25 Julai 2008

Siapa yang gila?

Waktu itu aku duduk sendirian. Puas berjalan mencari seruling di beberapa buah kedai, tapi gagal menemui seruling yang aku inginkan.

One Cafe. Di sini aku pesan teh tarik dan mee goreng. Seperti biasa, aku janggal duduk sendirian. Aku hubungi Hammad. Sementara dia turun dari Menara Maybank, aku menikmati makanan yang dipesan.

Melihat gelagat manusia sudah menjadi rutin jika aku ke KL. Yalah, kehidupan hari ini adalah pelajaran untuk kita menempuh masa depan.

Situasi 1

Seorang pakcik tua berjalan ke arah One Cafe. Dia kelihatan 'semacam'. Siap bertali leher merah. Sangat panjang melepasi tali pinggangnya. Di tali leher itu, disematkan beberapa batch tertera tulisan dan gambar BN dan Pak Lah. Senyap. Dia menuju ke tandas.

Sesudah itu, dia menghampiri meja di depan aku. Dia bersalaman dengan semua orang di situ. Lalu dia bercakap. Tak bisa difahami. Langsung kemudiannya menghampiri meja aku. Aku dan Hammad disalamnya. Terus dia tinggalkan One Cafe sejurus itu.

Situasi 2

Pelanggan : Eh, semalam tu ada 2 awek tu dia nak 'pakai' kau tu
Pelayan : Mana boleh
Pelanggan : Cara dia cakap tu memang dia nak 'pakai' kau
Pelayan : Oh saya tak nak pakai dia
Pelanggan : Alaa.. lepas 'pakai' 'buang' saja..
Pelayan : Mana boleh macam itu
Pelanggan : Kenapa pula?
Pelayan : Perempuan tu macam pakaian kah? Ingat boleh pakai lepas tu buang saja?
Pelanggan : Alaa.. orang malaysia selalu kata begini, Touch n Go.. mcm tu la..
Pelayan : Tak mahu lah..
Pelanggan : Kenapa?
Pelayan : Saya sudah ada awek
Pelanggan : Takpela.. awek pun awek. Tapi yang ini Touch n Go saja
Pelayan : Mana boleh. Cuba fikir kalau awek saya kena macam ini. Mesti marah kan?
Pelanggan : Erm..

Pelayan ini berbangsa Myanmar dan bukan beragama Islam. Pelanggan berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular