header-photo

Ini bukan kerjaya pilihan aku


Sejauh mana kerjaya kita hari ini adalah pilihan sendiri? Cuba tanya diri kita adakah ini kerjaya yang kita idam-idamkan?

Kalau ingat zaman kecil-kecil dulu, ramai nak jadi polis, bomba, askar atau doktor. Tapi itu hanyalah kata-kata kosong tanpa memikirkan realiti masa depan dan minat mendalam yang sebenar.

Selepas berjaya menamatkan pengajian tinggi di IPT, masih ramai juga yang tak pasti apa kerjaya yang dia inginkan.

"Dah aku belajar undang-undang, mestilah jadi lawyer.."

Ada yang merasakan kerjayanya mestilah daripada bidang yang dia pelajari. Atau..

"Alah, kerja apapun tak kisah.. asalkan ada gaji.."

Ada yang merasakan kerja itu yang penting, tak kisahlah apa kerja pun, sebab gaji sangat diperlukan. Apatah lagi kalau berhutang dengan Pakcik PeTPeTiN.

Kalau mamat yang sangat memilih, mungkin dia menganggur saja kot. Itu kononnya terbaik bagi dirinya.

Jadi, cuba tanya diri anda sendiri? Apakah kerjaya yang anda ceburi hari ini adalah kerjaya yang anda inginkan? Yang anda ada passion dalamnya?

Kenapa aku tanya begini? Sebabnya akhir-akhir ini aku dapati lebih ramai orang yang aku berurusan mengakui mereka kerja begini dan begitu kerana terpaksa.

Maka, tak hairanlah makin banyak perkara jadi huru-hara. Hilang rasa tanggungjawab dan amanah dalam bekerja.

Kebanyakan mengatakan, "dah takde pilihan lain.. aku kerja ni jelah". Oleh yang demikian, timbullah perkara sebegini:

  • Guru tidak berjiwa pendidik - mengajar untuk menghabiskan silibus bukan untuk mendidik pelajar menjadi bijak pandai

  • Polis makan rasuah - jenayah sukar dibendung khususnya jenayah melibatkan dadah (sebab mereka juga bekal dadah untuk penagih/pengedar)

  • Pengawal keselamatan banyak tidur dan lemah - keselamatan pengguna tak terjamin

  • Pegawai kerajaan malas - pelanggan tak dilayannya khususnya pada waktu menghampiri waktu rehat dan waktu habis kerja.

  • Ahli politik retorik kosong - mengejar kemewahan melalui projek-projek dan suapan yang diterima dek kerana kuasa yang ada.

  • Pendakwah yang hipokrit - menjadi glamer kerana inginkan kemewahan hasil ceramah sana sini
Ini adalah antara contoh realiti yang aku berdepan dengan mereka. Bukan dari sumber sekunder. Contoh ini adalah sumber primer.

Tak aku nafikan, ada yang sangat berjaya dan berguna dalam kerjaya yang dia ceburi sekarang. Sebabnya mereka ada passion dalam kerjanya. Sebabnya mereka benar-benar inginkan kerjaya itu. Sebabnya mereka ikhlas, bertanggungjawab dan amanah.

Kita bagaimana? Marilah sama-sama kita muhasabah diri. Ramai yang tenggelam dek kerana duit hingga terlupa tujuan sebenar kerjaya itu diwujudkan.

11 ulasan:

KiMi berkata...

tu tak kira lagi loyer yang berharap klien dia mati supaya tak payah bwk kes dah. ataupun loyer yang kerja menimbun atas meja tapi otak pikir mcmana nk bukak kedai makan.huhuhu

kelisa_samudera berkata...

negara kita masih ramai lagi yg kais pagi makan pagi, kais malam makan malam. diorang terpaksa bekerja. kalo tak kerja tak dapat duit.

tgk dekat negara barat, diorang buat sesuatu sebab minat sebab diorang dah tak fikir pasal duit.

Sahalfikri berkata...

Kimi: otak pikir tgn berfungsi takpe..huhu

kelisa_samudera: memang kena kerja untuk dapatkan duit tapi tak bermakna kerja itu patut dibuat sambil lewa. bukan ke apapun kerja perlu dilunaskan sebaiknya?

arin berkata...

aku rasa, aku masih suka keja aku..

kamyap berkata...

arin: aku rasa kau sudah menyukai kerja kau..

sahalfikri berkata...

sori arin, terguna akaun nama org lain lak.

.: mama cute :. berkata...

suhail.. aku tingat kata2 ko pasal orang bergelar motivator tu.. suda terbukti kini tak semua motivator boleh dipercayai.. huhu.. sungguh membosankan.. tu suma sbb RM aje aku kira.. hehehe

Sahalfikri berkata...

mamida: banyak orang mulut manis yang aku jumpa tak boleh dipercayai.. motivator antara orang yang mulut manis. Mmm..

Tanpa Nama berkata...

saya suka keje saya, dan tempat di mana saya keje...tapi..dah 2 tahun saya keje kat tempat tu, xde increment pun...same je...saye tengok kwn2 sebaye saya, gaji dah bekapok2...tapi sy still macam ni je la...hasilnya, saya dah tak bekobar2 nak keje jika dbandingkan dengan tahun petama saya keje..terukkan saya, tapi saya manusia biasa juga..saya ada keluarga yang perlu saya tanggung, kalau still sama je, kesian mak dan abah saya, anak keje, tapi tak dapat nak hulur2 pun...saya nak tuka keje, tapi saya kesiankan majikan saya, sebab tak ada apa2 yang membuatkan saya keluar dari tempat keje tu...bos sangat baik, tapi tu je satu...gaji saya tak naik2 pun....
abes tu macam mana.

mamanoa berkata...

kimi>>komen pertama ko mcm kena kat batang hidung aku jer..
dulu..bekerja untuk mencari pengalaman..tp sekarang..bdn di opis..tp ati tidak pada kerjanya..akhirnya..menghabiskan sisa-sisa kerja semata-mata kerana satu arahan..bukan untuk mencari pengalaman..

kejam kah aku!!

Tanpa Nama berkata...

kpd mamanoa : ye sy bekerja nak cari pengalaman sebelum berhijrah ke tempat lain... sekarang badan sy memang kat opis...hati saya masih dgn kerja sy ni...cuma macam bukan di opis skarang.sbb tak tau macam mana cara nak keluar dari opis ni...

apa masalah sy sbenarnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...