header-photo

Tinggal 10 tahun untuk Malaysia musnah


Tadi aku solat Jumaat bersama ahli kariah Darul Aman Height buat kali pertama. Kebetulan khatib juga menyentuh bab akhlak dan adab remaja.

Khatib dengan beraninya menyatakan kerosakan akhlak di kalangan remaja ini semakin parah dan mengundang kemusnahan alam dalam tempoh SATU dekad lagi. Maknanya dalam tempoh 10 tahun ini, jika masalah ini tidak diselesaikan, maka kemusnahan akan berlaku.

"Pengaruh media adalah perosak utama," kata khatib penuh bersemangat. Media massa yang memaparkan budaya dan aksi tidak senonoh menjadi ikutan para remaja. Kebebasan yang diperjuangkan mereka diikuti golongan remaja.

"..televisyen, internet, ASTRO.."

Ada benarnya apabila hari ini ramai generasi muda lebih gemar menonton televisyen berbanding hidup bermasyarakat. Rakan-rakan berkumpul hanya untuk berhibur.

Masalah akhlak atau moral tidak dibangkitkan pun di China. Kenapa agaknya? Tak pernah lagi kedengaran berleluasanya kes pelajar kurang ajar kepada guru. Kes rogol dan bunuh. Kes ragut. Kes samun dan rompak.

Berdasarkan pengalaman aku, pengaruh Barat disekat di sana. Mungkin benar apa khatib cakap tadi. Rancangan televisyen tempatan sangat banyak diisi dengan rancangan acuan sendiri.

Terdapat juga rancangan Barat tetapi dialih bahasa ke bahasa Mandarin. Hanya filem-filem tertentu dibenarkan masuk.

Internet. Di sana penapisannya sangat teliti. Sebarang bentuk maklumat berunsur lucah diharamkan. Sama nasibnya dengan pemblog yang diharamkan akses di sana.

Masyarakat di sana tidak didedahkan dengan produk-produk Barat. KFC dan McDonald tak tumbuh melata seperti KungFu (restoran ala KFC produk tempatan). Bank-bank terkenal dunia bukanlah bank pilihan rakyat kerana mereka ada Agriculture Bank of China, Bank of China, China Development Bank, dan banyak lagi bank-bank tempatan.

Bergaya? Generasi mudanya pun bergaya. Tapi kebanyakannya bergaya dengan pakaian jenama mereka tersendiri yang mungkin kalau dijual di Malaysia tak selaris DC, Gucci dan seumpamanya. Mereka gah dengan diri mereka.

Dalam hal ini, kerajaan yang banyak membantu mengubah keadaan masyarakat. Segala yang dibuat adalah atas faktor polisi kerajaan yang mengawal segalanya.

Bukankah budaya Melayu (dikhususkan kepada Melayu sebab banyak pemimpin Melayu) itu penuh adab kesopanan? Kita kena gah dengan budaya kita. Bagaimana? Melalui produk kita jugalah. Apa produk yang kita ada?

Kini China sudah mulai melonggarkan polisinya. Adakah keadaan yang dirasakan lebih selamat daripada Malaysia ini akan berkekalan setelah polisinya diubah?

Kita tunggu dan lihat. Tapi di Malaysia, kita tak boleh tunggu dan lihat. Kena bertindak dan lihat. Tinggal 10 tahun saja lagi..Mmm..

7 ulasan:

ska berkata...

kenapa 10 tahun?

Sahalfikri berkata...

ska: Entah, aku hanya quote kata2 khatib. Tertanya juga kenapa 10 tahun..

.: mama cute :. berkata...

senang sket letak splo taun, rasa mcm ada banyak masa nak diperbtulkan kalau smpat..hehe..

tp dok tunggu DSAI guling kerajaan dan setahun dah tunggu..tak jadi2 pon.. aku rasa DSAI kena sakap seplo taun lagi kot..ahhaa.. eh..terkuar topik plak :p

Sahalfikri berkata...

mamida: Jangan berhenti berharap.. support adikmu itu..Hahaha.

.: mama cute :. berkata...

suda letih lorr.. terasa malu plak dok kat skola yang dikelilingi dengan puak2 gerombolan..wakakakak

Muhammad Suhail berkata...

mamida: memangla. be neutral sudah.. :p

Tanpa Nama berkata...

Suhail,
China adalah negara komunis. Semua sumber akan dikongsikan bersama.

Malaysia mengamalkan sistem kapitalis terbuka. Kita yang jadi mangsa.

Walaubagaimanapun, sistem Islam terbaik. Biarpun tiada kerajaan, tetapi ada Malikul Mulk (Raja kepada segala Raja)yang memerhati.

Ianya kembali kepada persoalan Wala' dan Bara'

Wallahu musta'an

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...