17 November 2009

Abang nak ikut sunnah

Sewaktu aku membantu seorang peguam uruskan kes poligami, aku dapati banyak pengamal poligami menggunakan alasan ikut sunnah. Begitu juga dengan para penceramah yang suka berseloroh menggunakan cerita sama bagi kes-kes poligami.

Bagaimana jika anda adalah seorang perempuan? Rata-rata akan berpaling muka jika diminta izin oleh suami untuk berpoligami. Mereka merasakan sukarnya suami yang dicintainya dikongsi bersama perempuan lain. Tengok saja drama Nur Kasih, kita boleh terkesan dengan perasaan yang dipendam Nur akibat poligami.

Apakah poligami itu salah? Ini harus diperbetulkan. Bukan poligami salah, hukum sudah membenarkan. Pasti ada hikmah di sebalik setiap aturan Allah. Cuma yang boleh dipersalahkan ialah para pengamalnya. Itu pun jika ada silapnya pada dia.


Sengaja aku cerita tentang hal ini sebab kelmarin aku terdengar Ahmad Dhani mengatakan tentang kroniknya masyarakat Indonesia sehingga ke tahap anti-poligami. Ini membuatkan dia mengambil inisiatif lagu P. Ramlee bertajuk Madu Tiga sebagai alat penyampaian mesej bahawa poligami adalah halal.

Bayangkan betapa ekstremnya sesetengah kelompok masyarakat sana yang membenci ulama' kegemaran aku, AA Gym. AA Gym merupakan fenomena hebat di Bandung khususnya dalam membawa masyarakat mengubah diri melalui pembersihan hati. Sampailah satu ketika, dia berpoligami, ramai yang mula menolak dia. Bahkan ada lagu-lagu dibuat mengutuk AA Gym. Mengapa sunnah dipermain-mainkan?

Kasihan betul kepada umat Islam akibat kesilapan dibuat umat Islam sendiri. Si pelaku poligami janganlah meletakkan alasan mengikut sunnah semata-mata sebagai penyebab berpoligami. Jika benar begitu, jadilah seperti pelaku poligami yang memang mengikut sunnah dari banyak segi.

Jika si pelaku itu seperti gambar di atas, dengan keintiman amalnya kepada pendekatan diri kepada Ilahi dan sebagainya, dia harus dipuji. Tapi rata-rata kes yang aku temui dulu adalah pelaku yang curi-curi berpoligami. Itu sudah jelas memberi jawapan kepada tanggungjawab dan keadilan yang tiada pada diri si pelaku.

Antara sunnah terbesar ialah mengerjakan solat fardhu lima waktu di masjid. Cubalah buat ini dulu sebelum cuba berpoligami. Benar, kita mungkin tak mampu ikut semua sunnah tapi sunnah ini lebih mudah berbanding sunnah berpoligami.

Jika sunnah semudah ini pun tak lepas, agak-agak untuk berlaku adil dan bertanggungjawab dalam berpoligami itu bagaimana? Jika ditanya aku, nak bercita-cita pun rasanya tak boleh lagi sebab sunnah mudah banyak lagi tak terbuat. Memang aku tak layak.

16 ulasan:

yg_indah berkata...

yg berpoligami banyak tunjuk contoh buruk,jadi cerita mereka di'highlight'kan oleh mereka yang anti poligami.Nila setitik rosak susu sebelanga.Hate the player (lelaki yg berpoligami cara salah) not the game (poligami itself).

ainShahajar berkata...

he3.. panas2..

suke bace nih

http://ummusaif.com/2008/09/fakta-tentang-poligami-rasulullah-saw/

bintang timur berkata...

Salam..tajuk pn dh panas.haha

kerap kali isu ini mjd topik perbualan dgn abang2 dan adik2. bkn anti-poligami,tp bg ssetengah org y hny meletakkan 'ikut sunnah' bab poligami semata-mata.bab lain tersengal-sengal nak jalankan.

kehidupan Rasulullah merupakan sunnah y perlu dicontohi. jgn sempitkan pemikiran dgn bab poligami shj.

lgpn, klu btl nk berpoligami ikut sunnah Rasulullah,biarlah btl2.dengan ilmu.

kata pendita Zaaba:"katalah ilmu,akulah sultan. katalah jahil,akulah syaitan"

terima kasih abg suhail.entry y tersirat dalam tersurat.

Sahalfikri berkata...

yg_indah: Aku pernah mengaji di pondok terengganu. Di sana diharamkan bolasepak. Sebab salahnya pada player yg ganas sampai patah2 kaki org, bukannya the game. Yes, u r rite!

Ainshahajar: Bacaan yang sangat bagus. Digalakkan semua lain turut baca!

bintang timur: Sekarang sesiapa poligami tanpa izin boleh dihukum penjara. Hakim pun marah tau!

KiMi berkata...

haaaaa...apa lagi. ko dah lepas syarat solat 5 waktu kat mesjid tuh..
nanti 26 hb...dua org sekali.HAHAHAHAHA...

GPTDhq berkata...

KiMi: mana ada syarat camtu..skadar pandangan. perbetulkan, karang org salah fhm. mana plak ko tahu aku dah amal sunnah itu?

KiMi berkata...

eik?apasal ko jadi gptdhq?
mana aku tau ko amal sunnah tu?
aku buat propaganda la. kira aku propagandakan yang ko mmg solat 5 waktu kat mesjid, pastu ko bole poligami.hahaha.
lain jawapan: aku tau sbb aku bela jin.haha.

Sahalfikri berkata...

KiMi: opss, silap username lak.ngee.. ko mmg la suke propaganda.aku ni dok lurus la plak.aiyaa.. jin pun kau propaganda.

Tanpa Nama berkata...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]Software Downloadable Software, [url=http://firgonbares.net/]office 2007 enterprise will not install[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] wisconsin student discount software discount on software
sell computer software in [url=http://firgonbares.net/]quicktime for windows xp[/url] www macromedia software flashplayer
[url=http://firgonbares.net/]microsoft software for sale[/url] adobe photoshop cs4 key
[url=http://firgonbares.net/]free software of adobe photoshop[/url] adobe photoshop cs3 for mac full version
convert quarkxpress to adobe illustrator [url=http://firgonbares.net/]microsoft student software discounts[/b]

ARADIA berkata...

Abg suhail, tapi tak salah kan if a woman makes a personal choice to not accept polygamy by her husband bcz she knows of her own shortcoming, i.e. bila dia rasa dia tak boleh nanti jalankan tanggungjawab sbg isteri if dia terpaksa berkongsi suami? I saw a scene in Bila Cinta Bertasbih when the heroine puts a condition for the man who wants to marry her, and she says bukan bermaksud dia nak mengharamkan poligami, tapi if lelaki tu can't accept her condition, then carilah perempuan lain utk dijadikan isteri. And I think all woman has a right to do that. Just an opinion.

Sahalfikri berkata...

ARADIA: You have the right to do so. That's why who want to practise polygamy, he needs wife permission. The law say so. Yang Arif has jurisdiction to jail him if he don't get the permission first before marry another one.

Nabi Muhammad sangat sukakan zaman baginda bersama Siti Khadijah - the first wife yang bertahun lamanya baginda hidup bersama dan di mana zuriatnya terhasil - sehinggakan baginda setahun bersedih terkenangkan isterinya. Sepanjang perkahwinan itu, baginda tak memadukan isterinya.

eiffa akmal berkata...

like to read it....harap lebih ramai lelaki berfikiran mcm kamu dlm isu berat seperti ni...oh ye..ada no contact baru noor zuraida? MIA lah dia..heheh..terima kasih

Sahalfikri berkata...

eiffa: alamak, xdela no dia. mmg lm xkontek, tp dlm FB adalah.

Tanpa Nama berkata...

"
Nabi Muhammad sangat sukakan zaman baginda bersama Siti Khadijah - the first wife yang bertahun lamanya baginda hidup bersama dan di mana zuriatnya terhasil - sehinggakan baginda setahun bersedih terkenangkan isterinya. Sepanjang perkahwinan itu, baginda tak memadukan isterinya."

-> yep...bila sebut sunnah, ramai lupa atau buat- buat lupa, yang Nabi SAW tak berpoligami langsung masa dengan Siti Khadijah RA, sepanjang 18 tahun perkahwinan mereka...

Sahalfikri berkata...

Anon: juga perlu kita beringat Nabi berpoligami lebih 4 orang, khas untuk Nabi saja.. lepas tu, kita disyariatkan dengan poligami pada had 4 orang. kita tak boleh halang mereka yg nak amal poligami sbb itu sudah syariat. cuma kena beringat sikitlah..

eiffa akmal berkata...

link kamu ada skali dgn anuar ye? nnti sy nak cri dia di FB.oh ye...selamat menempuh alam perkahwinan...saya pula bakal juga pada 19.12 ni...jemputlah ye.. :)nanti saya akan tampal di blog juga insyAllah

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular