04 November 2009

Christopher Columbus takut kucing


Di tengah-tengah kesibukan jalanraya, tiba-tiba sebuah kereta berhenti. Aku ternampak kelibat seekor anak kucing mencari perlindungan di bawah kereta tadi.

Seorang penunggang motosikal berbangsa INDIA pun berhenti. Menjenguk-jenguk anak kucing tadi. Takut-takut dilenyek kereta yang bersesak-sesak menuju Jalan Gombak.

Kereta tadi cuba bergerak. Anak kucing itu pun berlari mencari perlindungan baru. INDIA tadi menjerit kepadaku. Katanya anak kucing tu ada di bawah kereta aku.

Terus saja aku pasangkan lampu kecemasan. Hon bertubi-tubi datang dari belakang tak aku endahkan. Aku takut kalau-kalau anak kucing tadi mati.

Aku keluar dan jenguk bawah kereta. Eh, tak ada. INDIA tadi beritahu kucing itu dah naik atas tayar. Aku tak nampak pun. INDIA tadi terus capai dengan tangannya bila ternampak ekor kucing tadi.

Dalam pada itu, semakin ramai pemandu kereta dan penunggang motosikal berhenti cuba hulur bantuan. Ada yang sangka enjin kereta aku rosak. Maklumlah aku berada di lorong tengah.

Aku suka sangat keadaan ini kerana masih ramai yang prihatin tentang nasib seekor kucing yang dicintai Abu Hurairah. Anak kucing itu nampak trauma hinggakan INDIA tadi dicakar apabila cuba menyelamatkannya.

Mujur ada INDIA tadi. Aku tak perlu mencuba untuk angkat kucing tadi. Aku alah kepada kucing. Aku suka melihat kucing tapi tidak untuk menyentuhnya atau disentuhnya. Ngee..

Aku sangat menitikberatkan soal kebersihan. Binatang berbulu khususnya sukar mendapat belaianku melainkan ia nampak agak bersih. Tapi aku akan pastikan tanganku dibasuh bersih selepas itu terutama sebelum menjamah makanan.

Tapi..mm.. aku kan.. mmm..


Aku sebenarnya..


Pasal kucing ni.. aku kan..


Bukanlah sebab kebersihan sangat. Tapi.. mm.. ramai je orang macam aku. Betul tak?

Ehem.. Begini. Aku sebenarnya macam Christopher Columbus. Atau Genghis Khan. Atau Alexander The Great. Kenapa aku nak malu? Mereka juga macam aku. Hehe. Kami adalah penghidap Ailurophobia.

11 ulasan:

Unknown berkata...

Itu hal binatang, tapi kalau manusia yang nak lalu di lintasan zebra, susah betul nak tengok pemandu kita berhenti untuk memberikan laluan. Aku pelik. Aku sangat percaya keadaan ini berbeza di negara Eropah (menurut kata ipar aku). Adakah kita kurang bertamadun? hmm...

Sahalfikri berkata...

Anuar: Aku juga pelik tentang isu ini. Cuma satu perbezaan yang aku perasan, lintasan zebra kini banyak bercat kuning bukan hitam putih. Adakah sebab inilah mereka tak berhenti?

WanYgBest berkata...

oh...hehehe...aku mmg sgt2 suka kucing, masa baby, klu aku menangis, ada seko mak kucing ni akan belari2 masuk bilik, dok sblh aku...huhu...nasib baik aku x kena asthma ke ape...

aku suke kucing, tp susah nak bela, esp nak pastikan bulu2 x melekat pd pakaian, terumatanya pakaian solat & sejadah. klu x slh aku, bulu kucing yg tetanggal tu kira najis kan? aku cube cari hal nih, tp x jmpa, sbb rasanya ada hadith yg mengatakan bulu kuda tu kena disapu dulu sblm solat...

aku ni x reti bab2 nh, kalau ko tau psl nih, or ade tejumpa kat mane2, harap2 leh share

fadzilah berkata...

salam ziarah..
comelnya pic kucing tu..
kalau boleh ketika drive nak elakkan drpd terlanggar binatang spt kucing...siann kan!!

KiMi berkata...

kucin pon takut?belum ghimo.
meh aku ajarkan camna supaya tak takut kucin.

sham berkata...

bg seorg yg takot kucing, kau telah post antara gmbr kucing yg plg comel pernah aku tgk. kecik2 dulu aku pun takot kucing, terpengaruh dengan mak, tapi dewasa ini, sangat suke kucing pulak walaupun tak lah sefanatik kawan kita kat bristol tu ;)

Ummu Mukhlis berkata...

haha..percaya atau tak, kitty kat umah tu, wlaupun comel, syira tak penah dukung dia...walaupun hampir setiap malam dia akn tidur kat hujung kaki syira..ngeee...

dah 11 tahun dia tinggal dgn kitorang tau! hee..masih tak dpt tinggalkan rasa takut kucing...

Ticer Syah berkata...

last week di rumah ibu mertuaku, keteku tergelek kucing..tapi tak mati pon.. cuma dia keguguran..sungguh kesian, ntah dari mana dia lari, padahal masa nak kuar memang cek tkde pon binatang tu (rumah MIL aku kan banyak kucing).. so, masa kitaorang reverse tetiba ada dan terus la jadi mangsa...

kena gelek sket aje, tapi MIL aku kata dia keguguran sbb time tu kompem tengah pregnant... huwaaaa..cian... seb bek tak mati.. huhu..dia dok sembunyi kat bawah meja makan MIL aku... sok pagi baru tau dia kena.. dia dok diam2 aje.. aiyooo.. cian sungguh (T_T)

3p4h berkata...

Kucing comel tp menggelikan... Serius.. Ha5..

p/s: Kbtulan mlm td, ank kucing kt umh jiran kne gelek. Ksian tgk mak kucing 2. Rujuk link http://3p4h.blogspot.com/

GPTDhq berkata...

fadzilah: kalau tikus ok la tp rasanya ia tak mati kot.

kimi: kucin tak mandi la.kotor.huhu..

sham: aku pun dah ok sket..tak seterus waktu kat SMAP.

syira: Ala..christopher columbus sampai mati tetap camtu.Ngee..

mamida: matangnya kucing itu. camana ek mak mertua hang ajaq dia?

3p4h: kita dari gen yang sama. :p

kuizikel berkata...

hahahha.. aku pon takut kucing, klu kucing bawah kerusi kat kedai makan, mula la tak sedap nak mkn, kucing tu pulak suka sangat nak bermanja2 di kaki...

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular