pemimpin Melayu menolak habis-habisan dan menentang British, pastinya kemerdekaan tak mungkin tercapai.

3) Jika pemimpin Melayu berkompromi dan bertolak ansur dengan British, kemerdekaan boleh dicapai.

Pilihan ketiga nampaknya menjadi. Dan kemerdekaan itu pun berlaku. Namun dalam acuan British serba sedikit. Kini, British tiada lagi dan seharusnya pemimpin-pemimpin sekarang membuat acuannya sendiri.

Malangnya, pelbagai isu mula timbul akibat kaum-kaum lain mencabar ketuanan Melayu. Perlembagaan sedia ada (acuan Barat pada asalnya) seharusnya ditafsir dengan hati-hati, bukan dengan memberi kebebasan sepenuhnya oleh sesiapapun mentafsirkannya.

Walaubagaimanapun, setidak-tidaknya kita patut berterima kasih kepada Ahmad Ibrahim yang menyebabkan Artikel 121(1A) dimasukkan dalam Perlembagaan kita bagi menjaga ketuanan Melayu. Ingat, Melayu sewajibnya Muslim mengikut perlembagaan. Inilah acuan yang sebenar kita inginkan.

Pada fikiran aku, pendekatan Dato' Onn dulu apabila membuka ruang kepada bukan Melayu memasuki UMNO adalah langkah positif mengelakkan semua ini berlaku. Namun, idea dia ditentang dan dia meletakkan jawatan seterusnya kalah dalam parti barunya.

UMNO mula memasukkan MCA dan MIC ke dalam Perikatan bagi mendapatkan kerjasama kaum-kaum lain. Ini dirasakan dapat menyatukan kaum di Malaysia walaupun dengan kewujudan parti-parti begini sendirinya adalah satu bentuk perpecahan.

Idea Dato' Onn itu kan hampir serupa dengan idea yang pernah dibawa PKMM apabila Tan Cheng Lock bersetuju menerima cadangan Perlembagaan Rakyat yang mengusulkan bahawa semua kaum di Tanah Melayu sebagai Melayu.

Kelemahan pemimpin yang kurang tegas dalam mempertahankan ketuanan Melayu membuatkan hak-hak Melayu menjadi isu untuk dihapuskan oleh bukan Melayu. Mengapa bukan Melayu membincangkan isu kita sedangkan isu mereka tidak pula kita bongkarkan?

Kesilapan yang berlaku sekarang, hendak atau tidak, kita harus akui bahawa kita ketandusan pemimpin berwibawa dalam berjuang untuk memartabatkan hak istimewa kita.

Dulu kita boleh tolak ansur dengan British kerana kuasa di tangan mereka. Kini, kita masih mahu tolak ansur dengan 'mereka' walaupun kuasa sudah di tangan kita. Ya, mungkin tak salah bertolak ansur tapi tidaklah sampai menggadaikan hak kita.

Jadi, salahnya bukan pada negara yang dicintai ini. Hargailah Mohamed Hamzah yang bersusah payah mencipta bendera kita dengan gubahan idea Dato' Onn yang tersirat di dalamnya kewibawaan negara yang tidak mengharuskan perpecahan.

Kita tegurlah pemimpin-pemimpin ini mengikut cara yang kita rasakan sesuai. Biar pelbagai. Yang penting mesej kita sampai. Dan mungkin cara menterbalikkan bendera bertujuan begini. Silakan jika anda rasa itu sesuai. Aku tidak rasakan begitu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.


31 Julai 2008

Marilah hidup sihat

Biasanya aku tak suka sentuh isu politik dalam blog ini. Tapi memandangkan aku semakin meluat dengan pengkisahan semula kes liwat DSAI, aku terpaksa kongsi rasa dengan korang.

Baru-baru ini aku panjat Bukit Tabuh. Bersama aku adalah seorang rakan yang sangat totok kepada DSAI. Aku gelarkan mereka sebegini = Anwariyyun. Pendek kata, DSAI bagaikan maksum. Tapi kali ini aku pelik dengan dia. Dia tak lagi menjadi Anwariyyun sejak kes liwat Saiful dibongkar. Dia percaya kepada kawannya, Uncle Pet.

Kelmarin, aku ke rumah nenek aku. Nenek aku ini DULU, KINI dan SELAMANYA akan tetap totok UMNO dan BN. Sudah lama tak berbual. Dia kata awal bulan 8 dia akan sibuk mesyuarat Wanita. Walaupun dia sakit sendi lutut, dia masih gagahkan diri untuk UMNO. Dahsyat kan?

Tanpa aku bertanya, nenekku mulakan cerita. Dia tak suka dengar berita sekarang. Asyik-asyik pasal kes liwat. Dia benci kepada media. Dia kata mengapalah kes ini menjadi isu. Muak. Teruknya kerajaan mengaibkan orang. Kasihan kepada keluarga DSAI.

Kedua-dua situasi di atas membuatkan aku terfikir, siapakah di pihak yang benar? Aku yakin kebenaran akan tertegak nanti. Dalam menilai kedua-dua situasi di atas, aku tidak menyalahkan kedua-duanya. Sebab aku sendiri tak tahu kebenaran.

Seorang asyik mengatakan "..mm..mungkin juga Anwar buat.."
Seorang lagi mengatakan ".. teruknya Anwar diaibkan.."

Semalam, aku tengok News @ NTV7. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berjaya menawan kerusi Ketua Bahagian Batu Pahat sempena pemilihan MCA walaupun telah terang dan nyata terlibat dalam skandal seks.

Aku terfikir begini. DSAI - kes liwat. Soi Lek - skandal seks. Kedua-duanya melibatkan kehidupan peribadi (andaian : kedua-dua kes benar) yang menjadi modal menggugat kedudukan politik seseorang. Ini adalah persamaan rentak percaturan politik.

Yang ini pula perbezaannya. Masyarakat (termasuk kerajaan) menerima baik Soi Lek meneruskan karier politik yang terencat seketika walaupun peribadi teruknya telah terbukti. Masyarakat [seolah-olah] menghukum DSAI dengan cubaan mematikan karier politiknya melalui kes peribadi yang belum pasti kebenarannya.

Mengapa ini berlaku? Adalah sangat tidak wajar isu liwat yang belum dipastikan ini mengambil masa sangat panjang untuk dilaporkan dalam berita perdana setiap hari. Sedangkan isu Soi Lek langsung tidak kedengaran menjadi modal menjatuhkannya dalam karier politik.

Adakah kerana Soi Lek berbangsa Cina dan bukan beragama Islam (tidak tahu pula pegangan agama dia)? Itu bagi aku bukan isu. Kalau isu mengaitkan Melayu dan Islam, pastinya cara pembuktian mengikut cara Islam. Tapi tidak.

Ya, ini dikatakan isu moral pemimpin. Habis tu, Soi Lek bukan isu moral??? Aku kongsikan cara fikir aku ini untuk mengajak korang semua mencari di mana silapnya suasana politik semasa hari ini. Tengoklah, totok UMNO dan Anwariyyun pun boleh berubah arah.

Apapun, kesimpulan yang boleh aku buat ialah jangan libatkan peribadi seseorang untuk menjatuhkan seseorang (walaupun ini sememangnya diakui taktik politik). Sebabnya sesiapapun pasti ada aibnya sendiri. Kalau dicungkil satu persatu, boleh dikatakan ramai pemimpin hari ini tidak layak memimpin kita.

Aku juga ada aib aku sendiri. Dan aku akan malu (secara fitrahnya) apabila orang mendedahkannya. Bagi menahan malu, aku mungkin tak sekuat Soi Lek untuk mengakuinya. Bahkan agama Islam mengajar umatnya untuk tidak perlu mendedahkan aib diri dan orang lain kepada umum.

Ya, dari segi profesionalism, aku tabik kepada Soi Lek kerana mengakui kesilapannya. Tetapi hakikatnya dia sendiri memang tidak dapat menepis tuduhan itu kerana dialah pelakon video xxx tu. Bagaimana jika ia bukannya benar? Pastinya ia menjejaskan karier politik dan hubungan sosialnya walaupun pada akhirnya terbukti dia tidak bersalah. Bukankah sukar untuk meneruskan hidup dalam keadaan begini?

Sebagai pengamal undang-undang Syariah, aku faham serba sedikit tentang hudud. Hukuman hudud bagi zina sebenarnya tidak mengarah kepada menghukum tetapi menyembunyikan aib seseorang agar dia bertaubat. Dan dengan itu, dia dapat hidup dengan aman dan selesa. Kerana itu tahap pembuktian jenayah itu adalah sangat tinggi yang mana sukar untuk dilaksanakan.

Sekalipun Maiz (sahabat Rasulullah) datang mengaku kepada baginda, Rasulullah sengaja tidak mahu menghukumnya dengan tidak mengendahkannya. Hanya setelah beberapa kali dia membuat pengakuan, barulah Rasulullah menerima pengakuannya memandangkan dia sangat-sangat ingin dihukum.

Aku tidak mahu memihak ke mana-mana, tetapi aku merasakan pendirian nenek aku bersandarkan asas yang sama dengan apa yang aku fikirkan. Jangan isu liwat dipolitikkan sehingga isu-isu semasa mengenai masyarakat Malaysia semakin dipinggirkan.

Aku percaya dalam pemimpin Melayu bercakaran, ada pihak-pihak tertentu yang menangguk di air yang keruh. Aku cintakan Malaysia dan aku tidak mahu negara punah akibat pemimpin yang tidak sedar ada api dalam sekam.

Masyarakat semakin keliru dan pening. Masalah umat harus diselesaikan segera. Ayuh bertindak!

25 Julai 2008

Siapa yang gila?

Waktu itu aku duduk sendirian. Puas berjalan mencari seruling di beberapa buah kedai, tapi gagal menemui seruling yang aku inginkan.

One Cafe. Di sini aku pesan teh tarik dan mee goreng. Seperti biasa, aku janggal duduk sendirian. Aku hubungi Hammad. Sementara dia turun dari Menara Maybank, aku menikmati makanan yang dipesan.

Melihat gelagat manusia sudah menjadi rutin jika aku ke KL. Yalah, kehidupan hari ini adalah pelajaran untuk kita menempuh masa depan.

Situasi 1

Seorang pakcik tua berjalan ke arah One Cafe. Dia kelihatan 'semacam'. Siap bertali leher merah. Sangat panjang melepasi tali pinggangnya. Di tali leher itu, disematkan beberapa batch tertera tulisan dan gambar BN dan Pak Lah. Senyap. Dia menuju ke tandas.

Sesudah itu, dia menghampiri meja di depan aku. Dia bersalaman dengan semua orang di situ. Lalu dia bercakap. Tak bisa difahami. Langsung kemudiannya menghampiri meja aku. Aku dan Hammad disalamnya. Terus dia tinggalkan One Cafe sejurus itu.

Situasi 2

Pelanggan : Eh, semalam tu ada 2 awek tu dia nak 'pakai' kau tu
Pelayan : Mana boleh
Pelanggan : Cara dia cakap tu memang dia nak 'pakai' kau
Pelayan : Oh saya tak nak pakai dia
Pelanggan : Alaa.. lepas 'pakai' 'buang' saja..
Pelayan : Mana boleh macam itu
Pelanggan : Kenapa pula?
Pelayan : Perempuan tu macam pakaian kah? Ingat boleh pakai lepas tu buang saja?
Pelanggan : Alaa.. orang malaysia selalu kata begini, Touch n Go.. mcm tu la..
Pelayan : Tak mahu lah..
Pelanggan : Kenapa?
Pelayan : Saya sudah ada awek
Pelanggan : Takpela.. awek pun awek. Tapi yang ini Touch n Go saja
Pelayan : Mana boleh. Cuba fikir kalau awek saya kena macam ini. Mesti marah kan?
Pelanggan : Erm..

Pelayan ini berbangsa Myanmar dan bukan beragama Islam. Pelanggan berbangsa Melayu dan beragama Islam.

15 Julai 2008

Sesiapa berminat?

Berminat mendaki bukit? Aktiviti anjuran Serambi Maya (aku sebenarnya) ini sekadar untuk kita melihat panorama indah di atas bukit tu sambil beriadah untuk kesihatan badan.

Kepada sesiapa yang ada kamera, jangan lupa bawa. Takut nanti rasa menyesal tak tangkap gambar. Kepada semua fotografer Serambi Maya, anda WAJIB ikut. Hahaha.

Sila maklumkan kehadiran kepada aku sebelum 18 Julai 2008.

Berikut butiran aktiviti:

"SEIZE THE MOMENT"
7.00 pagi (berkumpul 6.30 pagi)
20 Julai 2008
Bukit Tabuh, Melawati, KL
Bawa makanan sendiri (untuk sarapan)
Sila kunjungi fotopages aku untuk gambar-gambar di atas sana


Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular