Gambar bersama teman sekelas sewaktu bercuti di Taman Tema Chimelong, Guangzhou |
Tiga empat bulan lepas, aku dapat beberapa emel yang meminta aku bawa mereka ke Guangzhou. Kira-kira enam grup kesemuanya.
Ada juga tiga grup penuntut IPT yang berjumpa dengan aku untuk buat lawatan dan khidmat sosial ke Guangzhou.
Baru-baru ini aku ke pejabat firma guaman tempat aku bekerja dulu. Satu jabatan bercadang nak ke Guangzhou dan minta aku bawa mereka ke sana.
Setakat ini semuanya aku tolak dan sekadar memberi khidmat nasihat saja. Tapi seorang kawan aku sarankan aku bawa saja mereka ini sebab aku ada pengalaman dan kenalan di sana.
Jadi, barulah aku terfikir ada baiknya juga aku bawa mereka. Yalah kita dah biasa dengan tempat tu dan orang dah minta. Lagipun pasport masih bersih, rugi tak manfaatkan sebelum tamat tempoh.
Ada juga yang cadangkan aku buat travel agency tapi aku rasa itu kena serius. Aku sekadar nak bantu menjadi teman pengiring kawan lain yang mahu berjalan secara free n easy di Guangzhou. Itu saja kot, tak ada modal nak buat bisnes pelancongan pun.
Apa pendapat korang?
[Ditambah 24 Jan 2013: Sila baca Tanyalah Kalau Nak Ke Guangzhou]
[Terkini setakat 29 April 2013: Anda boleh ikuti Bengkel Melancong Ke Guangzhou]
[Ditambah 24 Jan 2013: Sila baca Tanyalah Kalau Nak Ke Guangzhou]
[Terkini setakat 29 April 2013: Anda boleh ikuti Bengkel Melancong Ke Guangzhou]
[Ditambah 18 Jun 2013: Sila baca Tempahan akhir tahun sahaja]
17 ulasan:
suhail,
sementara cuti ni,p lh bwa kwn2 ofis ke China..tentu diorang seronokkan!!suhail kn dah ada pengalaman kt sana..heheee
Tak rancang awal, payah juga. Tengoklah cuba beritahu diorang.. kalo diorg berminat, ok juga tu.
Buat mcm Che' We Suhail.
Dia mahir ke Selatan Thai dan ada kenalan di sana, jadi dia blh bawa sape2 yg nak ke sana.
Macm En. Halimi plak, dia mmg mahir dgn Sumatera Barat.. Jadi selalulah dia jadi pemandu pelancong kat sana..
Ambil kesempatan untuk kenalkan Islam di China kepada yang nak ke Guangzhou tu..
Setuju dengan cadangan kau Nadmin. Bolehlah promote sesiapa nak pergi habaq mai kat aku na.. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, semuanya bisa diatur.
kalau kutip kengkawan pon dah cukup satu trip apa. cuma kalo dgn kengkwn ni jenuh nk melayan karenah la kot.. :)
Kalau nak best, satu trip 5 org. Yalah mcm kau cakap, kerenah masing2 tu.. setakat bilangan camni bolehlah layan kerenah kawan2..
assalamualaikum..
Saya dan keluarga sudah membeli tiket utk ke guangzhou februari 2012. Tapi, x tempah mana2 travel agent lagi.. Apa cadangan saudara? kalau kitorang pegi sendiri hotel apa yang terletak berdekatan dgn tmpat2 menarik & dekat dgn tmpat shopping kat guangzhou (walking distance). Apa tmpat2 yg patut dilawati? & apa public transport yg available ke tempat2 berkenaan? terima kasih.. :)
Waalaikumussalam wrt wbt
Cik/Pn Bella, soalan ini biasa ditanya kebanyakan mereka yg ingin bercuti di Guangzhou.
Bagi yang mampu bertutur Mandarin, InsyaAllah tiada keperluan kpd agensi travel. Semua butiran tempat menarik dan shopping boleh cari di Google.
Bagi yang tak mampu bertutur Mandarin, saya cadangkan gunakan khidmat para pelajar Malaysia di sana. Selain dapat berhubung dengan mudah, dapat juga membantu meringankan beban kos hidup mereka dgn sedikit upah tour guide. Dengan perkhidmatan tour guide pelajar ini, segala persoalan di atas mudah saja diselesaikan.
1) Namun, secara ringkasnya saya cadangkan melawat 4 masjid sekitar Guangzhou khususnya Masjid Huaisheng, dapatkan pengalaman solat berjemaah di sana.
2) Ada hotel berdekatan Masjid Huaisheng dan stesen Metro (subway) - pengangkutan paling efektif
3) Biasakan diri untuk banyak berjalan kaki kerana itulah yang bakal dilalui.
4) Tempat-tempat menarik banyak, boleh cari di Google.
Jika berminat untuk dapatkan no tel pelajar sana sebagai tour guide, sila emel ke muhdsuhail.ahmad@gmail.com.
bagus jugak cadangan tour guide tu.. Slalunya nak jumpa mereka kat hotel ke kat airport? InsyaAllah, mnggu dpn saya confirmkan balik hal tu..
Cuma nak bertanya lagi, apa nama hotel yang dekat masjid & subway tu? sebab senang nak booking nanti..
ada x perkhidmatan bas dr airport ke hotel berkenaan? boleh saya tau bas apa yg patut saya naiki?
Terima kasih sgt2 atas repon yg sgt membantu.. May Allah bless u..
Assalamualaikum, ayah sy bersetuju utk ambik Perkhidmatn student Malaysia kat sane as tour guide. Cuma ingin brty bagaimana perkhidmtn yg ditawarkn & berapakah byran yg dikenakan? Jika bertepatan IA kami akn bersetuju.
Satu lg, apa Nama hotel yg saudara maksudkn hrtu? Saya nak buat reservation, takut dah lewat..
Terima kasih.
Waalaikumussalam
Bella, mohon emelkan ke muhdsuhail.ahmad@gmail.com sebab butiran pelajar tersebut tak boleh didedahkan secara umum.
Hotel itu tiada dalam talian dan tak perlu tempah sebab biasanya ada kekosongan, berdekatan situ pun ada lagi hotel lain. Semuanya pelajar itu boleh uruskan.
[Maaf lambat balas, sedang dalam musim exam]
saya nk g guangzou bulan 11 ngn family..tp tourist guide xde...tiket flight semeu da de...
Erin, sila emelkan ke muhdsuhail.ahmad@gmail.com untuk butiran lanjut.
Suhail..buka travel tours jek..hehehhe
salam...sy xboleh email awak..
boleh bagi email lengkap..
thanks
Assalam,
Nak tanya, selalunya bagaimana untuk dapatkan contact students yg sediakan khidmat sbg tour guide di negara2 luar?
Terima kasih.
Wassalam,
Sila emelkan kepada saya di muhdsuhail.ahmad@gmail.com atau panduantravel@gmail.com.
Terima kasih.
Catat Ulasan