header-photo

Di hari pernikahanku



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, aku mulakan bicara. Tirai 1431H disingkap dengan kehidupan baru. 3 Muharam adalah tarikh yang bermakna dalam meniti hidup ini.

Semangat Hijrah yang biasanya dikaitkan dengan perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik benar-benar terasa pada tahun ini. Kehidupan kali ini lebih terarah kepada kesempurnaan ibadah kepada Yang Maha Esa.

Saat aku dinikahkan oleh Abah, pemindahan tanggungjawab cukup dirasai. Kerana itulah aku terhenti seketika apabila diminta membaca doa sambil meletakkan tangan di kepala isteriku, Nur Nadzifa Ahmad Azam.

Akulah ketua yang kini memimpin isteriku menuju ke syurga. Itulah amanah besar yang dipertanggungjawabkan sebelum berkembangnya lembayung kepimpinan dengan kelahiran generasi kemudian.

Namun aku harus sedar, selaku anak lelaki, syurgaku di bawah telapak kaki Ibu. Begitulah kiasan Melayu dalam menggambarkan ketaatan dan kecintaan besar terhadap Ibu.

Apa mungkin aku memimpin isteri dan keluargaku ke syurga andai ketaatanku kepada Ibu 'pemilik' syurga terabai. Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kecintaanku kepada isteri tak melebihi cintaku kepada Ibu tercinta.

Begitulah rantai perjalanan menuju syurga. Cinta Agung milik Allah diberikan secebis rasanya kepada kita untuk disemaikan dalam hati ibu dan isteri. Aku sangat berharap agar kehidupanku selalu mendapat redha ibu. Redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa.

I love you Ibu..
I love you Sayang..
But Allah is the One who shall receive my love first and foremost..

Ya Allah, cinta itu milikmu, kurniakanlah secukupnya untuk diriku dan insan-insan sekelilingku.

7 ulasan:

Shafini Mustafha berkata...

tahniah, semoga menjadi suami dan ayah yang baik kepada isteri dan anak2 kelak..

HiDa berkata...

Tahniah Abg Suhail. Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga.

redanna berkata...

Suhail,

tahniah! maaf tak dapat pegi kenduri haritu sbb baru sahaja balik dari Mekah masa tu. tak sempat nak check blog.

anyway, congratulation again to you and Nadzifa.

semoga berkekalan ke syurga abadi..

Sahalfikri berkata...

Shafini: Ameen Ya Rabbal 'Alamin. Moga kalian pun begitu.

HiDA: Terima kasih atas doa. Moga Allah permudahkan segala urusan anda.

redanna: Terima Kasih. Subhanallah, pasti menarik pengalaman di Mekah. Teringin sangat ke sana bawa ibu ayah. Doa yang sama untuk kalian berdua juga..

ainShahajar berkata...

selagi dalam landasan NYA.. insyaallah. walau besar mane pon gelombang yg melanda.. kalian dapat laluinya juga.. dgn tabah dan bahagia

tahniah tahniah

twayblade berkata...

tak mudah nak jadi pemimpin keluarga. tapi aku yakin ko akan dipermudahkan jalan untuk jadi ketua yg sempurna di mata isteri ko.

tahniah dan semoga berbahagia!!!!

grenlina berkata...

congrats suhail & isteri. entri kali ni sgt menyentuh hati. teruskan ber'blogging'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...