30 Januari 2012

Sanggup korek hidung kawan? (100 pp)


Sahabat sejati ialah orang yang menyayangi sahabatnya seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Begitu juga dengan menutup aib sahabatnya. 


Cuba bayangkan kita bertemu seorang sahabat. Kelihatan di celah giginya ada cebisan makanan. Atau tahi matanya masih melekat di tepi kelopak. Atau tahi hidungnya tergantung di celahan bulu hidung. Apa kita patut buat? Mungkin ada tak tegur takut memalukan dia. Tapi lebih baik dia malu depan kita seorang daripada dimalukan depan orang ramai sebab kita tak tegur. 


Contoh sahabat sejati ialah pasangan bercinta. Mereka sanggup menggunakan jari sendiri membuang cebisan makanan, tahi mata, dan tahi hidung pasangan, bukti kasih sayang. Betul tak?

p/s: Moga 'kasih sayang' waktu bercinta berkekalan hingga ke anak cucu

27 Januari 2012

Media bebas mengaibkan orang (99 pp)

Pesalah punk ditahan oleh polis Syariah di Acheh
Menyentuh isu kebebasan media, baru-baru ini tindakan mahkamah dibuat oleh NGO membantah program televisyen yang menyergah pasangan berdua-duaan di tempat umum, di Pakistan. Penerimaan usaha menjadi ‘polis moral’ di sana berbeza dengan di Acheh. Barangkali di Pakistan, media sudah melampau. Tapi di Acheh memang mereka diberi kuasa.


Isu yang dilihat di Pakistan ialah media seolah-olah sengaja membuat sensasi dan seterusnya menaikkan rating penonton. Maklumlah, zaman kini perkara sensasi, lebih-lebih lagi program realiti, sangat menarik perhatian khalayak.

Pengawasan pematuhan syariat dijalankan oleh polis Syariah di Acheh

Dulu bekas mufti Perlis pernah menyelar perbuatan tajassus. Adakah ini juga tajassus? Cuma di Acheh, aku kurang pasti adakah mereka ikut sistem Hisbah.

BACA: Kitaabul Hisbah (English)
BACA: For Many in Pakistan, a Television Show Goes Too Far 
BACA: It’s true, trash TV sells

p/s: Berwaspadalah dengan kuasa kerana takut disalahguna. Perubahan dibuat menggunakan kuasa semata-mata tiada baiknya selain seiring dengan pendidikan. Islam pentingkan mendidik bukan menghukum.

25 Januari 2012

Seni mendidik anak (100 pp)

Cover kotak yang aku buat berjaya mengelakkan anakku daripada bermain dengan butang TV
Mendidik anak adalah satu seni. Bermula daripada anak pertamalah, pasangan suami isteri baru pelajari seni ini. Sudah tentu ia bagaikan ujikaji. Buku dan pengalaman orang tua biasanya jadi rujukan. Namun, adakala dalam tak sedar, kita terikut emosi. Maka, kesabaranlah kata kunci dalam mengenal seni ini. 

Anakku menyibuk tengok orang lain main iPad tapi awas jangan melarang dia
Sebagai contoh, terkadang kita terjerit memekik pada anak bila dia main-main ganggu kita buat kerja. Lagi dijerit, lagi dia suka. Jerit yang kemudian boleh bertukar menjadi marah. Tapi kalau difikirkan semula, siapa yang sebenarnya sukar dikawal? Anak atau kita? Yang dikira mumaiyiz, bukan si kecil. Apatah lagi digelar baligh. Jadi, tiada istilah dia buat salah.

Memang anakku suka memanjat meja sewaktu kami makan, cukup menguji kesabaran
p/s: Pernah ditanya dalam ceramah, bagaimana menangani kerenah anak bising di masjid? Aku jawab, tangani kerenah kita yang rimaskan anak. Sifu aku juga kata begitu dengan penambahan, masalah kita ialah konsentrasi (khusyuk).

20 Januari 2012

Jangan bangga dengan iPhone (97 pp)


Ayuh kenali Mike Daisey. Dia telah mendedahkan kisah sebalik kehebatan Apple melalui persembahan monolognya bertajuk "The Agony and the Ecstacy of Steve Jobs". Aku membacanya dalam akhbar The Herald Tribune.

Foxconn, syarikat pembekal utama produk-produk Apple yang beroperasi di Shenzhen telah memburukkan nama Apple apabila laporan audit menemukan penindasan tenaga buruh, kerosakan alam sekitar, penggunaan mesin peralatan tanpa alat perlindungan dan pelbagai pelanggaran hak berlaku.

Tenaga buruh bawah umur adalah lumrah kerana mereka terpaksa mencari kerja akibat kedaifan hidup
Walaupun pengalamanku hanya seketika di China, berdasarkan pengamatan dan perbualan dengan kenalan niaga, sudah begitu norma hidup tenaga buruh. Sedangkan pekerja di restoran pun dikerah habis-habisan, inikan pula industri bernilai billion dollar.

BACA: The Man Who Makes Your iPhone
BACA: Thoughts on Daisey's The Agony and Ectasy of Steve Jobs, After the Fact
BACA: Apple supply chain audit finds worker conditions not up to standards

18 Januari 2012

Wikipedia tak dapat diakses (95 pp)



Selama ini, banyak informasi dirujuk dengan percuma di Wikipedia. Tapi buat sementara, versi Inggerisnya hanya memaparkan gambar di atas. Inilah protes mereka kepada rang undang-undang yang hendak diluluskan Kongres Amerika bagi menghentikan kegiatan cetak rompak secara online.

Adakah ini hanya gimik atau akibat daripada percakaran politik pihak kongres yang menyalahguna kebebasan menyunting informasi dalam Wikipedia (seperti yang berlaku pada 2006) untuk kepentingan mereka?


Alasan kongres itu sukar diterima umum. Di Malaysia juga berlaku perkara sama. Para artis juga maklum kegiatan muat turun percuma mp3 dan video lagu mereka. Tapi apakan daya, teknologi telah memudahkan segalanya. 



p/s: Banyak  juga perkara haram lain dalam internet, terpulang kita yang memilihnya.

16 Januari 2012

Anak genius yang tidak menjadi (99 pp)

Amalina yang menggemparkan Malaysia dengan gambar-gambarnya dalam facebook
Ibubapa mana yang tak mahu anak-anak menjadi pintar. Kepintaran di usia muda lazimnya dipanggil genius. Sebaik dikenali, pihak media meluru mencarinya.

Sufiah Yusuf yang cukup aku kagumi sewaktu usia kanak-kanakku
Ke mana saja dia pergi, orang nak saksikan bukti geniusnya. Secara tak langsung, dirinya tertekan dalam diam. Dia juga mahu main-main, jalan-jalan, gurau-senda seperti rakan sebaya. Setelah bukan lagi perhatian umum, barulah dia jadi gila-gila. Tapi sudah lewat, dia kini seorang mukallaf.


Berbanding dulu, dosa kini tercatat. Jika dulu ditekankan akademik semata, pastilah dosa pahala bukan pengukur. Jadi, tidak hairanlah kalau berita masalah moral ‘adik-adik’ genius Malaysia tersebar meluas. Tambahan pula apabila persekitaran tidak mementingkan soal praktis agama.

BACA: Sufiah Yusuf.. di mana bijaknya dia?
BACA: Nur Amalina Transformed Because of Cultural Shock?

p/s: Tulisan ini bukan ingin menuduh cara mendidik anak-anak yang salah oleh ibubapa genius. Sekadar renungan untuk kita menyedari kepentingan ilmu agama menandingi ilmu akademik. Juga mengingatkan betapa ujian Allah cukup besar - kita tak tahu siapa kita akan datang.

12 Januari 2012

Sedekah yang memanggil aku (98 pp)


Hari ini di pejabat, usai solat Zohor kelihatan sejadah terhampar dan sesetengah jemaah meletakkan duit di atasnya. Selepas Asar pula, imam memaklumkan kutipan tabung surau dimulakan hari ini untuk menampung kos aktiviti surau. Imam juga mengingatkan 'tidak akan susut duit kita kalau kita infaq ke jalan Allah'.

Benar, terkadang kita terlupa akan hakikat peringatan itu. Saat duit dalam dompet tidak sampai sepuluh ringgit, keikhlasan menderma mungkin goyah. Apatah lagi jika memikirkan tentang keperluan masa depan. Sebab itulah, seringgit biasanya menjadi pilihan untuk sedapkan hati yang was-was dengan peringatan itu.


Tadi, selepas menunaikan solat Maghrib, nazir masjid pula mengingatkan bahawa hari ini kutipan terakhir bagi membantu mangsa-mangsa kebakaran di Kg. Pasir, Hulu Klang. Selepas itu, dalam ceramah Prof. Awang, beliau bercerita mengenai saudagar Cina yang memiliki 3 gedung jed hanya tinggal di flat berlantaikan simen, dan menginfaqkan duitnya untuk percetakan quran bagi edaran seluruh China.


p/s: Semua yang berlaku sehari ini bukanlah kebetulan, melainkan Allah ingin mengingatkan aku untuk infaqkan duit yang ada ke jalan Allah. Kerana rezeki itu sudah pasti, hanya kita yang belum yakin.

10 Januari 2012

Empat pengajaran peristiwa 901 (81 pp)

Harusnya kita mengambil pengajaran daripada peristiwa 901.

  1. Jika mengikut hukum syariah, pertuduhan tanpa membawakan saksi dikira tidak kukuh untuk mensabitkan kesalahan jenayah liwat. Namun, kita tak ikut hukum ini, maka tiada hak untuk kita menuduh perbuatan liwat itu berlaku.
  2. Jika mengikut hukum dunia, sistem mahkamah haruslah dipatuhi. Apabila tidak dihukum bersalah, maka tersilaplah sesiapa yang percaya berlakunya perbuatan liwat, apatah lagi yang menyebarkannya.
  3. Bertaubatlah atas segala tohmahan yang pernah dilemparkan dengan label-label yang jijik kepada DSAI.
  4. Semua yang berlaku bukanlah kebetulan, melainkan semuanya takdir ketentuan Allah.
 

  p/s: Moga kita tidak tersilap dengan menghina seseorang yang baru didakwa sedangkan hukum Syariah dan Sivil berpegang pada prinsip 'seseorang itu tidak bersalah melainkan setelah dibuktikan bersalah'.

08 Januari 2012

Sejarah untuk Himpunan 901 (95 pp)


901 adalah sejarah setelah ia berlalu. Pada 9 Januari tahun-tahun yang berlalu, pelbagai sejarah sudah tercatat. Pilihanraya diadakan bagi menggantikan Yasser Arafat bagi mengetuai PLO (2005). Perang Chechnya pertama kali meletus (1996). Tentera  Uthmaniyah berjaya diusir dari semenanjung Sinai, Palestin oleh tentera British(1917). Kesatuan British dan Perancis gagal menawan ibukota Konstantinopel dalam Perang Gallipoli (1916). Dan banyak lagi..


901 tahun ini juga bakal mencipta sejarah. Tidak kisahlah apa jua keputusannya. Juga keadaannya. Sudah pasti ia bakal melakar sejarah. Sejarah yang aku catatkan di atas, semuanya membawa kepada perubahan. Maka, apakah sejarah 2012 juga begitu? Nantikanlah..


06 Januari 2012

Don't just take me out (99 words)


‘Take me out’ NTV7 program seems unrealistic for people to find their loves. It’s only sensational for rating rather than socially help single persons to find true partners. Muslims are not supposed to take part here. They better try the TV9 ‘Cari Menantu’ but unfortunately no more in existence.


E Jiahao found his materialistic partner, Sun Yali who then broke the engagement and took away the BMW bought by that guy (they are in the kind of 'take me out' NTV7 program in China)
Women prepared to interrogate potential suitors on the dating show "If You Are the One." (the same program as above)
Whatever those ‘orang putih’ reality shows have, the same local producers want too. Just name it. Last October, China had introduced a policy to regulate these reality shows that poisoned their culture. Apart from its political issue, I stand to support this practical idea to mould the content. Though education is the best tool, but the vulgarity has exceeded the limit. We need the upper hand to operate. 

READ: China TV Grows Racy, and Gets a Chaperon
READ: China releases Entertainment Restriction on TV programs

04 Januari 2012

Sukan yang paling bermanfaat (99 pp)



Kita maklum hadis Nabi yang menyaran kita menunggang kuda, berenang dan memanah. Sejak kecil aku dah dengar hadis ini. Tapi ketiga-tiga aktiviti ini perlukan jurulatih untuk mengajar. Dan ketiga-tiganya juga mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi untuk dibayar.


Berenang lebih mudah sebab tak perlukan sebarang peralatan tambahan untuk belajar. Jadi, boleh belajar sendiri, cuma teknik mungkin tak kena. Bagaimana dengan yang lain? Oh, tak mampu.. itu semua sukan eksklusif.

En. Dodi yang sangat peramah beri peluang yang tak dapat dilupakan
Tahun lepas aku sempat menunggang kuda secara percuma. Pengurus Sg Ramal Horse Riding, En. Dodi yang berikan peluang itu waktu aku singgah bertanya. Nampak menarik dan perlu simpan wang dari sekarang.


02 Januari 2012

'Slumdog' jadi jutawan (99 pp)


Kaya. Aku pun mahu. Abdul Rahman bin ‘Auf, hartawan yang mengumpul kekayaan untuk membantu yang lain perlu dijadikan ikon. Andai kaya, lebih BANYAK boleh dibantu.

Nampak seronok tak bila segalanya ada di rumah?

Mukesh Ambani didakwa memiliki rumah persinggahan setinggi 27 tingkat. Nampak seperti bermegah apabila ia dibina di Mumbai, tempat majoriti penduduk hidup melarat (tempat penggambaran 'Slumdog Millionaire'). Ia dibeli daripada pemegang wakaf pada harga rendah daripada pasaran.

Lobi rumah Antilla (nama rumah Mukesh)
Inilah wajah Antilla yang tersergam 'indah' di selatan Mumbai, India
Jika duit tujuan hidup, kita akan bosan setelah menggenggamnya. Syukur kalau pengakhirnya menyedarkan diri untuk kembali kepada agama. Tapi rugi kalau sebaliknya sebab semua kekayaan ini tak berguna untuk bekalan alam barzakh. Yok jadi Abdul Rahman bin ‘Auf.

p/s: Rasakan cukup dengan apa yang ada (Qanaah) walaupun kita tak kaya

01 Januari 2012

Sambutan tahun baru 2012 cara baru (99 pp)



Sewaktu belajar dulu, aku selalu ikut program ‘Jejak Belia’ pada setiap malam tahun baru. Rata-rata sambutan bertujuan hiburan melalaikan, dan berakhir dengan tragedi. Pengalaman aku, audien yang teruk banyak di KLCC,Bangsar dan Dataran Merdeka. Sekarang tak tahulah. Botol arak + kondom = zina.


Sebagai alternatif tahun ini, aku puji kerajaan Selangor dengan inisiatif menarik yang langsung tak ditonjolkan dalam televisyen bahkan disiarkan sambutan di I-City lebih-lebih yang menampilkan Zizan dan Ustaz Azhar Idrus. Dikhabarkan audien seramai 70,000 membanjiri dataran Shah Alam, yang sudah tentu terdiri daripada anak muda. Setahu aku juga, mat rempit suka UAI, kerana penyampaiannya yang bersahaja dan kena dengan jiwa mereka. Hiburan bermanfaat + ceramah = elak zina.



 

p/s: Ada lagi 5 program alternatif sambutan tahun baru. Suka dengan fenomena UAI.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular