25 Oktober 2009

Minta sedekah tapi merokok



Benarkah merokok itu ada pelbagai hukum? Sampai ada yang kata ianya harus. Setahu aku paling ringan pun hukumnya hanyalah makruh. Ada baiknya kita baca jawapan Ustaz Zaharuddin untuk memahaminya.

Merokok pula difatwakan haram di beberapa negeri seperti Melaka, Selangor, Kedah dan Perlis. Begitu juga dengan apa yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan.
[Sila baca ringkasan yang dibuat oleh harakahdaily]

Aku terpanggil menulis tentang rokok disebabkan kebelakangan ini aku telah menjadi perokok sekunder. Bukan aku saja, ibu pun turut terkesan. Sudahlah mereka ini mengakibatkan keburukan kepada diri sendiri, diri orang lain pun tak difikirkannya.

Bagi yang belum merokok, jangan mencuba. Bagi yang sudah merokok, silalah berhenti. Tapi jika susah sangat untuk berhenti, kurangkanlah kekerapan anda merokok. Dan ingatlah agar anda merokok di kawasan yang dikhaskan untuk perokok. Bukan di tempat awam.

Jika memudaratkan diri itu antara asbab pengharaman merokok, mengapa tidak anda menjadikan kami perokok sekunder turut mendapat dosa memudaratkan orang lain? Fikir-fikirkanlah khususnya kepada perokok yang merokok di hadapan anak-anak dan isteri.Janganlah jadi seperti dalam video ini:



Jika anda tetap ingin merokok, pastikan diri anda mempunyai lebihan wang. Sebabnya orang yang kurang duit pastinya akan menyimpan duit itu untuk kegunaan lebih bermanfaat seperti makan dan minum.

Kalau anda rasakan diri itu kurang duit, jangan susahkan diri sendiri dan keluarga dengan menambah beban hutang apabila dijangkiti penyakit pada masa akan datang. Hargailah diri anda untuk hargai diri orang lain.

Seorang yang ingin merokok mestilah orang yang sudah cukup keperluan hidup sehariannya. Jikalau begitulah tafsiran aku, pengemis yang meminta sedekah sedang dia masih merokok adalah orang yang tak layak untuk meminta-minta. Tak begitu?
[Sila baca 2 perenggan akhir sebelum point C dalam rencana ini]

5 ulasan:

KiMi berkata...

ALA. KO SEKANG DAH JADI PEROKOK SEKUNDER, alang2, jadi primer terus la, prokok sekunder lagi buruk kesan dia tau. kuikuikui

ainShahajar berkata...

sekotak rokok dekat rm10.. sebulan dah rm300 kan... biasa mmg dorg habiskan sekotak sehari.. normal katenye.. adei

seorang kwn guna rokok gulung.. cuma rm11 seminggu.. tanpa nikotin dan tar, hanya tembakau.. tp kurang UMMph dan leceh nk menggulung satu2..

pumpuan pun dah ramai berani merokok..huish

sahalfikri berkata...

kimi: pernah try.. dua2 aku tak suka. buat batuk je!

ainShahajar: kalau laki merokok konon nak nampak macho, ppuan merokok sebab apa ek?

Penduga Arus berkata...

http://elmandari.blogspot.com/2009/10/anda-seorang-perokok.html

ainShahajar berkata...

erm.. ntah

sebab tensen kot..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular