Cuti Tahun Baru Cina di sini biasanya selama dua minggu. Kebanyakan peniaga akan ambil peluang balik kampung. Ada juga yang cuti sebulan. Yalah, dalam setahun hanya waktu inilah mereka bercuti. Hari-hari lain mereka pulun mencari duit. Kesungguhan mereka sewaktu bekerja patut kita contohi.
Hendak ke mana pun tak tahu. Untuk elakkan kebosanan terperap dalam rumah, aku ajak isteri ke Pusat Sains Guangzhou yang terletak agak jauh dari pusat bandar. Hebatnya di sini, ke mana saja anda mahu pergi, pengangkutan awamnya tersedia untuk membawa anda.
Kami menaiki METRO subway hingga ke stesen terakhir. Subway di sini ada 5 line dan akan bertambah melebihi 10 dalam 3 tahun lagi. Line 5 (terbaharu) terletak di tingkat 4 bawah tanah. Boleh anda bayangkan?
Setibanya di Pusat Sains, kami pun beratur untuk tonton AVATAR 3D. Malangnya iklan yang menyatakan tayangan dalam bahasa Inggeris turut disediakan adalah tidak benar.
"Tak payahlah kita tengok Avatar. Bahasa Mandarin pasti merosakkan penghayatan kisah sebenar filem ni. Sudahlah subtitle pun tak ada.."
Akhirnya kami hanya menikmati apa yang termampu untuk diterokai saja. Alang-alang dah datang kan. Sempatlah naik virtual voyage di angkasa lepas. Tak aku sangka di satu kawasan pedalaman terdapat Pusat Sains yang hebat dan besar begini.
Teringat sewaktu aku bujang dulu, aku diajak menonton filem Transformers oleh rakan-rakan Melayu di sini. Kehebatan China meniru produk luar tak dapat disangkal lagi. Setiap iklan yang ditunjukkan pasti berubah menjadi transformers. Peti ais. Mesin basuh. Microwave. Dan juga waiter McDonalds. Cepat betul gelombang ciplak mengekor.
Jangan pandang remeh pada produk ciplak mereka. Di sebalik itu, ia membuktikan mereka mempunyai kepakaran luarbiasa dalam menghasilkan sesuatu dalam tempoh singkat. Bukan semuanya tak bermutu, ada yang setanding dengan original.
Pasti anda juga tak sangka jika aku katakan kereta Hummer juga mereka boleh buat. Dan ramai pemiliknya dengan gah memandunya di jalanraya. Kereta Chery di Malaysia tak pernah lagi aku nampak setakat ini. Kebanyakan mereka berkereta mewah sama ada buatan asing atau tempatan. Kereta kecil hanyalah Mini Cooper atau SMART.

6 ulasan:
biotek cina pun sangat hebat. bila ada seminar. biasanya prof2 dari china dan korea sangat pandai dan dapat selesaikan most of problem kat biotek ukm ni. kagum gila dengan dorang
tapi kalo france, london. tak sgt. mereka lagi teruja dgn kajian malaysia.
memang betul kita patut mencontohi kepakaran dan kerja kuat orang cina. pernah seorang bizzman cina beritahu, mereka bukan sahaja beri 100% malah 300% pada kerja/bisnes mereka... sebab tu mereka bisa bikin apa saja..
ainShahajar:
Bukan saja biotek, teknologi pembinaan diorg pun hebat.. bayangkanlah satu bangunan boleh disiapkan dalam tempoh 3 ke 4 bulan dgn ketahanan hebat dan binaan kemas. Takdela baru buat..crack sana crack sini, runtuh plak.. (ni cerita negara mana ek?hehe)
nusk:
Betul tu.. Apa taknya 300%.. penghujung waktu kerja (kiranya nak closing da la..), semangat berniaganya sama macam baru nk buka kedai. jumlah jam minimum kerja bagi seorg rakyat china ialah 12 jam.. sampah sarap pun jadi sumber perniagaan. tak terbayang kan? depan rumah abg kat china tu ada satu kawasan di kaki lima, para pemungut sampah akan mengasingkan sampah berguna dan tak. yang berguna akan diletakkan di situ sambil menunggu pembeli. apa yg pelik belum pernah abg tgk sampah itu bertimbun.. (maknanya ada yg beli).. lu fikirla sendiri :)
Abg suhail, pekerja2 kontrak buat bngunan kt china tu org2 china jg ke atau org asing? Memang mantap la pembangunan depa.
Ciplak menciplak pn depa yg tbaek. Xsangka Hummer tu pn dorg bole ciplak. Salute2~
pastinya org cina juga epah.. mana ada org luar dpt bekerja kat sana melainkan buat bisnes sdiri atau company international.
huhu puas teman mikio
Catat Ulasan