Sentuh tentang penggunaan kata TOLONG ini, macam-macam pengalaman dah dilalui. Ada yang positif dan ada juga negatifnya.
POSITIF
Sewaktu adik-adikku kecil khususnya yang bongsu, aku selalu minta tolong dia buatkan sesuatu untuk aku. Macam ambilkan kain, buatkan air dan sebagainya. Dia pun begitu juga, adakala meminta aku buatkan sesuatu.
"Kalau nak abg Suhail buat, kena guna perkataan TOLONG tau!"
Sejak aku peringatkan dia begitu, kami semua sekeluarga jadi terbiasa menggunakan perkataan itu apabila minta bantuan.
Cuma adakalanya terlupa juga sebab nak cepat atau mood tengah tak baik. Namun, mood aku berubah menjadi baik apabila adikku kata, "Abg Suhail terlupa satu perkataan. Kalau ada perkataan itu, baru Atiqah buat.."
Itulah kesan positif penggunaan perkataan TOLONG yang telah dididik sedari kecil. Dia jadi tak lupa dan aku juga jadi senang.
NEGATIF
Sebagai pemimpin dalam organisasi, pastinya ramai individu bekerja bersama-sama untuk melaksanakan tugas. Aku yang terbiasa menggunakan perkataan TOLONG dalam memberi arahan kelihatan berlembut pula pada petugas lain.
Akibatnya kebanyakan kerja yang diarahkan terpaksa dibuat sendiri. Asal penggunaan TOLONG sebenarnya untuk tidak bersikap bossy tapi akhirnya memang benarlah aku tak dapat jadi bos.
Sama juga nasibnya sewaktu dalam firma guaman. Kerani-kerani aku macam-macam kerenahnya. Bila diminta buat sesuatu, hanya seorang dua kerani yang menurut perintah dengan baik. Yang lain suka pula buat silap dan lengah-lengah. Ini juga gara-gara penggunaan TOLONG yang diertikan sebagai ," Alaa, Suhail ni ok orangnya.. rilekslah silap pun!"
Huh..
[Entri ini dibuat sempena Kempen 1 Bulan 1 Adab untuk bulan Mac 2010]
7 ulasan:
Heee.... Setuju abg suhail! Pkataan Tolong mmg da sebati dlm fmly kita. =)
p/s: Mereka yg menyalahgunakan 'tolong' ni mmg saja ambil ksempatan. Tak patut. Haishh..
epah: Tolong teruskan kempen ini ya.. :)
Pasti! Setiap bulan x tinggal, dan ada penyambung2 blogger yg d luar lingkungan kita yg turut serta.
baguslah begitu.. kalau boleh minta depa tinggalkan link dlm komen entri adab tu agar dpt kita tgk nnti..
salam..abg suhail!! TOLONG pergi PWTC tengokkan karnival MARA utk atiqah boleh???heee...=))
tolong!!!!tolong!!tolong!!
tak dapatlah atiqa.. dah cuba tapi byk urusan lak aritu. apapun dah pegi yg kedah punya kan? sama aje..
Catat Ulasan