27 Mac 2010

Coraklah anak dengan bantuanNya



Isteriku beberapa hari pada musim dingin lepas mula berasa kurang selesa badannya. Sewaktu menikmati pertunjukan bunga api pun dia sudah tunjukkan tanda-tanda. Kepala terasa berat dan selera makan hilang.

Dia mula muntah dan tak boleh bau masakan di dapur. Memandangkan ini seolah petanda pertumbuhan benih generasi pelapis, cepat-cepat aku hubungi pihak hospital mencari perkhidmatan termurah.

Ujian pra-kehamilan telah dibuat dan ditentukan sah mengandung. Namun, cuti tahun baru Cina menyebabkan 4 hari kami menunggu untuk ke hospital memandangkan para doktor juga bercuti panjang.

Inilah pengalaman baru dalam hidup yang perlu aku pelajari. Pastinya sikit gelabah menghadapi perkara yang belum ada ilmu mengenainya, apatah lagi tiada orang rujukan yang boleh membantu di sisi.

Isteriku kurang bermaya dan sangat lemah. Selepas mendapatkan nasihat doktor, dia dimasukkan cecair vitamin dan glukos ke dalam badan. Sebagai orang asing, caj yang dikenakan sememangnya tinggi. Pemeriksaan awal sahaja sudah mencecah RM500. Untuk melahirkan di hospital kerajaan, kenalah siapkan RM10,000. Itupun kalau kelahiran normal, jika kaedah caesarian dibuat, perlulah membayar RM20,000.


Sambil menunggu isteri dirawat, aku berjalan kaki melihat kawasan sekitar hospital. Kelihatan beberapa individu dari luar Guangzhou menjual kuku harimau dan tanduk binatang. Bahasanya sukar difahami dan cara penjualannya juga agak kasar kerana memaksa pengguna untuk membeli.

Cuba saudara bayangkan, betapa para penjual ini terpaksa mempertaruh nyawa untuk mendapatkan kuku dan tanduk binatang semata-mata mencari sumber pendapatan meneruskan kehidupan harian. Manakala kita pula dihambat dengan keperitan mencukupkan keperluan kewangan untuk melahirkan anak.

Situasi yang berbeza ini mempunyai satu persamaan, iaitu dalam meneruskan kehidupan khususnya bagi menyambung kesinambungan melalui kelahiran generasi kita, Allah jadikan kepayahan agar kita sungguh-sungguh menjaga anak itu.

Betapa sedih dan pilu apabila anak yang dilahirkan itu kemudiannya menjadi tuan kepada kita. Adakah begitu sikap kita terhadap orang tua? Jika begitulah, sia-sia segala usaha mencukupkan keperluan kebendaan untuk anak-anak kita kerana mereka juga akan menghina kita kelak. Hanya beruntunglah bagi mereka yang mencukupkan anak-anak dengan harta keimanan. Moga Allah membantuku dan isteri..

11 ulasan:

3p4h berkata...

Wee... Alhamdulillah. Tak sabar nak dapat anak buah (^_^) he5...

Unknown berkata...

Epah: Doakan yang terbaik buat bakal anak buah. Doa senjata kita utk melawan apapun cabaran..

SITI berkata...

congrats, abang. Beranak kat Malaysia, kan? bolehlah melawat nanti. :)

ainShahajar berkata...

wahh... tahniah2.. moga selamat sampai kelahiran. insyaallah

tak sabar nak kawen..keh2

Unknown berkata...

siti: haah begitulah gamaknya. ada cadangan hospital bagus? (ceh, mcm dah dekat je..hehe)

ainShahajar: terima kasih. nak kawen? hah, cepat2kanlah.. come n join us! :)

nusk berkata...

mahalnya kos rawatan kat sana? wonder how they svive medical trtment? atau kos utk rakyat jauh lebih murah?

p/s:semoga puan sihat sokmo and selamat melahirkan.

Sahalfikri berkata...

najiyyah: Jika rakyat China, murah saja. Hanya pendatang seperti kita yang diperah.

twayblade berkata...

salam suhail. 1st of all, congrats to both of u sbb bakal jadi ayah dan ibu. it's definitely one of the best experience you'll go through. kalo ada pape nak tanya, jgn segan silu. tanyalah pada yg pakar. kihkihkih.

p/s perkhidmatan kesihatan malaysia antara yg terbagus di dunia. bagus in terms of murah. PATI pun kena byr rm1 je utk outpatient treatment. think.

Akak Kembang berkata...

congrats Suhail n wife..jg kandungan betul2 ek...

Sahalfikri berkata...

twayblade: apa maksud ko terbaik tu? mesti maknanya cukuplah dgn servis perkhidmatan kerajaan ya? isteri aku skrg diuruskan oleh klinik desa. ok gak kot. :)

Alin: tkasih.. mcm2 keadaan org mengandung yg perlu saya belajar.hehe..

twayblade berkata...

terbaik maksudnya kita masih lagi entitled to free medical services if not for a very,very minimal fee. aku tak kata cukuplah dgn servis govt hosp (aku sendiri branak private-co cover) but i'd say from others' experience, service govt hosp tak la seburuk yg disangka (with the exception of treatment bapak aku masa dia kena stroke dulu-that is exception to the general rule).

again, the choice is yours. asal baby dan ibunya slamat sudeh. hehe.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular