Maaf kerana tak dapat kemaskini blog sebab sibuk siapkan Kempen 1 Bulan 1 Adab ini. Esok insyaAllah akan aku lancarkan melalui blog GPTD.
Korang pun perasan kan betapa semakin rendahnya adab di kalangan masyarakat. Entah-entah kita juga termasuk sama dalam golongan orang yang kurang adab atau biadab.
Tengok saja Piala Malaysia baru-baru ini, perbuatan baling botol dan bakar kerusi umpamanya, adalah satu contoh negatif membuktikan hilangnya adab menonton perlawanan. Sudah adat berlawan, ada menang dan ada kalah. Apakah ini tak boleh diterima?
Patutlah pernah suatu ketika dahulu, sewaktu aku ikuti pengajian pondok di Terengganu selama 2 bulan, sekolah telah mengharamkan permainan bolasepak. Bagi aku tak rasional. Tapi bagi guru-gurunya ia adalah rasional.
Sebabnya pemain-pemainnya dulu sangat kasar. Pasti ada kecederaan teruk hingga patah kaki menjadi fenomena biasa. Maka, apabila ini tak dapat dikawal, terpaksalah diharamkan saja permainan itu.
Takkan Piala Malaysia nak diharamkan kalau melibatkan negeri Kelantan? Maaf, aku bukan asabiyyah kenegerian.
Kita tinggalkan sekejap isu itu. Aku di sini nak ajak para pembaca blog untuk sertai Kempen 1 Bulan 1 Adab. Kempen ini akan dilancarkan esok iaitu 11.11.2009. Kempen ini nak tunjukkan bahawa banyak lagi adab kesopanan ketimuran kita yang sudah diabaikan. Maka, menjadi kewajipan kita untuk kembalikan adab yang dijulang tinggi dulu.
Untuk elakkan sampai terjadi tragedi di stadium kelmarin, aku fikir perubahan kepada perkara mudah perlu dibuat. Contohnya, kita ucap terima kasih. Biasakan diri ucap terima kasih walaupun kepada emak yang hulurkan pinggan nasi kepada kita. Atau kepada pelayan kedai yang bawakan segelas air untuk kita. Atau rakan yang menumpangkan kita naik keretanya.
Banyak lagi akan diperkenalkan. Untuk permulaan, marilah tonton teaser video ini untuk memberi kesedaran kepada diri kita sebelum kita menyebarkan kesedaran ini kepada umum.
Sila layari blog GPTD tau! Jom sertai kempen 1 Bulan 1 Adab!

8 ulasan:
kalo nk buat 2 adab ker...3 adab ker...bole? huhu..
hari tu aku balik Msia kejap. Tetibe aku mcm kena 'culture shock'. Bukan nak mengutuk atau menyanjung mana2 bangsa, tp wpun baru 2thn aku dok kat UK, aku terasa sgt2 perbezaannya.
Terasa rakyat Malaysia mmg kurang adab, lebih2 lagi bile sabar tu kurang. Aku malu melihat rakyat Malaysia terutamanya Islam tp kurang adab. Ntah mana perginya 'adat ketimuran' yg kita banggakan dulu.
salam..ini lanjutan daripada entry 'belajarlah untuk berterima kasih' ke? hehe.
tima kasih abg suhail.ada kesinambungan rupanya.sama2 kita berusaha ke arah pembinaan generasi yang beradab.
sokong kempen 1 adab!
Kimi: kita tengok dulu 1 adab, bole jalan tak.. ko org pertama yg aku nak tgk..haha.
Wan: Aku dok China kan, org2 dia taklah cukup beradab mcm kat UK. Tp aku rasa Malaysia plak jadi macam China. Mmm..
Bintang Timur: Haah. Memang ada kesinambungannya. Kempen ni pun sbb smakin hari makin byk plak isu adab yg prob.. tgk aje kes penyokong kelate tu..hushhhh

Salam..
i agreed wif u s well s bintang timur..
d issue now is not only adult,
youngsters..
d kids also have not been trained to say thanks and sorry..
not to say to others, to their parents also they did not..
that's why,
if we do have a chance we should grab it in the sense of developing the good manners to the youngters esply kids..
wish u n gptd team all the best..
sama2 la berusaha ke arah membentuk generasi beradab sopan :)
Great! Marilah kita bsma mjadi agen perubah~ =)
saya,
terima kasih atas sokongan dan dokongan..moga semuanya berjalan lancar. doakan usaha ini diberkati Allah..
Catat Ulasan