22 September 2013

Bedah buang geraham bongsu

Mula-mula aku berasa sakit yang tak tertahan pada geraham bongsu yang dah lama di menyempit di hujung rahang kanan. Memang malam itu langsung tak dapat tidur. Jadi, keesokannya terus bergegas ke Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kepong seawal 7.30 pagi.

Kes ini perlu dirujuk ke Hospital Selayang, kata doktor pakar restoratif. Dibuatkan temujanji dengan pakar bedah di hospital itu sehari sebelum Aidilfitri 2013. Hasilnya, beginilah x-ray kedudukan gigi geraham bongsu.


Tengoklah bulatan merah itu. Geraham bongsuku tumbuh melintang 90 darjah. Sebelum sakit, setiap kali selepas makan aku terpaksa gunakan round thread floss untuk keluarkan cebisan makanan yang tersembunyi di celahan antara geraham besar dan geraham bongsu.


Ingatkan sesudah x-ray terus dibuat pembedahan, rupa-rupanya hanya diberikan ubat tahan sakit yang boleh kurangkan rasa sakit. Dan dipesan agar jaga kebersihan kawasan geraham itu dengan floss tadi juga kumur Listerine. Lagi 2 minggu barulah pembedahan boleh dibuat. Mujur cepat, biasanya kata doktor makan masa sebulan atau dua untuk giliran.

Sebab apa perlu bedah? Sebabnya kedudukan geraham itu tak berikan sebarang fungsi pun. Jadi, gigi itu tak perlu. Selepas beraya sakan selama 2 minggu lebih, tibalah masanya untuk pembedahan. (Tak dapat tangkap gambar sebab tiada teman).


Inilah hasil pembedahan selama sejam. Aku disuntik dengan local anaestetic (LA) yang mengakibatkan rasa kebas sebelah kanan. LA adalah bius setempat, dan aku sedar sepanjang pembedahan dibuat. Kalau tanya apa aku rasa, memang aku tak rasa apa-apa. Tiada apa perlu ditakutkan.

Gusi dibelah sedikit dan geraham itu dipecahkan agar dapat dikeluarkan semuanya. Uniknya gigi aku, rupa-rupanya akar gigi aku bengkok secara semulajadi. Jadi, kepakaran doktor bedah mulut ini sangat penting agar akar tidak patah dan tertinggal dalam gusi.

AMARAN UNTUK BACAAN SELANJUTNYA:
GRAFIK DI BAWAH BOLEH MENGGANGGU EMOSI ANDA :)


09 Ogos 2013

Salam Aidilfitri buat semua

Alhamdulillah setelah melewati Ramadhan yang mulia, tibalah kita di bulan Syawal.

Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua yang mengunjungi blog ini khususnya ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan, kenalan dan semua yang membaca post ini.

Sungguh Aidilfitri disambut meriah dan gembira, namun Ramadhan yang berlalu pasti dirindui. 

Semoga misi menjadi insan bertaqwa dalam latihan Ramadhan menjadi kenyataan untuk menghadapi bulan-bulan seterusnya.

سلامت هاري راي عيدالفطر 
ماعف ظهير بطين

Daripada:

MUHAMMAD SUHAIL AHMAD
NUR NADZIFA AHMAD AZAM
SAHAL NAJLA MUHAMMAD SUHAIL

04 Ogos 2013

10 pengajaran berniaga di bazar Ramadhan

Ramadhan kali ini aku cuba berniaga di bazar. Aku dibantu adik lelaki berpetang-petang di bazar menjual kuih tepung gomak dan badak berendam. Itu sahaja. Kami memilih untuk berniaga hanya 20 hari. 10 hari terakhir dilapangkan untuk mengisi keperluan peribadi.

Gerai kami di bazar Ramadhan
Maka, beberapa kesimpulan dapat aku pelajari daripada berniaga kecil-kecilan begini.

1) Berniaga itu mengajar kami mengenal maksud rezeki. Hari mendung, cuaca panas, orang sedikit dan segala faktor luaran hanyalah rencah untuk memahami hidangan yang dinamakan rezeki. Memang Allah dah tentukan rezeki untuk kita. Ada masa jualan kita licin, dan ada masa jualan tak habis.

2) Komunikasi dengan orang awam bertambah baik. Mula-mula kita berasa malu dan kekok untuk bertegur sapa pelanggan. Dan memang rata-rata sukar juga melihat peniaga yang mesra pelanggan. Entahlah apa masalahnya. Tapi kalau kita benar-benar serius berniaga (bukan terpaksa), seronok sebenarnya dapat bertegur sapa dengan orang yang tak kita kenali.

3) Kebersihan itu faktor penarik. Seperti kami yang memasak siap-siap di rumah, hanya perlu menjual sahaja. Jadi, untuk menjaga kebersihan lebih mudah berbanding yang buat penyediaan di tempat berniaga. 

18 Jun 2013

Tempahan akhir tahun sahaja

MAKLUMAN KEPADA SEMUA

Kepada semua pengunjung blog yang ingin mendapatkan khidmat tour guide ke Guangzhou, diminta untuk menghubungi saya sekiranya tarikh yang anda cadangkan ialah pada bulan Disember 2013 ke atas. 

Hanya untuk bertanya harga dan menempah tarikh yang dirancang sahaja. Tiada nombor telefon wakil saya di Guangzhou akan didedahkan melainkan setelah tempahan dibuat.

Maaf, last minute booking tak dapat dilayan. Begitu juga dengan tempahan untuk seorang hingga lima orang. 

JIKA ANDA INGIN KE GUANGZHOU SEORANG KE LIMA ORANG PADA BILA-BILA MASA,

Anda boleh ikuti bengkel melancong sendiri. Lebih mudah, jimat dan bebas.

Sila emelkan ke panduantravel@gmail.com untuk pertanyaan.


20 Mei 2013

Promosi Cuti Sekolah 2013: Guangzhou Shenzhen Hong Kong



  1. Ingin tahu bagaimana anda boleh bercuti, membeli belah dan melancong dengan penjimatan 60% daripada kos biasa, sila baca penerangan bengkel terlebih dahulu.
  2. Tentatif bengkel ada di sini.
  3. Memang inilah yang ditunggu-tunggu, sila daftar segera.
  4. Anda bimbang tak dapat tarikh diinginkan, sila SMS [NAMA], [TARIKH BENGKEL YANG DIPILIH], [BIL. YANG NAK DIDAFTARKAN ke 0193165970. Cth: MUHAMMAD SUHAIL, 25/5/2013, 1 ORANG. Jadi, anda daftar online lambat pun tak mengapa sebab tempahan SMS diambil kira.
SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!

Masa: 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: 

  
View Lantai Tiga in a larger map

04 April 2013

Ibu dan isteri minta MC

بسم الله الرحمٰن الرحيم

Kepada sang ayah dan suami,

Mungkin kita tidak begitu faham keadaan anak dan isteri dengan baik pada sesetengah keadaan, khususnya sewaktu kepala kita serabut dengan kerja-kerja yang membebankan di pejabat.

Boleh jadi juga memang dalam setiap masa kita sebenarnya tidak faham situasi anak dan isteri di rumah.

Apatah lagi jika kita tidak pernah meringankan tangan untuk membantu kerja-kerja isteri. Jika anda seperti ini, cuba uji diri anda untuk sehari sahaja tukar peranan.

Baru-baru ini saya mencuba. Sejak berkahwin, tidak pernah pun menguruskan hal rumahtangga dari permulaan pagi hingga penutup malam.

Cubaan saya benar-benar menyedarkan diri betapa sang isteri dan ibu ini lebih banyak pengorbanannya berbanding kita.

1) Hari itu dimulakan dengan bangun pagi, susun pinggan mangkuk. Jerang air dan siapkan sarapan.

2) Anakku bangun. Diajak sama-sama sarapan. Selesai saja, pinggan mangkuk diletak di sinki. Anak dimandikan, dipakaikan baju dan tinggalkan menonton kartun.

3) Pinggan mangkuk tadi dicuci. Kumpulkan baju kotor dan masukkan dlm mesib basuh. Cuci. Sambil menunggu siap sapu lantai.

4) Baju sudah siap cuci. Sidaikan. Mop lantai pula. Sedang sibuk, anak keluar minta makanan. Sediakan makan minum untuknya. Sambung mop.

5) Anak mula bosan dengan kartun. Dia keluarkan mainan dan bersepahlah mainannya. Sambil itu, dia dok ulang alik berlari dan naik kuda.

6) Bermain sekejap dengan dia. Teringat apa nak makan tengahari. Siap sedia masak. Waktu dah nak Zohor. Masak. Solat. Makan bersama.

7) Anak perlu ditidurkan. Tanda dia mengantuk, dia mula buat hal. Sampailah dia terlena, baru sempat cuci pinggan mangkuk tadi.

8) Terfikir pula apa nak makan malam. Biasanya aku juga suka minum petang. Sekejap saja dah Asar. Solat.

9) Anak bangun. Kena siap dah minum petang. Jerang air. Goreng keropok. Bancuh kopi. Hidangkan. Makan bersama.

10) Sebelum Maghrib mandikan anak dulu. Pakaikan baju. Siapkan diri sendiri pula. Solat Maghrib. Baca quran.

11) Masak nasi goreng. Ajak makan malam. Makan. Cuci pinggan mangkuk.

12) Isyak. Nak rehat sambil tengok tv. Anak datang meluru minta bacakan buku. Baca sekejap saja, dia bosan. Ajak main. Kenalah bermain dengannya. Tak dapat rehat.

13) Anak mula mengantuk. Tidurkan dia. Siapkan katil tidurnya. Dukung dia alih ke katilnya. Rehat.

14) Alamak, lupa angkat baju dah kering. Timbunkan dalam bakul. Kenalah lipat.

15) Sebelum tidur, pastikan pintu tingkap semua tutup dan berkunci. Lampu hanya satu saja dibiarkan terpasang. Eh, pastikan semuanya sudah kemas. Dapur dah bersih. Mainan anak dah disimpan. Komputer dah ditutup.

Sedar-sedar semua itu berlaku pantas. Apabila nak tidur, jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Sangat penat. Mengantuk.

Itulah rutin harian yang paling ringan perlu dibuat isteriku. Bilakah masanya dia berehat? Hanya untuk tidur malam.

Tidak juga. Kadangkala anak menangis tengah malam, dia akan bangun menenangkan anak. Dalam satu malam mungkin bukan sekali dia menangis.

JADI,

Layakkah kita sang suami dan ayah balik kerja merasakan diri penat, lantas mengharapkan isteri melayan kita seperti raja?

Layakkah kita mengarah atau memerintah isteri menyediakan itu dan ini?

Kalau kita sakit, boleh minta MC dan berehat. Kalau nak bercuti, kita boleh minta cuti dan enjoy.

Tapi isteri dan ibu itu tetap terpaksa kerja sekalipun dia sakit atau sedang bercuti.

Kalau dia minta MC atau cuti daripada kita, sanggupkah kita berikan rehat sepenuhnya kepadanya?

Sayangi, hormati dan hargailah isteri dan ibu kita. Mereka tak pernah merungut dari tahun ke tahun. Kudrat mereka ditumpukan untuk kita dan anak. Jika kita bertukar peranan dengan mereka, belum tentu kita mampu berbuat sebaik mereka.

Ampunkan dosaku wahai ibu dan isteriku. Mungkin orang memandang rendah surirumah seperti kalian, tetapi tidak bagi aku.

Tak mungkin dapat dibalas segala kesenangan dan ketenangan yang kalian berikan buatku.

Bantuan kecil sahaja dapat aku hulurkan saat kalian memerlukan. Terkadang aku hanya fikirkan diri yang penat dan lelah, tanpa fikirkan apa yang telah kalian lalui.

Ya Allah kau berikan ganjaran setinggi-tingginya atas keikhlasan kalian. Terima kasih kerana Kau berikan aku ibu dan isteri terbaik buat diriku.

14 Februari 2013

Istanbul Aku Datang 2

Alhamdulillah aku selamat tiba ke Lapangan Terbang Ercan, Cyprus setelah 2 jam penerbangan menaiki Turkish Airlines. Jam 8.00 malam bagaikan sudah tengah malam di Malaysia, sunyi dan sepi. Barangkali beginilah kehidupan di pulau seperti di Pulau Kokos dan Pulau Krismas, Australia.

Lapangan terbang yang kecil seperti di Melaka
Memang orang Melayu rimas rasanya kalau tak mandi. Jadi walaupun suhu sekitar 10 darjah celcius, kami tetap perlu mandi. Setelah mandi, aku juga lebih selesa memakai kain pelekat dan duduk-duduk di ruang lobi hostel.

Bergambar bersama Abdul Kadir (tengah) dan Jufitri Joha 
Budaya pemakanan di sini jauh berbeza dengan rantau Melayu. Setiap pagi kami dihidangkan sarapan berasaskan keju dan susu. Dimakan bersama hirisan daging, roti, tomato, timun, buah zaitun dan telur rebus. Sudah tentu ada jem, madu dan mentega. Terasa sihat benar diet pemakanan ini.

Setiap hari menu yang sama, tidak seperti di Malaysia banyak pilihan menu
Hari pertama berada di Cyprus, kami dibawa bersiar melihat kesan sejarah tinggalan Uthmaniyah selepas mengalahkan kerajaan Venice. Tempat pertama, kami dibawa ke istana dan kubu pertahanan paling strategik untuk melawan musuh dari arah laut. Ia dipanggil istana Kyrenia.

Bendera Turki (merah) dan bendera Cyprus Utara mempunyai corak sama
Cyprus terpecah kepada dua bahagian iaitu utara dan selatan. Kini, Cyprus Utara lebih dikenali sebagai Republik Turki Cyprus Utara bermula daripada kemerdekaan Cyprus Utrara yang diiktiraf sendiri oleh kerajaan Turki pada 15 November 1983 walhal dinafikan oleh PBB dan EU. Bahagian selatan dikuasai oleh Greece sehingga kini.

Pemandangan dari atas kubu istana Kyrenia (nama bandar ketiga terbesar di Cyprus)

Masjid (di tengah-tengah) hanya dibina setelah Uthmaniyah menawan bandar Kyrenia

Pelabuhan di sebelah tepi istana Kyrenia
Seterusnya kami pun dibawa ke Nicosia, bandar terbesar Cyprus Utara di mana masih banyak tapak tinggalan sejarah yang kekal utuh binaannya.

Bekas ibu pejabat polis Uthmaniyah (kanan) bersebelahan dengan bangunan mahkamah yang didirikan British (tengah) di Nicosia
Masjid Selimiya adalah antara bangunan gereja yang ditukarkan fungsinya menjadi masjid oleh kerajaan Uthmaniyah. Sebelum itu, gereja ini pernah menjadi gereja kedua terpenting dunia selepas di Vatican City (menurut penjelasan pemandu pelancong).


Sempat bergambar dengan muazzin masjid Selimiya yang cukup arif dengan sejarah bangunan ini

Kedua-dua menara ini hanya didirikan setelah Uthmaniyah menawannya dan menukarkan  fungsinya
Bersambung...

12 Februari 2013

Istanbul Aku Datang 1

Baru-baru ini aku ke Istanbul untuk membentang kertas kerja mengenai peranan belia dan masyarakat sekelilingnya dalam menyelesaikan masalah di negara-negara Islam. Alhamdulillah, sudah lama tak ke bermusafir. Perjalanan bermula di Istanbul setelah 10 jam setengah berkurung dalam burung besi.

Setiba di Istanbul, penganjur menghantarku dan rakan-rakan ke daerah Esenler. Di sini kami dibiarkan tanpa program supaya dapat berehat. Cuma kami memang tak sabar nak menjenguk dunia Turki dalam suhu 4 darjah Celcius ini.

Berlatarbelakang masjid dan pusat Islam di Esenler
Disebabkan kehausan, kami meredah mencari kedai minum chay (teh) dan kegembiraan pekedai menyebabkan kami tak perlu bayar untuk minuman yang dinikmati


Sesudah solat Asar, kami berbual dengan En. Hasan yang mengajak kami minum chay lagi . Hanya berbual dalam bahasa Arab kerana tidak reti berbahasa Turki.

Kelibat yahudi biasa saja dilihat di Lapangan Terbang Attarturk di Istanbul sementara aku menunggu pesawat untuk menuju ke pulau Cyprus 

Dalam banyak-banyak restoran yang ada di lapangan terbang ini, hanya rotilah yang tak aku ragui kehalalannya buat mengalas perut sementara menunggu 7 jam pesawatku tiba
Aku sebenarnya terkandas kerana terlepas pesawat yang sepatutnya aku naiki bersama rakan-rakan lain. Hanya aku dan Kubanghazi dari Krygystan yang terlepas gara-gara menurut arahan yang tidak jelas. Tak mengapalah, dapat aku berkenalan lebih lanjut kawan aku ini.

Kubanghazi bersama aku dalam keadaan penat menunggu
Bersambung...

24 Januari 2013

Tanyalah Kalau Nak Ke Guangzhou

Entri Cari Aku Sebab Nak Ke Guangzhou memang betul-betul membuatkan ramai yang mencari aku. Sejak dari pulang ke Malaysia hinggalah ke saat ini, ada saja yang bertanya.

Antara soalan yang ditanya sudah tentulah berkenaan khidmat tour guide yang boleh berbahasa Mandarin dan Bahasa Melayu.

Setiap kali ditanya, setiap kali itulah aku kena menjawab. Tapi masalahnya masa aku tidak begitu banyak untuk kerap bersoal jawab dalam emel mahupun telefon.

Jadi, aku cadangkan kepada sesiapa nak tanya teruskan hantar emel ke muhdsuhail.ahmad@gmail.com atau panduantravel@gmail.com dengan cara berikut:

1) Pada ruangan [SUBJECT] dalam emel, taipkan GUANGZHOU [TARIKH].
    Cth:   GUANGZHOU 15-20/4/2013

2) Dalam kandungan emel, terus saja jawab soalan di bawah:
     a) Bilangan ahli rombongan
     b) Tempat yang ingin dituju (jika ada)
     c) Tujuan mengunjungi Guangzhou
     d) Bilangan bilik hotel yang diperlukan dan penerangan hotel yang diinginkan
     e) Pengangkutan yang diperlukan (jika perlu)
     f) Perkhidmatan yang diperlukan - tour guide/pengangkutan/makan minum/hotel

   Cth jawapan:
    a) 10 orang - 3 lelaki, 7 perempuan
   b)  masjid, pusat jualan pakaian kanak-kanak, tempat elektronik, barang hantaran
   c)  membeli-belah
   d) 5 bilik, hotel 3 bintang dekat masjid
   e)  Van
   f)  Perlukan tour guide, pengangkutan, makan minum dan hotel

3) Kemudian penutupnya tulislah [NAMA] [NO. TEL]
   Cth:
              Daripada PN. AINON 012-3456789

Jika tiada aral melintang dan ikut cara begini, insyaAllah mudah untuk kami respon segera bersekali dengan kos dalam tempoh 5 hari. Emel memang aku dok buka setiap hari selagi talian telefon masih hidup disebabkan semua emel aku sync dengan blackberry.

Seelok-eloknya tempahan/pertanyaan dibuat 2 bulan lebih awal. Jika lambat, boleh dilayan cuma takut ketiadaan wakil aku di sana untuk membawa korang.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih mengunjungi blog ini..

[Terkini setakat 29 April 2013: Anda boleh ikuti Bengkel Melancong Ke Guangzhou]

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular