05 Disember 2006

Peguam : Profesion Berdosa

Aku malas hendak jawab soalan lazim yang ditanya kebanyakan orang berkenaan peguam dalam nada dan rentak yang biasa. Biar aku jawab dengan caraku sendiri. Cara dan kefahaman aku.

Macam-macam tuduhan dan pandangan sinis kepada profesion peguam semakin lama sebenarnya semakin pudar. Itu tanggapan orang dulu-dulu. Tapi, mereka inilah orang-orang tua, rujukan kita. Maka, hendak atau tidak, pasti sinis nasihat mereka.

Biar aku mulakan dengan kisah Nabi besar junjungan mulia. Suatu hari baginda didatangi dua orang yang bertelingkah tentang satu perkara. Masing-masing mengadu dan berhujah di hadapan baginda. Seorang tu petah bercakap dan seorang lagi tidak bersifat demikian. Maka, baginda berkata, "Aku bimbang untuk memberikan keputusan atas pertelingkahan kamu berdua kerana takut-takut aku terpengaruh dengan kata-kata seorang yang petah lalu menidakkan keadilan kepada seorang yang kurang bicaranya."

Dari sinilah, para fuqaha' (cendekiawan islam) meletakkan hukum HARUS profesion peguam. Sebabnya peguam dilatih untuk memahami undang-undang. Jadi, dalam mewakili anak guamnya, dia lebih arif tentang cara-cara penghujahan yang sempurna berbanding anak guam itu sendiri. Sekaligus membantu sistem keadilan berjalan lancar.

Sekali imbas, tak salah jika dituduh profesion peguam terlibat dengan dosa. Ada benarnya. Bahkan, harus diingat, hampir semua profesion boleh terlibat dengan dosa. Sama juga semua profesion itu boleh terlibat dengan pahala. Maksud aku, tiada satu profesion pun yang nyata dan jelas terlibat dengan dosa secara total melainkan bersangkut paut dengan maksiat, seperti pelayan bar, pekerja kilang Carlsberg, pelacur, peniaga vcd lucah, dan pembunuh upahan.

Aku suka buat sesuatu yang menggembirakan orang lain. Dan ini adalah antara profesion sebegitu. Bayangkan betapa seronoknya anda membantu seorang isteri yang dianiaya suami. Atau menyaman orang demi memberi pengajaran kepada orang yang disaman agar tidak melakukan kesilapan sama lagi seperti mengeluarkan kenyataan yang memalukan orang lain. Atau membantu menyelesaikan pertikaian dua orang atas sesuatu harta. Dan sebagainya..

Bukankah tugas peguam adalah PEMUDAHCARA bagi orang lain ke arah sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan?

Ohh maksud anda tentang membela penjenayah? Masih tidak ada masalah. Peguam bertindak atas maklumat yang diberikan. Jika benar apa yang disampaikan, maka benarlah kita. Jika salah, begitu juga salahnya peguam. Tapi, peguam yang tidak tahu akan pembohongan itu, dan dia percaya atas apa yang disampaikan, maka apakah salahnya dia? Logik akal pun kata tak salah.

Namun, sebagai seorang peguam, anda harus mengkaji kesahihan apa yang disampaikan mengikut keupayaan anda. Macamana kelentong baik punya, tetap ada lubang. Maknanya, peguam boleh tahu benar atau tidak perkara yang disampaikan setelah mengkaji. Tindakan peguam juga berpandukan undang-undang dan bukti. Di sinilah timbulnya pilihan, sama ada ingin mengambil kes itu atau sebaliknya.

Inilah juga titik tolak dosa dan pahala. Andainya anak guam sudah mengaku merogol seseorang di depan peguam tapi mahukan peguam membelanya dalam mahkamah dengan mengatakan dia tidak merogol orang tersebut, jelaslah dia bersubahat dan menipu. Maka, berdosalah dia.

Si peniaga yang menipu dalam timbangan pun berdosa. Sama juga dengan guru yang buat-buat pandai apabila menjawab soalan anak murid yang dia sebenarnya tak tahu jawapannya. Begitu juga dengan pegawai kastam yang melepaskan trak membawa muatan terlarang selepas dirasuah. Iya, si peniaga madu yang mencampurkan madu dengan air pun berdosa. Sama seperti pengawal keselamatan yang membenarkan rakan merompak di tempat yang dikawalnya. Banyak lagi la contoh lain...

Tengok! Semua itu adalah pilihan kita. Soal dosa dan pahala ini kan pilihan kita. Ke kiri jalan yang dipilih, begitulah jalan yang dilalui. Ke kanan jalan yang dipilih, maka ke kanan la kita.

Kalau memang dia tak mengaku, apa salah kita membantunya? Ingat, kita membantu keadilan tercapai. Keputusan di tangan hakim, bukan kita. Kalau dibiarkan dia membela dirinya sendiri, dia mungkin tak dapat menyatakan keadaan sebenar setanding pendakwaraya yang cukup dengan bahan-bahan yang lengkap. Tambah pula, keadaan dalam mahkamah menggerunkan si tertuduh untuk berkata-kata. Bagaimana andainya dia sememangnya tidak bersalah tetapi disebabkan tidak dapat berhujah dengan baik menyebabkan dia dihukum?

-----

Tentang undang-undang di MMU, aku tiada maklumat mengenainya. Warga MMU, tolong respon. Setakat yang sedia maklum, produk tempatan yang melahirkan peguam ialah UIAM,UiTM,UM,dan UKM. Sesiapa ada tambahan, tolong respon ya.

Akhir kata, ingatlah pada satu kaedah fiqh "Asal kepada sesuatu perkara itu adalah HARUS melainkan sesuatu yang diharamkan". Maka, cuba kita elakkan daripada melabelkan ini SALAH, itu BERDOSA, itu HARAM... apabila tiada suatu dalil (hujah daripada sumber hukum Islam) mengharamkannya.

29 November 2006

Padah makan ayam



Sebelum aku keluar bekerja hari ini, aku tengok Malaysia Hari Ini di TV3. Ulasan akhbar berkenaan isu 'Bapa Ayam' mengingatkan aku pada seorang budak Cina yang pernah aku bantu dalam Legal Aid Program di Mahkamah Magistret KL.

Budak Cina ni masih muda, mentah, dan mukanya sangat innocent. Sekali imbas tak siapa sangka dia mungkin terlibat dalam perkara-perkara yang tak baik. Kesalahan pertama dia yang aku dok tolong minta ringankan hukuman (mitigate) ialah tak bawa kad pengenalan. Dalam entry lepas aku pernah cerita pasal padah tak tunjuk IC bila polis minta.

Dia sudah ditahan 2 bulan. Ayahnya yang sudah tua, rambut semua dah putih, badan membongkok, datang bawa IC anaknya yang tertinggal di rumah waktu dia ditahan.

Bila dibuat interview, aku dapati dia ditahan sewaktu pergi minum dengan kawan di Bukit Bintang. Dia tinggal di Sentul. Jadi, aku rasa sangat kesian disebabkan kesalahan yang tak berapa serius membuatkannya ditahan dalam penjara Sg. Buloh. Bila tengok ayahnya lagila rasa kesian.

Dipendekkan cerita, dia dihukum sebulan penjara dari tarikh tangkap. Maknanya dia bebas keluar penjara sebab dia sudah ditahan lebih daripada sebulan. Aku pun rasa seronok bila berjaya menemukan kembali ayahnya yang sangat tua yang memerlukan jagaan dan saraan anaknya itu.

Namun, pandanganku berubah pada minggu lepas. Aku sengaja ke mahkamah untuk tengok kawan-kawan yang buat Legal Aid. Aku tolong kawan aku interview Orang Kena Tuduh (OKT). Dalam lokap tu aku terperasan mamat Cina tu lagi. Aku pun hairan dan bertanya sebab dia masih dalam tahanan.

Kali ini kesalahan dia berbeza. Dia beritahu yang dia ditahan waktu cari customer. Dalam fikiran aku, customer apa yang dicarinya? Tapi aku tak sempat nak borak lama dengan dia sebab dia baru dipanggil untuk sebutan bukannya jatuh hukum. Cuma aku perasan ayahnya yang tua tu sedang bercakap-cakap dengan polis.

Aku pun pergi berjumpa ayahnya dan bertanya apa kerja sebenarnya? Rupa-rupanya dia bekerja sebagai pencari 'ayam'. Patutlah kena tangkap. Aku rasa tak puas hati dengan perangai budak yang nampak nerd tu. Aku pun cakap kat ayah dia suruh melarang dia kerja tak elok macam tu. Ayahnya kata dah puas dia marah tapi degil juga.

Aku masuk balik mahkamah dan terus ke lokap OKT. Aku panggil dia. Kali ni lagak aku macam cikgu kaunseling. Aku marah dia dan minta dia kesiankan ayah dia. Aku cakap aku takkan tolong dia minta kurangkan hukuman lagi. Aku serik nak tolong orang bila aku beritahu mahkamah, dia insaf, tapi sebenarnya dia masih ditangkap buat salah. Insaf apa macam ni?

Aku dah terfikir macam-macam. Entah-entah waktu dia minum dekat Bukit Bintang tu pun dengan bapa ayam agaknya. Padan muka juga dia kena tahan. Yang makin aku sakit hati, dia tanya berapa lama kena penjara ya kali ini? Aku cakap aku tak tahu sebab yang berkuasa ialah majistret. Tapi kemungkinan dipenjara lama entah-entah lebih setahun sebab kesalahan ni serius, tambah pula dia baru bebas.

"Aiyoo" Terperanjat dia bila aku cakap macam tu. Memang sengaja pun nak kasi dia rasa takut sikit. Dia nak minta tolong pun aku tak nak tolong. Yelah memang pun hari itu bukan untuk mitigate, sekadar sebutan sahaja.

Moral kisah aku kali ini ialah rezeki itu ada di mana-mana dan ditentukan sebenarnya. Mengapa perlu kita mengorbankan diri buat kerja yang salah demi mendapatkan upah yang berganda? Masalah ini bukannya orang Cina saja, orang Melayu, orang India dan lain-lain turut terjebak.

Cuba beritahu aku ada tak kedai nombor ekor yang tidak dikunjungi orang Melayu? Kalau siapa selalu baca entry aku mesti ingat pernah suatu dulu aku tulis pasal pak aji dan mak aji beratur beli nombor ekor. Semua ini hendakkan kekayaan segera, tetapi mereka lupa pasal KEBERKATAN rezeki yang dicari. Kalau gaji hari ini RM800 dibandingkan dengan kalau satu hari gaji kita RM2000 pun, kita akan tetap rasa tak cukup, percayalah!

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. [Al-Baqarah (2):265]

p/s: bagi yang tak tau ayam tu apa, itu istilah bagi prostitute

27 November 2006

Isteri itu anugerah bukan hakmilik

Kata-kata ini aku petik daripada ungkapan pelakon Rahim Razali dalam cerita yang akan ditayangkan 30 November ini bertajuk CINTA. Memang dalam TV3 selalu sangat dipromosi pasal CINTA. Bahkan topik perbincangan pun adalah berkenaan CINTA. Aku pun tertarik dengan filem ini sebab mengisahkan 5 jenis cinta yang berbeza. Dan aku pun nak menghayati maksud CINTA yang bakal dipersembahkan. Adakah sama dengan konsep aku?

Pagi tadi aku dengar motivasi pagi MHI pun pasal CINTA. Yang menarik ialah berkenaan CINTA atau NAFSU. Sebelum tu cuba perhatikan semula petikan kata Rahim Razali. Dalam skrip itu, bagi aku, terselit satu unsur ketuhanan. Atau lebih tepat (bak kata ustaz aku) ialah unsur Ilahiyyah.

Sebabnya isteri itu jika diandaikan hakmilik seseorang ia sama sifatnya dengan barang-barang lain yang dimiliki orang itu. Sebagai contoh, kalau kita ada sebidang tanah, kita bebas lakukan apa sahaja atas hakmilik kita itu. Nak tanam apapun takpe, atau nak bina bangunan, atau nak korek dalam-dalam, atau apa sahaja lah.

Jadi, andainya isteri itu hakmilik, kita bimbang kalau-kalau isteri itu bukan sekadar boleh dibelai, dimanja, disayangi, dirindui, diusap, dan sebagainya, bahkan boleh dipukul, diterajang, diniagakan, dipertontonkan, dilempang, dicucuh dengan rokok, dipaksa melakukan maksiat, dan sebagainya.

Yang berhak melakukan apa sahaja kepada isteri itu adalah pemiliknya. Siapa? ALLAH YANG MAHA ESA. Kalau DIA nak berikan kebaikan kepadanya boleh, nak berikan kemusnahan pun boleh. Itu baru betul.

Berbeza kalau dianggap ANUGERAH. Perkataan ANUGERAH itu sendiri membawa maksud agung. Jarang digunakan perkataan ini dalam kehidupan seharian melainkan pada waktu hari kebesaran raja. Kebiasaannya ia datang daripada orang yang besar darjatnya seperti Siti Nurhaliza dianugerahkan oleh Sultan Pahang dengan pingat yang membawa gelaran Datuk.

Apa yang dikaitkan dengan isteri itu adalah CINTA. Ia ANUGERAH yang datangnya daripada YANG MAHA AGUNG. Dan setiap ANUGERAH itu bersama-samanya AMANAH. Macam Datuk CT, memang seronok dan bangga dapat gelaran itu, tetapi harus diingat bahawa ianya adalah AMANAH untuk menjaga reputasi dirinya yang sudah berjasa dalam dunia seni.

Jadi, isteri itu jika dianggap AMANAH daripada ALLAH kepada si lelaki, dia pasti tidak akan sewenang-wenangnya diperlakukan. Akan dituruti syarat-syarat penganugerahan itu sebab kalau tidak, anugerah itu boleh ditarik balik sepertimana pingat Datuk boleh ditarik balik oleh Sultan.

Aku tertarik untuk melanjutkan lagi isu AMANAH ini kepada para perempuan yang sedang hangat berCINTA. Idea ni pun terbit selepas aku terdengar kata-kata penceramah motivasi pagi MHI. CINTA sebenar ialah yang menuju perkahwinan. Jangan terpedaya dengan CINTA lelaki yang cuba nak ambil kesempatan (mungkin kita tak tahu).

Acapkali aku dengar pasal perempuan yang menyerahkan mahkota diri sebagai bukti CINTA kepada lelaki. Wahai kaum Hawa, jagalah diri anda (nasihat ini untuk adik aku juga). Memang dalam diri manusia ada rasa ingin berCINTA tetapi kekadang kita tersilap memahami erti CINTA sebenar.

CINTA ditafsirkan melalui apa yang kita lihat dan diperlihatkan. Betul tak? Kita biasa disajikan dengan filem-filem cinta tak kira filem Malaysia, Indonesia, Filipina, Sepanyol, dan negara-negara Barat lain. Apakah bukti cinta yang dipertontonkan? Ya, cium-ciuman, dakapan manja, berdua-duaan, berpelukan dan sebagainya.

Maka, apabila terbit rasa 'semacam' pada seseorang, kita suka kat dia, dia suka kat kita, rasa rindulah, rasa sayang sangat dan sebagainya, lalu kita pun benarkanlah adegan-adegan dalam tv itu dilakukan sebagai tanda CINTA.

Stop! If you are in that position, please turn back. Sebabnya adegan-adegan itu untuk yang dah berkahwin je. Kalau belum, itu bukan tandanya CINTA, tapi itu tandanya NAFSU. Memang kalau kahwin pun NAFSU, tetapi tak terlarang.

Bila mereka ini tak patah balik dan mula hanyut dengan dunia CINTA...oppss silap, dunia NAFSU, penyesalan sesudah itu tak berguna lagi. Terutamanya apabila si lelaki meninggalkan si perempuan. One thing you have to remember girls, if u trespass the limit, u'll be shot. Maksud aku, bila mahkota diri tergadai, siapalah lagi diri anda.

Mungkin ada yang jawab, bukannya orang tahu. Memang betul, tapi u yourself will be in a great pressure, terpaksa simpan rahsia betul-betul, diri tertekan rasa hina, dan sebagainya. Betul.. apa yang aku cakap ni berdasarkan luahan rasa orang-orang yang terlanjur (disiarkan dalam Nona TV3 awal bulan haritu).

Bagi jantan parasit tu, mereka tak kehilangan apa-apa. Pernah dengar ke orang tanya, "kau ni teruna lagi?" Nak bezakan teruna dengan tidak pun secara fizikalnya sangat susah. Tetapi kalau orang bertanya, "kau ni ada dara lagi ke?" Yup, the answer is there..

Ini mengingatkan aku pada soalan yang diajukan pada aku, "kalau Suhail ditakdirkan dapat perempuan yang bukan lagi anak dara, camana?"

Pertama sekali aku fikir, soalan ini sendiri dah ada jawapannya. Jadi, aku pun jawab, "namanya pun kan takdir, apa boleh buat.. redha saja dengan ketentuan DIA." Lalu dia pun jawab ,"Alhamdulillah, masih ada orang macam ni."

Aku terperanjat dengan kenyataan balas dia dan langsung bertanya, "Kenapa? Susah sangat ke nak dapatkan anak dara?" Dia menjawab dengan menganggukkan kepala. What??? This is a big problem.. Allah dah beritahu pada kita, "
Sesungguhnya orang-orang itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertakwa)." [Al-Insaan(76) :27]

Itulah pasal aku sangat concern dengan kaum Hawa ni agar korang jaga diri bebaik. Jangan terperdaya dengan istilah CINTA. Ada orang dengan mudah mengadakan blind date hasil chatting dalam internet (memang namanya blind date sebab dalam adat Melayu tak pernah wujud istilah pertemuan buta...eh, entahlah aku sendiri tak dapat nak terjemah perkataan tu dengan betul sebab memang Melayu tak pernah ajar perkara ni) yang mungkin berakhir dengan satu perbuatan CINTA yang terlarang.

Satu tips baik untuk ibu bapa aku dapatkan daripada MHI hari ini ialah andaikata kita perasan anak kita mula menyukai seseorang, jangan terus melarang, tetapi cuba lakukan ini. Tulis rasa CINTA kita kepada si anak dalam surat. Tak perlu bercakap depan-depan kerana kesannya berbeza. Apabila ianya tertulis, si anak akan selalu membacanya dan menyimpannya dengan baik. Bahkan si anak saat dia ingin berasyik dengan si lelaki mungkin akan teringat pada ibu bapanya. This is called as the love competition. Ibubapa perlu bersaing dengan pasangan yang ingin menawan hati si anak.

Dulu aku pernah buat camni, waktu tu aku rindu sangat kat semua anggota keluarga (maklumla baru masuk asrama). Setiap surat ditujukan secara individual kepada ahli keluarga yang mana semua mereka menyimpannya sehingga ke hari ini. Bahkan mereka menangis apabila mengetahui isi CINTA aku kepada mereka. Phewwiiitt... tapi bezanya aku tak bersaing dengan sesiapa pun.

P/S : Cuba dengar lirik lagu yang aku embed ni - cinta sebenar menuju perkahwinan hingga akhir hayat

25 November 2006

Cubalah toleh ke belakang



Biasanya aku solat Jumaat dekat dengan ofis tapi hari ini disebabkan cuti, aku dapat solat kat masjid yang baca khutbah (masjid kat ofis tu cukup syarat je sbb sblm khutbah dah ada ceramah, jadi pendek je khutbah dia). Apa yang nak dikongsi ialah pasal tajuknya, "Ke mana arah tuju remaja kita?"

Aku remaja tak? Hehe..rasanya macam remaja gak. Jadi, perhatian penuh aku berikan pada pak imam tuh. Pendek kata isi khutbah itu dibaca dengan cukup semangat dan boleh disimpulkan bahawa semuanya salah remaja sendiri. Ayat-ayat yang digunakan terlalu bersifat 'menuding jari'.

Pak Imam kata ,"Mereka lebih percaya dan ikut kata-kata kawan berbanding ibubapa mereka. Apa nak jadi dengan mereka."

Katanya lagi, " Masalah mat rempit, dadah dsb adalah disebabkan pengaruh hidup yang hedonistik daripada Barat."

Ada lagi, " Remaja tidak lagi mendekati masjid. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Ingatlah hadis Nabi bahawa sesiapa berkawan dengan penjual kasturi, maka wangilah dia dan sesiapa berkawan dengan tukang besi, maka dia juga terkena busuk baunya."

Macam-macam lagi ayat-ayat pedas yang sakit didengar walaupun ada kebenarannya tetapi pendekatan macam ini akan lebih menjauhkan remaja tu sendiri sebenarnya. Mengapa jari itu dituding kepada kami? Bukankah mereka juga pernah menjadi remaja? Tak perasankah yang ada 3 jari lagi menuding diri sendiri? Mengapa tidak satu pun terselit kesilapan pada ibu bapa juga?

Aku teringat pesan Rasulullah agar anak-anak itu dipukul pada usia 10 tahun sekiranya meninggalkan solat 5 waktu. Dan apabila mereka menjangkau remaja, hendaklah dilayan seperti kawan.

Bukan salah remaja 100% kalau dia lebihkan kawan berbanding keluarga (ibu dan ayah). Bahkan tak heran kan gitu? Betul tak kekadang tu kita rasa kawan lebih dekat dengan kita. Kiat leh share apapun dengan mereka. Tetapi tidak pada keluarga. Apa masalah sebenarnya?

Sebabnya ibu bapa tu juga yang melayan anaknya seperti 'tuan' dan 'hamba'. Mereka hanya kata 'boleh' dan 'tak boleh' untuk setiap perkara yang ingin dibuat oleh anak. Mana dia perbincangan? Mana dia tukar-tukar pendapat? Semua itu hanya berlaku dengan kawan. Kan Nabi dah pesan jadikan remaja tu macam kawan..

Aku bersyukur sebab ibu dan ayah aku memang layan anak-anaknya yang remaja macam kawan (ramai gak camni kann?). Itulah sebabnya aku kalau balik Melaka lebih puas hati lepak dengan famili berbanding keluar dengan kawan-kawan. Nenek kat Melaka pun 'rock' hehehe sebab kitorang bebas borak apa sahaja topik dan tiada rahsia antara kami. Semua kawan ibu ayah kenal sebab kami citer sume perkara yang berlaku. Aku minat si XXX atau si XXX minat aku dsb sume diceritakan.

Aku juga berkesempatan hidup dalam keluarga yang berlainan daripada keluarga di Melaka. Memang duduk di rumah itu sendiri rasa kurang selesa. Tiada gurau senda antara keluarga, tiada prihatin atas persekolahan anak-anak, tiada bual mesra ketika bersembang, waktu makan pun senyap sahaja, masing-masing buat hal sendiri. Jadi, tak hairanlah kalau kawan diutamakan.

Cuba tengok. Hadis Nabi pasal kawan itu penjual minyak wangi kita pun akan wangi. Kalau lah ibu bapa itu semacam penjual minyak wangi, pastinya juga anak-anak wangi. Tapi wangi camana pun kalau dia tak berkawan dengan anaknya, macamana nak wangi si anak? Kat luar tu memang kawan berlambak, ada wangi ada busuk ada masam ada hapak.

Kalaulah kawan paling rapat remaja adalah ibubapanya yang wangi itu, aku pun yakin anak-anak itu kalau keluar pun mencari orang yang wangi juga sebab dah terbiasa dengan bau wangi. Yelah kalau kita ni jenis pakai deodarant setiap hari (kan wangi), tetiba sehari tak pakai mesti rasa tak lengkap. Samalah juga..

Sebelum aku menulis lebih panjang, aku harap orang-orang dewasa ni kena masuk dalam kasut (macam entry aku aritu) anak remaja. Bukannya mereka tak pernah jadi remaja. Harapnya tak dituding jari selalu kat anak muda ni. Macamanala mereka nak dekati masjid kalau asyik dipandang serong. Macamana la mereka nak jadi baik kalau asyik dipersalah.

Sama macam penagih dadah keluar penjara, masyarakat kampung pandang serong kat dia, tak siapa terima dia. Jadi, yang menerima hanyalah kawan penagih juga. Salah ke dia kalau terjebak lagi? Hmm, janganlah kita rasa kita cukup selesa dan bahagia dengan kebaikan diri kita hari ini sebab kita belum diuji. Allah kata dalam al-Quran, " Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [Al-Ankabut (29:2)]

24 November 2006

Macam-macam kisah Coca Cola

Ini dipetik daripada emel yang aku dapat berkenaan makan MENTOS dan minum Coca-Cola. Bayangkan apa yang berlaku pada air coke yang korang tengok kat bawah ni apabila bercampur dengan MENTOS, dalam perut kita. Menurut emel ni, sudah dua orang mati disebabkan makan MENTOS plus minum COKE (kesahihannya aku tak pasti) Apapun, gambar ni menarik dijadikan bukti dan untuk kukuh lagi apa kata kita cuba buat eksperimen ni (rasa macam nak cadangkan pada cikgu sains sekolah suruh bebudak sekolah buat)


22 November 2006

Selamat Pengantin Baru

DIJEMPUT KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN YANG MENGENALI KAWAN AKU NIH KE MAJLIS KENDURI KAHWIN DIA KAT BATU PAHAT...

Sebenarnya dia bagi kad ni kat aku tapi dia suruh aku ajak gak sesape yang lain sebab dia pun tak cukup kad nak bagi..so kad yang korang tengok ni memang tertulis nama aku cuma maksud dia adalah untuk semua.. k.



MOHD NADMIN RAMLAN & FADLIANA BINTI SAMAN

3 DISEMBER 2006


menarik lor dia punya kad..1st time aku jumpa kad jemputan kahwin macam kad jemputan majlis formal di Istana Budaya..hehe? Anyway, it's a good idea for young-couple yang sukakan kelainan.

P/S: Click on the pic for clear view

19 November 2006

How passionate we are?

Hari ini penuh ujian buat diriku. Bayangkan kita punya permainan yang kita sendiri kontrol. Atau pernah tak kecik-kecik dulu kita main dengan semut atau kerengga yang sedang beratur panjang ikut barisan nak pulang ke sarang?

Ok, apa yang menariknya bila kita uji benda yang kita kontrol tu? atau kita uji barisan panjang semut tu? Bagi aku, we'll see some change in that thing. Macam kalau kita main game, kita mesti rasa seronok bila banyak cabaran n ujian rather than be the winner as simple as walking through a straight path with a clear vision on a sunny day.

Macam semut tu, kita pun ada rasa inkuiri kan what will happen when we disturb their 'train'. Waktu tu, mesti nampak semut-semut tu kelam-kabut mencari arah. Kecik-kecik dulu aku rasa seronok buat camtu.

Don't u think that Allah do the same on us as to know how fragile we are or how tough we r or how much our reliance on Him or whatever that He want to..?

Hari ini ujian aku macam-macam :

1) 5.00 am - aku terjaga dan tengok nota, rupa-rupanya banyak lagi tak hafal.
2) 7.30 am - aku bertolak ke UiTM untuk amik peksa jam 9.00, mulut kumat kamit cuba refresh memory.
3) 12.00 pm - there are some questions i had to 'goreng' je jawab.
4) 1.00 pm - I should be at my fren's house tapi tak dapat sebab tayar moto aku bocor. Dah la waktu tu tengah laju dan selekoh.
5) 1.30 pm - barulah selesai dibaiki. Mamat yang betulkan moto tu minta RM25..fuhh too much, I gave him only RM18.
6) 2.00 pm - terperangkap dalam hujan. basah dan berteduh dekat balai raya.
7) 2.30 pm - sampai umah kawan. dah janji nak p beraya umah kekawan lain.
8) 3.00 pm - I thought my fren had confirmed wif our frenz yg kitorang nak dtg umah dia but he thought the same of me doing it..huh?
9) 3.30 pm - trying to call them but nobody was available at home. sume balik kampung plak.
10) 4.15 pm - bateri telepon abis. takleh nak sms ngan kekawan yg nak p raya umah officemate.
11) 6.20 pm - bertolak balik rumah tapi tak sampai 1 kilometer hujan lebat. Basah kuyup.
2) 8.15 pm - hujan baru berhenti n magrib kantoi sebab mmg takleh nak kuar dari bus stop tempat berteduh.
13) 9.00 pm - lepas solat tgk takde lauk makan malam (maybe my pakcik ingat aku dah dinner)

Sunday is not always a sunnyday..hmm bila aku kenangkan balik sume ujian ni, aku rasa yang kita ni memang takleh wat pape sebab memang DIA yang kontrol sume. Plan la apapun kalau dia kata JADI, maka JADILAH. Kalau TAK JADI, maka TAK JADILAH. So apa guna nak merungut atau tensen. Yang penting, redha je.. sebab memang DIA kontrol la. Kelakar plak rasanya hari ini. (btw HE knowswhat is the best for me n what is not)

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular