28 Oktober 2005

Bernostalgia..

Memang seronok bila dikenangkan zaman sekolah. Zaman yang penuh keseronokan dan pengajaran untuk kehidupan mendatang. Erm, waktu sekolah menengah dulu pun kata sama camtu. Dok kata sek. ren. lagi seronok. Erm, sama gak waktu sek. ren. kata tadika seronok. Hmm, adakah ini hakikat seorang manusia? Manusia yang sering terhimbau kisah silam. Yang merasakan sebelum itu lebih seronok daripada selepas. Maknanya kita lebih puas dengan yang lepas atau yang sedang kita lalui?

Yup, ada yang mula kata sekarang ni kepala dah banyak pening. Terlalu banyak perkara nak pk. Kalau dulu, kita relax dan enjoy nak buat apapun. Sekarang gak dah banyak tanggungjawab. Kalau dulu, orang tak bagi pun task sebab kita memang belum layak untuk itu. Jadi, mana sebenarnya best? Adakah beban otak dan jasad ini adalah satu bala bencana bagi kita? Eh, takutnya dengar soalan tuh (bagilah ayat yang ok sket..) Maknanya apakah apa yang kita lalui ini suatu yang tak sanggup kita lalui (hah, camnilah..)?

Nak tau tak satu hari nanti, semua yang seronok dulu2 yang kita katakan itu akan di'flashback' untuk tontonan umum. Yeah, macam tengok wayang lah (kononnya la sbb aku pun tak pernah lagi tengok.. juz dgr citer je). Waktu tu diceritakan takde pun orang gembira, kebanyakannya menangis. Eh, apsal gitu? Bukan ke kita kata zaman dulu2 tu seronok? Apsal jadi berubah bila masa tu dah tiba? Logik akal pikir kan mestilah seronok sbb kita dapat tgk 'live' lagi.. camana kita gelakkan kawan masuk longkang, camana kita buat lawak sampai semua tergelak, camana kita main bola sampai dapat jaringkan gol berkali-kali, camana kita kacau budak pompuan. Takkan tak gembira???

Jawabnya dah ada dah pun.. sbb waktu tu kiraan untung rugi dibuat. Dibukakan buku untung dan ditunjukkan semua keuntungan yang pernah dibuat. Sama gak dengan buku akaun rugi tuh. Malangnya, kebanyakan perbuatan seronok dulu termasuk dalam akaun rugi. Gelakkan kawan jatuh longkang tanpa rasa kasihan dan ingin tolong, demi membuatkan orang ketawa lawak dipenuhi unsur lucah, main bola terbuka aurat, dok kacau pompuan berunsur seksual etc.

Aduhh azabnya hidup dunia dulu.. nape la aku tak cari untung? Waktu tu la kita dok pk itu ini begitu begini. Tapi, DIA kata dah lambat dah pun, nasi dah jadi bubur.. tapi kali ni bubur pun takleh nak makan sbb panasnya sampai menggelegak otak, air bubur tu pun takleh nak minum sbb hapak berbau nanah dan kahak.. (Uwekk..takleh citer lagi)

Jadi, mengapa perlu bernostalgia? Tak ke mana pun kita nih. Mengapa perlu kita agung2kan zaman muda dulu atau pun sebagai pemimpin, mengapa perlu kita terhimbau dengan pemimpin lepas yang hebat pada zamannya sampaikan kita takut untuk menjadi pemimpin? Eh, bukan ke kita patut pada hari ini memikirkan sesuatu yg lebih baik untuk hari ini dan esok lebih baik daripada hari ini. Ermm..dah naik muak dengar kata2 ni. Ramai sangat leh dok cakap pasal benda nih tapi.. hmm, aku sendiri pun tak berubah lagi. Astaghfirullah..

Aku pun taknak disebabkan nostalgia, kehidupan mendatang jadi buntu. Kita lemah dan rasa tak berdaya bila membandingkan diri dengan arwah Tunku Abd Rahman, Tun Razak, atau Fadhil Noor, dsb.. mereka ini penting untuk kita contohi tapi bukan untuk kita jadi macam mereka. Jadilah diri kita sendiri.. apa yang sesuai dengan zaman mereka mungkin tak sesuai dengan zaman kita.. Tau tak mesin fax hari ini bernilai RM300 dahulunya dalam zaman 70-an bernilai RM32000? Mesti tak caya kan.. tapi itulah perubahan zaman yang berlaku. Kalau mesin itu pun berubah, apatah lagi manusia.. kalau dulu datuk nenek moyang pakai kain batik pi mengaji bertudung guna kain pelekat (betul ke ejaan nih..?), takkan hari ini pun begitu?

Wahai anak muda, marilah kita kenali diri dan upaya diri sendiri.. kita adalah kita, jadi buatlah apa yang kita rasa betul, bukannya apa yang org dulu2 kata betul.. (betul ni mesti berlandas syarak gak le.. bukan dok betul ikut kepala sendiri) Tapi tak bermakna takleh nak wat camana diorang buat.. boleh cuma perlu modifikasi ikut kesesuaian zaman.. dan jangan agung2kan saja org dulu sampai merendah-rendahkan zaman kita sendiri.

Wallahu a'lam.

14 Oktober 2005

Salah ke?

Sukan Extreme.. itulah nama yang diberikan bagi sang lasak yang macam mamat ni. Skateboard ni antara permainan ekstrem yang cukup popular. Tapi salah ke diorang main sukan macam ni? Erm, orang tua-tua kalau tengok bebudak lasak ni memang selalu di'cop' sebagai budak nakal..ada kata budak jahat. Ish ish ish kesian diorang ni. Sebab apa orang cakap diorang camtu ye? Mestilah ada sebabnya. Yelah, pakaian compang-camping, ada yang koyak sana koyak sini. Adakalanya jugak tak malu dok berlenggeng. Tambah plak main waktu senja sampai dah masuk maghrib. Mulut plak mudah je lepas dok mencarut dan maki hamun. Ada gak yang siap awek menyibuk dok lepak sama sambil bertepuk mesra tanpa segan silu depan orang ramai. Pakaian si awek pun macam si laki yang tak cukup kain pakai baju nampak ketiak. Hmm.. patutlah diorang nampak jahat, nakal, kurang ajar etc.

TAPI...

Bagaimana plak kalau yang main tu orang baik? Kalau taknak dipanggil baik pun, orang tu bukan orang jahat lah. Diorang main pakai seluar labuh..baju pun sopan. Cakap takde dok mencarut dan maki hamun. Main pun pada waktu yang sesuai tak lah sampai terlajak maghrib. Takde dok kacau anak dara atau bawa pompuan sama sambil bermesra tanpa batasan. Bahkan terjatuh pun dok sebut, "Ya Allah". Bila lalu depan orang tua, siap bagi salam tu. Surau pun datang.. kopiah takde la pakai waktu main skateboard. Pendek kata, semua yang dikatakan orang tua budak jahat tu takde langsung pada riak wajah dan perangai mereka.

Jadi, adakah orang tua akan terima mereka sebagai budak baik? Atau memang permainan ekstrem itu sendiri yang dikatakan 'jahat' atau buruk dipandang mata? camana ye?

Dilema sungguh si muda yang bermain skateboard kalau begini. Mengapa disalahkan pada skateboard sedangkan itu juga sukan moden. Bahkan, ada baiknya si muda yang rasa dirinya baik tu bermain skateboard gak sebab dari situ orang lain akan contohi dia.

Sampai bila mereka yang 'jahat' nak disisihkan? Takkan kita nak haramkan main skateboard? Hmm, takde jalan pintas dalam banyak perkara.. kena kreatif sket la kot. So, kepada sesape yang main skate tu, jangan rasa bersalah la. Aku sokong korang.. tapi yang penting, jangan jadi 'jahat'..biar korang conquer suasana supaya kita semua tak jadi 'jahat' atau dipandang 'jahat'..
HIDUP ORANG MUDA

12 Oktober 2005

Sedapnya lauk..



Hmm.. bulan posa ni memang macam-macam ragam. Sebagai seorang pelajar yang belum punya income yang baik, otak mesti geliga. Macamana agaknya untuk kurangkan bajet makan minum bulan Ramadhan. Ya, hanya dengan RM4 sahaja dibelanjakan sehari. Percaya? Hmm memang boleh percaya pun.

Orang KL ni cukup pemurah. Sudah menjadi budaya kebanyakan masjid dan surau berlumba-lumba bagi sumbangan iftar kepada jemaah masjid. Sayang sekali ianya bukan budaya di seluruh Malaysia (kalau tak, bolehlah kawan-kawan MMU aku kat Melaka tu save budget gak). Lauk-pauk pun cukup meriah.. macam lauk-pauk majlis kahwin pun ada. Sampaikan muak pula makan ayam. Tapi, rezeki ni pemberian Tuhan, jangan dok merungut kann.

Memang dah jadi kebiasaan setiap kali Ramadhan, aku sering bertukar-tukar masjid dan surau untuk iftar dan tarawih. Masjid KLCC, masjid syakirin, masjid di kawasan gombak (pun dah ada 3), masjid wilayah persekutuan (jln duta), dan beberapa surau.. Agaknya disebabkan semangat Melayu aku yang masih kuat yang membuatkan aku menggagahkan diri menunggang motosikal (yang tak basuh2 dah lama tu) meredah kedinginan malam bersama embun membasahi seat moto (yang perlu dilap sebelum naik) tatkala pulang dari masjid.

Yelah, aku teringin sangat mendengar sayup2 bacaan Allahumma solli 'ala muhammad... sollu alaihhh. al khalifatul awwal amirul mukminina sayyidina abu bakr as-siddiq... radiyallu 'anhu

Orang Melayu ni memang pentingkan syiar Islam itu. Itu pasal ada baju Melayu, songkok etc yang melambangkan Islamnya Melayu. Dari syiar inilah yang menggalakkan umat Melayu itu dekat kepada ajaran Islam (syariat). Memang ada yang mengatakannya bidaah. Namun, andaikata kebanyakan adat ini tidak dilakukan (bahkan sudah terbukti), ramai anak melayu tidak tertarik untuk mendekati ajaran Islam. Entahlah, aku suka cara begini yang nampak halus dan aku tidak merasakan ini adalah ibadah khususiah cuma ia adalah methodologi dakwah seperti nasyid yang bukannya ibadah khusus tapi tarikan untuk orang mendekati Islam. Aku suka pendekatan ala Wali Songo.

Hmm, ada kelas plak..rasa macam nak taip lagi tapi takpelah nanti ada masa aku taip la apa yang patut.

Salam Ramadhan al Mubarak dan Selamat Berbuka Puasa.

27 September 2005

Padah kerja minit terakhir..

Waduh..sakitnya kepala. Tengok tajuk pun rasa janggal sikit.Maklumlah anak muda sekarang macam kita ni suka guna bahasa rojak (dulu Datuk Rais Yatim ada sebut pasal ni)..jadi bila dengar bahasa melayu, bahasa kita, bahasa ibunda, terasa janggal pulak, seolah-olah kita ini berada di negara yang keliru bahasanya. Eh, tuding jari pada diri sendiri nampak.. hmm, memang pun. Biasanya kita dengar orang kata, "kau ni suka sangat belajar last-minute." Jadi, bila kata , "Kau ni suka sangat belajar minit terakhir." Hmm cukup janggal. Tapi, sebenarnya bahasa melayu pun ada istilah yang sepatutnya (aku ni pun satulah, nak guna BM pun salah) iaitu saat-saat terakhir. Lebih betul tuh..

Oklah, aku nak citer pasal baru-baru ni apa yang terjadi pada diri disebabkan buat kerja di saat-saat terakhir (lagi mantap ekspresi BM daripada English kan?)

(Biarlah aku cakap gaya orang muda sekarang..tak le kekok) Memang pun last minute ni tak bagus tapi bukan sengaja pun (kekadang sengaja gak, yelah waktu lapang mesti rasa nak rehat kann..apa lagi? Tidola)sebab banyak keje lain gak nak buat.. dengan adik lagi nak layan, kekawan pun nak kena bersosial memacam la pendek kata..so, last minute la the best way to settle all things..

tapi inilah kali pertama aku terlalu lewat.. sampaikan terpaksa berjaga hingga pagi hari.. bukan senang rupanya jadi lawyer (kawan aku ada cite sorang tu dia taknak jadi lawyer bila sedar banyak betul keje lawyer.. membebankan) sebabnya kat malaysia, lawyer bukannya buat keje advokasi je tapi jugak keje2 pejabat.. tu yang leceh tu. Memang betul gak kot orang kata jadi lawyer ni exclusive sket.. tak campur ngan masyarakat.. Eishh kalau gitu lebih baik tak payah jadi lawyer.. aku rasa sebnarnya
boleh la..maybe kalau2 kita leh tukar persepsi orang takde la lagi org kata kita ni cam tuh..(yes, it's a good idea)

bila dah sampai pagi hari, aku still tak siap lagi beberapa perkara (padan muka!) sampaikan tengah2 menulis, aku terangguk angguk bangun je aku pun geleng geleng (apa nak jadi nih?)..aku cuba gagahkan diri, jangan hampiri tilam (musuh utama saat kita mengantuk dan ada keje).. alhamdulillah akhirnya siap..

Aku tak sedap ati la nak ponteng kelas. So, aku terus pi kelas tapi tak bertahan akhirnya sampai lah pukul 11.. hmm, satu kelas ni je terpaksa aku tak pergi.. Yelah, kata doktor ubat bagi mengantuk ialah tido.. so, apa lagi? Zzz Zzz Zzz

Hmm, rugi tau tak pegi kelas sebab camtu.. sedangkan bila kita ada emergency itulah waktunya untuk kita betul2 ponteng.. (kan kita ada hak untuk tak pegi kelas 20% daripada full attendance.. tau kan?)nasib baiklah itu kali pertama.. jadi mungkin ada baki satu lagi untuk tak pergi kelas.. so aku akan gunakanla peluang yang tinggal untuk digunakan pada perkara lebih penting dan lebih baik.. (hehehe alasan je tu.. mana lebih penting? belajar ke atau...) Hmm soal mana lebih penting itu ikut keadaan.. yelah kalau tengah ada kelas tetiba, abang ko masuk wad n kena operate
takkanlah taknak pi? (kan ini lagi penting) bukan apa.. tengok gak lecturer, kekadang
dapat gak excuse sbb gitu (ada lecturer tak terima apapun reason melainkan kita je yang sakit..hmmm)so, kalau dpt lecturer baik gitu, ada le lagi peluang untuk kau exercise your right..

By the way, nenek aku hari ini dimasukkan ke hosp puteri ampang..kena operation kata ibu serius penyakitnya.. aku pun tak pasti apa sakitnya itu? makcik aku kata batu karang.. tapi ibu pula ada cakap sampai bernanah.. takkan batu karang punya kesan sampai gitu.. (aku tak tahu kot..kena tanya doktor)so, doakanlah nenek aku selamat menjalani pembedahan dan diberkati oleh Tuhan Rabbul Jalal..

Amin Ya Rabbal 'Alamin..

23 September 2005

Hinanya anak muda

Salahkah kami bergelar anak muda
Hingga tiap saat dan ketika sengaja dibogelkan
Habis telanjang setiap apa yang bersangkutan
Kami dihina dicaci diherdik dan dibenci
Dada akhbar sengaja mengoyakkan pakaian malu kami
Media elektronik mengendap mencari kurap di badan kami
Ucapan si tua membebel tak tentu fasal

Salahkah kami bergelar anak muda
Bukan dulu si tua juga digelar anak muda?
Sudah lupa dari mana datang tua kalau tidak menempuh muda?
Apa hebatnya si tua banding kami anak muda?
Kalau kami dihina dicaci diherdik dan dibenci
Pasti mereka juga dulu begitu

Hei biadap sungguh kau anak muda menyamakan kopi dengan kerak kuali
Zaman kau cukup dahsyat
Tak kenal malu
Tak faham agama
Tak hormat orang tua
Tak sanjung ilmu
Tak punya iman
Kau sengaja bercumbuan di tengah gurun yang lapang dan tak tersembunyi
Kau perbaharui agama seolah kau lebih faham akan ia
Kau tendang si tua umpama tempurung yang tak berguna
Kau pijak buku bagaikan helaian kertas bercorak tiada manfaat
Kau robek iman tanpa usaha menampalnya semula


Wahai orang-orang tua
Kata bidalan mengatakan mereka inilah yang banyak makan garam
Maka cukup masin setiap yang dirasakan oleh lidah mereka
Kata bidalan juga mengatakan mulut mereka ini masin
Maka apa yang dikatakan mereka bisa terjadi

Kasihan kami..
Tiada siapa melihat kebaikan kami
Atas sebab masinnya lidah mereka, tiada yang manis dapat dirasakan
Atas sebab mulut masin, setiap tuduhan jadi kenyataan
Kebaikan yang tak seberapa terselindung sebalik kehinaan
Tiada siapa melihat peluang sekecil zarah
Tiada siapa menawarkan kami keindahan rasa iman
Tiada siapa mengajar kami untuk mengenal malu
Tiada siapa menunjukkan kami agama itu mudah
Tiada siapa menegur dengan baik memuliakan orang lain
Tiada siapa mengajak kami merasai kemanisan iman

Mengapa hanya kami dipersalahkan?
Mengapa orang muda?
Kami hanyalah mangsa keadaan..
Mangsa daripada kisah kejahatan yang terpapar di siaran
Mangsa daripada tunjukajar dari filem yang mempesonakan
Mangsa daripada penolakan dan pandangan sinis setiap insan
Mangsa daripada keseronokan yang tak dibataskan
Mangsa daripada pemulauan masyakarat tempatan

Hanya insan muda yang menerima kami
Insan yang dihinakan masyarakat
Yang selamanya mungkin tetap dalam kehinaan
Kami memang perlukan tunjukajar, pemerhatian, kasih sayang
Tetapi semuanya diberikan insan muda yang juga dipulaukan ini

Maka makin ramai anak muda akan seiringan
Jauh dan makin jauh daripada kebenaran
Kerana tiada ruang untuk mereka menerima pedoman
Daripada orang tua bahkan yang muda lain
Kerana mereka sibuk sesama yang baik
Hanya kejahatan yang menjadi sasaran
Dan kami ditembak, dipanah dan ditombak
Sehingga mati semangat dan usaha untuk menjadi baik
Inilah anak-anak muda yang bakal menjadi orang tua
Entah apalah nasib anak muda abad kemudian?

12 September 2005

Baru sekarang kenal makcik..

Seronok betul semua orang apabila diumumkan cuti 3 hari.. Lecturer dah pening kepala macamana nak selesaikan silibus.. Tapi pelajar macam biasalah, hurey.. bersorak hati mereka, walau nampak kononnya sedey gak la tak dapat pi kelas.. erm, berlakon je tuh.

Macam-macam kerenah boleh dilihat pada bebudak UIA nih bila takde air.. nasib baik blkg bilik kolej aku ada anak sungai.. Fuhh, terasa macam dok kat kampung, sejuk dan segar air sungai tu. Yang dah dengan bertuala, berkain basahan, berbondong-bondong datang bawa baldi dan gayung. Bagi kolej lain, terpaksalah beratur mangambil air dari tangki simpanan sementara. Tapi sebenarnya takde pun beratur sangat.. tak tahulah kalau pompuan.. sebab budak lelaki ni ada kete dan moto. Rajin pulak tu keluar pergi cari sungai. Paling tidak pun, pergi masjid terdekat.


Yang kelakar tu tadi, bila pi kelas ramai gak kata ada yang tak mandi. Lepas tu, sorang ni, tengah lecturer dok mengajar kat depan, kitorg belakang berbual, sebab suara lecturer tu pun tak jelas dan selalunya memang ramai tak faham (tu la siapa suruh duduk belakang..erm, dah datang lambat),dia citer pasal kisah dia nak 'memberut'

Yelah bila dah sakit perut, bukan senang nak tahan. Pergilah kat masjid UIA tu, tapi boleh dikatakan setiap tandas ada artifak tinggalan manusia zaman kini yang mungkin baru berusia sejam dua. Kesian pada manusia2 tu sebab mungkin juga diorang ingat ada air di masjid, rupa-rupanya memang tak bernasib baik.

Kawan aku tu pun memecut naik moto pergi ke.. hah, pergi mana korang agak? Salah.. bukan situ, pergi ke CARREFOUR. Tergelak bebudak dengar sebab sampai ke shopping complex besar dia pergi semata-mata untuk melepaskan apa yang dah tak dapat disimpan. DI stesen-stesen minyak pun sama takde air.

Inilah penangan kemalangan lori minyak yang mencemarkan air sungai itu. Tapi tahniah gak pada pihak bertanggungjawab atas tindakan cepat untuk menyedut air tercemar (selama 3 hari ini).Memang bertanggungjawab..

Ada satu lagi fenomena yang boleh korang tengok waktu ni, ramai yang keluar naik moto atau kete bersama beg-beg baju mereka. Nak kata balik kampung, mungkin gak kot bagi yang umah dekat. Tapi yang jauh pun sama jugak.. hah, sebab apa? Sebabnya mereka ni ada sedare mare kat kl.

Sebelum ni taklah rapat dengan saudara tu. Ada yang tak pernah berbual pun. Tapi, disebabkan nak air, sanggup menebalkan diri datang mengemis air. Ceh, teruk betul bunyi ayat tadi. Apapun, baguslah camtu sebab mungkin asbab airlah dia akan rapat dengan keluarga dan sedara mara.

Macam aku, nasib baik ada ofis tempat aku selalu lepak dan buat kerja. Inilah rumah kedua aku walaupun waktu kitorg ada air. Jadi, tak menjadi masalah sangat bila takde air kat UIA tu. Tapi.. aku terfikir nak jadi juga macam kekawan yang merapatkan ukhuwah disebabkan airlah.. tengoklah, esok ke cuba tido umah nenek kat cheras. Dah lama tak jumpa mereka...

09 September 2005

Malunya nak cakap 'sayang'..

cintaku selamanya


Ada seorang kawan tegur, "hei suhail takkan semua tak betul kot. Apsal semua yang ko tulis semua yang tak puas hati je?" Hmm.. suatu yang aku sendiri pun terfikir apa jawapan terbaik untuk soalan dia. Oh memang begitulah rupanya kebanyakan orang melihat orang muda.. semuanya salah. Apa sahaja keburukan semuanya dilemparkan pada orang muda. Betulkah orang muda begitu? Eh, aku tak berlaku adil kepada orang muda. Ya, aku silap.. Mulai hari ini, aku nak cuba cari kebaikan pada semua orang. Baru tak sakit kepala sangat. Bila nampak macam tu, barulah diri kita puas dan orang lain plak dapat manfaat. Tak taulah korang pikir camana...

Kita kena bagi ruang pada anak muda untuk dipaparkan kebaikan yang diorang buat. Sampai bilapun anak muda akan tetap dipandang hina oleh masayarakat apabila segala keburukan mereka sahaja yang dipopularkan oleh media. Lama-kelamaan ada juga anak muda yang menjadi mangsa keadaan. Apa yang mereka nampak hanyalah 'tunjuk ajar' untuk buat jahat. Kita terlupa untuk tawarkan program baik yang mereka inginkan. Barulah akhirnya nanti, kita akan mula rasa sayang pada semua orang.. tiada rasa benci dan semua orang sekeliling adalah modal untuk kita juga buat baik..

Satu hal berkaitan lagi, ini semua harus bermula dari rumah. Kekadang kita sendiri malu untuk katakan, "adik sayang abang" atau "saya rindu ibu" atau bila ditanya,"sayang ayah tak?" malu je rasa nak jawab.. Mengapa kita tidak zahirkan kasih sayang sesama anggota keluarga? Takkanlah setelah mereka tak boleh dengar suara kita baru nak ucapkan kalimah sayang?

Tak guna rasanya bila jantung berhenti berdegup, barulah zahir kasih sayang anak kepada ayah dan ibu atau sebaliknya. Tak guna kita banding-bandingkan adik-beradik hingga memutuskan kasih sayang yang suci tulus. Tak guna kita dengki dan khianat pada adik atau abang sendiri atas kejayaan mereka. Tak guna kita tengking dan herdik akak atau ibuayah tanda protes. Tak guna kita sepak terajang adik bila tak dengar cakap kita. Memang tak guna semua itu.. kerana kita tak berlaku adil pada diri sendiri. Kita cuba nafikan kasih sayang yang kita dambakan.

Jika ingin dikasihi, sama-samalah kita hulurkan kasih sayang kita pada yang lain... barulah akhirnya anak muda tampak baik..disukai ramai.. disenangi khalayak..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular