header-photo

Ucapkanlah terima kasih



Aku mula masuk asrama sewaktu Tingkatan 1 tapi sebulan saja. Yalah, duduk asrama bukannya seronok pun. Tambah pula, rumah aku hanya 2 km dari sekolah.Aku masuk sekali lagi di sekolah yang sama pada Tingkatan 3 semata-mata untuk fokus pada PMR.

Namun, yang paling terkesan ialah sewaktu aku di Tingkatan 4. Kali pertama aku berjauhan daripada ibuayah. Maklumlah tak pernah duduk luar negeri Melaka. Jadi, pantang berpisah, aku pasti sedih.

Entah mengapa aku sering terbayang akan kehilangan ibu ayah. Itulah bayangan yang selalu menghantui aku. Yalah, bila berjauhan mana kita nak tahu khabar mereka? Entah sihat entah tidak. Pasti mereka juga risaukan aku.

Atas desakan hati yang sangat merindui mereka dan rasa takut kehilangan mereka, aku selalu mengamalkan MINTA MAAF dan ucapkan TERIMA KASIH kepada mereka setiap kali berpisah. Bahkan aku juga mencium kedua-dua belah pipi mereka selepas mengucup tangan mereka sewaktu bersalam.

Kenapa aku ucap TERIMA KASIH? Sebab aku rasa aku tak terdaya membalas segala jasa mereka. Sewaktu aku balik rumah, lebih terasa jasa mereka berbanding di asrama. Jasa yang dicurahkan kepada aku sewaktu cuti yang singkat sudah cukup membuat aku rasa sangat berterima kasih.

Aku percaya apabila aku ucapkan TERIMA KASIH, pasti lega hati ibu ayah yang tak pernah mengharapkan balasan atas jasa-jasa mereka. Ucapan itu nampak kecil, tapi aku yakin ucapannya itu menghilangkan langsung jerit-perih mereka membesarkan kita. Tak percaya, tanyalah IBU!

Sedangkan aku pun terasa lega apabila orang ucap TERIMA KASIH atas bantuan kecil yang aku hulurkan, inikan pula ibu ayah yang mengorbankan wang dan tenaga membesarkan aku.

Jadi, mengapa tidak kita lembutkan lidah mengucap TERIMA KASIH kepada ibu ayah kita! Ayuh ucapkan kepada mereka!

-----------------------

Entri ini ditulis sempena Kempen 1 Bulan 1 Adab. Dan ia perlukan aku untuk mengikut arahan ini:

  1. Sila ambil kod poster (dah buat).
  2. Tampal kod tadi ke dalam satu entri di blog anda (dah buat).
  3. Entri tadi mestilah mengandungi sebarang kisah bebas mengenai ADAB yang dipromosikan dalam poster tadi (dah buat).
  4. Maklumkan kami dengan mengunjungi BLOG KEMPEN dan tulis dalam ruangan KOMENuntuk beritahu link entri tadi (dah buat).
  5. Jangan lupa letak banner kempen di sidebar blog anda (dah buat).
  6. Tag 3 orang daripada rakan pemblog anda untuk tujuan sama (nak buat lah ni...)
Maka, dengan ini aku ingin tag:

  1. Mamida
  2. AM
  3. Kimi

9 ulasan:

.: mama cute :. berkata...

hoh..kenapakah?

aku ni kadang2 kureng adab..wakakka..asik nak dusyum orang aje..muahahaha.. tengok tu..gelak pon kureng adab..waakakaka

.: mama cute :. berkata...

err..nnti pree aku buat la ini tag..ngeheheh

Sahalfikri berkata...

mamida: apara.. ni baru kempen 1 bulan 1 adab. belum lg 2, 3, 4, 5 adab.. ish3!

Marliza Radzi berkata...

nanti aku buat :)

bestlah duduk asrama!

Sahalfikri berkata...

AM: sekolah ko best kot.. sek aku dulu tu, mm.. ish, aku x suka la.ko tahu ke aku sek apa sblm kat N9?

Rin berkata...

ala, sbb ko masuk skolah tu lambat.. klu skolah asrama standard aa ada diskriminasi sket klu budak tu x masuk dari form 1.. hehehe..

Sahalfikri berkata...

Rin: kau mcm salah tafsir je..hehe.maksud sek asrama yg aku cite mula2 tak best tu, sek yg aku masuk Form 1 la. bkn diskriminasi.. xsukela.

Shafini Mustafha berkata...

Memang 'Kempen Terima Kasih' ni kena jadi kempen yang berterusan..

gptdhq berkata...

Shafini, tq 4 ur support.. sebar2kan ya! Tanpa blog pun kita boleh jadikan topik perbualan harian bukan? Ngee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...