31 Januari 2010

Sorotan minggu lepas

 GAMBAR 1

Rumah kami diziarahi kawan baikku, Pak Indera dari Indonesia bersama keluarganya.

Dan Uncle Man, jiran terdekat...hehe.

Pak Indera ini rileks saja orangnya, rendah diri dan tak sombong diri.

Alangkah seronoknya menyambut mereka yang datang bercuti ke sini.

Isteriku masak istimewa buat mereka.

Makaroni goreng bersama salad sayuran.

Dan paling best, cucur jagung.. mmm, lazat.

 

"Kamu rajin masak ya?," Tanya isteri Pak Indera kepada isteriku.

Hahaha, tersengih isteriku dibuatnya.

Ibu pun minta pula resepi cucur jagung.

Pasti enaklah tu..

 

GAMBAR 2

Isteriku ikut ke masjid Huaisheng untuk tunaikan solat Jumaat.

Berjalan kaki agak jauh hari ini.

Berkenalan pelajar Masters UIA yang sedang bantu emaknya berniaga.

Isteriku beli roti daripadanya selepas solat.

 

GAMBAR 3

Kembali zaman pra-internet.

Aku menulis surat dan mengeposnya ke Australia.

Keluarga angkatku di Pulau Kokos sudah lama tak dapat berita.

Entah kenapa perhubungan emel tak dapat tembus lagi.

Aku kirim emel, mereka tak dapat.

Mereka kirim emel, aku tak dapat.



3 ulasan:

Shafini Mustafha berkata...

masih sejuk di sana? sabarlah..keluarga saya tinggal di sana 3 tahun. bila musim sejuk tiba, sungguh menguji diri..rasa nak sentuh telinga pun takut sebab rasa macam nak tercabut..haha..

Sahalfikri berkata...

Shafini: Apa? Keluarga tinggal di sini 3 tahun? Skrg tidak lagi ya? Di Guangzhou ya? Kerja Konsulat ke?

Ciptaan Terhebat berkata...

Seronok bila membaca blog anda ini. Rasa ingin terus berdakwah ditempat orang...

Moga diperkuat jiwa untuk tidak berenti berdakwah...

Moga Allah berikan keizinan untuk berada dijalan-Nya sehingga hujung nyawa...

salam...

http://kamarulazami.blogspot.com

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular