15 Mac 2010

Tahun Baru Harimau

Sewaktu tahun baharu 2010, aku dan isteri bersama adik-adik ipar teringin sangat tengok pertunjukan bunga api. Kami pun menuju ke Bukit Belacan untuk menyaksikannya. Rupa-rupanya lalulintas tersekat sebab ramai sangat nak naik ke puncak. Akhirnya kami pun hanya dapat tengok serpihannya saja di tepi jalan.

Jadi, kali ini di Guangzhou aku tak mahu lepaskan peluang. Aku dan isteri bersiap lebih awal untuk saksikan pertunjukan bunga api sempena kedatangan Tahun Baru Harimau. Seawal jam 8 malam kami tiba di kawasan hotel 5 bintang bernama ‘White Swan Hotel’ di tepi Pearl River (yang dahulunya merupakan jalan perdagangan antarabangsa).

Apabila menghampiri jam 8.30 malam, masyarakat Cina bertambah sesak dan kelihatan anggota polis semakin ramai mengawal keadaan. Hendak naik ke atas jambatan, tak dibenarkan. Lagipun diletakkan penghadang di tepi jambatan agar orang tidak jatuh ke dalam sungai. Penghadang yang tinggi menyebabkan pandangan terhalang.

Sudahlah malam ini juga adalah malam Valentine yang diraikan sesetengah golongan muda, jadi bertambah padatlah manusia. Kebarangkalian untuk kehilangan ahli keluarga agak tinggi kalau begini. Inilah kali pertama kami berada dalam keadaan begini. Tangan isteri sentiasa aku genggam. Walaupun begitu, aku respek dengan pihak polis yang cekap mengawal keadaan. Lalulintas juga diawasi sehingga rakyat bersurai.

Isteriku rasa tak sedap badan sejak semalam tapi dia gagahkan diri juga sebab aku cakap inilah saja peluang yang ada untuk menyaksikan pertunjukan bunga api tahun baru.

“Kan abang dah cakap, orang kat sini bila kagum akan cakap camtu,” ujar aku kepada isteri.

Memang orang di sini apabila kagum dengan sesuatu khususnya pertunjukan sebegini, mereka dengan kuatnya akan menyatakan “Waaa..”. Bukan seorang dua, tapi bagaikan makmum mengikut imam mengaminkan fatihah.

11 ulasan:

nusk berkata...

waaaaa...hhhh:D

Aliza berkata...

macam best jer kan... bilalah nak sampai ke sana lagi....

Unknown berkata...

najiyyah, seronok tau!

Kak, memang best kak.. persembahan ni selama setengah jam. Mana pernah tgk bunga api setengah jam kat Malaysia..

Unknown berkata...

najiyyah, seronok tau!

Kak, memang best kak.. persembahan ni selama setengah jam. Mana pernah tgk bunga api setengah jam kat Malaysia..

3p4h berkata...

Waaaaa.... (makmum) Hehehe...

Gambar bnga api tu, abg suhail shoot gna tripod ke x? cantek (^_^)

Unknown berkata...

epah, mana ada tripod.. tangan je. well, u know me..hahaha.

Ummu Mukhlis berkata...

kakak tak sedap badan?? huuuu....bila mahu dapat berita baik..(^_^)

Ummu Mukhlis berkata...

kakak tak sedap badan?? huuuu....bila mahu dapat berita baik..(^_^)

Unknown berkata...

Syira, haah kakak xsdap bdn.. nantikan sajalah ya.

Ticer Syah berkata...

Waaaa...waaaaaaaa..WAAAAAA.. sedey tak pat tgk live..akkaka

Sahalfikri berkata...

eh, da nama ticer plak skrg..hehe. kat kedah tada buat ka? aiyaa.. manyak sedey lo.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular