"Eleh, harap rumah je besar.. tak mahu la datang lagi" "Kedekut!!!"
Wah, garang sungguh budak berumur 5 tahun itu. Waktu itu aku sedang ziarah raya di sebuah rumah besar. Rumah bak istana dikelilingi rumah-rumah kayu tradisional itu jelas berbeza berbanding yang lain.
Kenapa kanak-kanak sekecil itu tidak beradab? Isu adab ketika beraya yang disentuh Rin pun menarik perhatian aku. Nak salahkan siapa dalam hal ini? Memang sejak akhir-akhir ini generasi pengganti kita ini semakin hilang adab.
Adab yang hilang dalam diri si kecil pasti ada kaitannya dengan si besar. Siapa si besar yang selalu dampingi si kecil? Pastinya si besar itu adalah mak ayahnya.
Jalan menundukkan kepala sewaktu melintasi golongan dewasa. Beri salam atau tegur sapa ketika berselisih dengan orang tua. Bercakap sopan menggunakan perkataan yang sesuai sewaktu berinteraksi dengan mereka. Merendahkan suara bila bicara. Dan banyak lagi adab-adab yang ditanam oleh datuk nenek moyang makin hilang seiring hilangnya datuk nenek moyang kita.
Entah-entah mak ayah zaman moden tidak mengambil ilmu dari datuk nenek moyang kita. Yalah, sibuk cari duit. Mana ada masa nak berguru. Nak didik anak kan dah ada sekolah.Anak buat hal, pujuk dengan materi.
Hilang unsur rohani dan nilai dalam diri. Pembangunan negara pun tak pentingkan sangat hal ini. Lama-kelamaan semuanya jadi kebiasaan.
Mak ditendang. Ayah dimaki. Adik dijadikan teman sekatil. Abanglah rakan sejudi. Kawan-kawan sahabat sejoli. Salah siapa lagi?
Sebenarnya tuan rumah besar tadi terlebih dahulu menghalau anak-anak kecil itu datang beraya ke rumahnya..Mm..

10 ulasan:
Hmm, itu lah dia. dulu selalu fikir ttg hal ni, sakit hati dengan berita2 perangai manusia yg semakin tak tercapai akalku. cewah.
tapi bila mengajar di sekolah, berdepan dgn generasi bakal pemimpin ni, sangat terkejut.
guru ditengking, dibuat main. guru perempuan diganggu dgn kata2 lucah dsb (alhamdulillah,sy tak pernah kena), guru besar diketawakan sekuat2nya, bercakap sesama mereka sendiri pun kasar lucah bahasanya.
tp bila kaji secara mendalam, guru2 sendiri kasar dan kesat bahasanya, sesama sendiri pun takde rasa hormat, apatah lagi bila berdepan dgn murid2, diri sendiri pun masih berpesta di kelab2 malam(sesetengah guru), macam mana nak didik murid ke arah kebaikan, adab sopan?
bapa pula datang menyerang sy di sekolah sbb tulis nama anaknya di buku adab. bila berdiskusi dgn si bapa, automatik sy maafkan anaknya. sebab anaknya bersikap tiada adab, mengikut acuan adab bapanya sendiri. terang sudah, didikan dari rumah yang paling penting. kemudian, baru di sekolah.
ibu bapa dan guru sangat2 mainkan peranan.
ps. maaf, panjangnya komen macam menulis blog pula. :)
napisah: Tak apa cikgu, tulis pjg2 lg sronok kita bincang.Tambahan pula, cikgu ada pengalaman sendiri menangani pelajar..
Minggu lepas adik saya beritahu yang cikgu sekolahnya ditendang seorang pelajar lelaki.. Ada lagi seorang pelajar perempuan maki hamun cikgu cakap dengan bahasa aku engkau saja, anak Doktor lagi..
Kini ramai yang ingin jadi guru sebab takde pilihan lain. Tak nafikan ada yang benar2 ingin jadi pendidik. Tapi, tak bermakna ibubapa harus lepas tangan kpd guru..
Nanti saya kongsikan pengalaman di Pulau Krismas dibandingkan Pulau Kokos tentang adab generasi mudanya. Banyak perbezaan.InsyaAllah.
mcm ni konfem aku tak boleh kawen lagi neh.. klu tak pandai jaga anak nyusahkah org dan cikgu2 plak nnti.. hehehe..
rin: salah tu.. camana nak tahu pandai ke tidak kalau belum ada anak? Kenalah ada anak dulu.
Macam aku ni tahu teori berdasarkan pembacaan n pesan org tua. Belum praktis lagi kan.Ini semua dugaan Tuhan.
Ada parents memang dah didik betul2 tp bila anak dok asrama, kawan dah lebih intim.. terpengaruh kawan plak. Mmm..
Moga-moga Allah permudahkan kita. Ameen.
p/s: Kahwinlah cepat2.. lagi lambat lagi susah. Ngee..
kanak2 yang pegi rumah besor tu datang sendirian @ dengan kawan2 @ dengan parents..
maybe ada sebab kenapa dia halau kanak2 tu.. maybe kanak2 tu datang hanya utk kutip duit raya saja.. dan ini membuatkan tuan rumah rasa tak selesa.. kan ke lebih elok kalau mak ayah budak tu hadir sama (kalau betul la nak datang beraya). tuan rumah pon tak kenal sapa budak tu..
jgn lupa, dulu umah tuan aji biasa bagi orang tak dikenali jalan beraya (tanpa mak bapak) last2 habis kasut2 kitaorang depa rayakan skali.. bawak lari.. sbb tu la orang tak dikenali tak dibenarkan sama skali.. dah bagi duit raya.. kasut raya we all pon kena kebas.. sangat hampes..!
mamida: owh, patutla.. budak2 tu dtg tanpa parents. bak kata makcik tu, memang diorg selalu buat hal..
Parents diorg ni pun problem gak.. byk buat hal kat kg. Tapi yang kelakarnya, makcik tu buat gaya tangan menghalau, bebudak tu ingat tangan melambai panggil datang.. tu pasal bila sampai dekat, makcik tu kata PERGI! KELUAR!, terkejutlah diorang.. maka, keluarlah ayat gitu..
Tapi kan, seingat aku waktu kecik2, org tua kasar camana kat kita pun, kita tak melawan.. x gitu?
p/s: Aku masih ingat yg cina tak berapa sihat tu yg slalu dtg umah Babah, kita bagi dia kuih kat pagar luar je. Dulu kecik aku takut tapi kesian, jadi aku campakkan je kuih tu..Ngee
btol le.. time kenit2 apa orang sakap kita iyekan aje dan tak brani nak balas. sat gi kena cubit plak.. kuikuikui..
hoho..cina tu sudah mati lama dah.. nama dia Ah Yoh, suke sangat jilat susu kat bekas tin susu mak aku.. memang busuk cina tu.. tp kalo dia tak baper betul.. ahli syurgaaa tuuuuu...
mak teh pon ada citer bebudak kat area dia tinggal suka bebenor datang beraya tanpa mak pak.. mak teh kata, dah macam mintak sedekah plak bebudak ni. ye le.. orang bukak pintu siap cakap..
"kitaorang kenyang da.. nak duit raya saja"
kurang ajar kan?
dah la ramai giler.. skali datang splo orang. ni bkan nak beraya ni.. ni nak menyusahkan tuan rumah..heheh.. sabo je la.. nasib baik kat sini orang tak buat mcm tu.. kalo wat mcm tu. sahih orang tutup pintu.kuikuikui.. eh. ada.. anak2 aku .. p umah ko dapat duit raya..wkakkakakaka
susah dari aspek apa yer suhail..?
kdg2 bdak2 tak faham perkara itu beradab atau tidak..org yg lebih tua perlu maklumkan/ajar budak2..
pasal duit raya,
waktu raya hari tu, memang ramai juga kanak2 sekolah yg mai rumah kat b.pahat..ada yg sampai 2,3 kali..2,3 kali juga dia dpt duit raya..cuma aku ada perasan sorang ni sbb dia naik basikal yg sama..aku tanya dia dah pernah mai ke tak? dia tunduk aje..mungkin malu..tapi aku ajak juga dia masuk dengan kawan2 yg lain..
aku suruh depa makan juga kuih raya..sambil berbual dn nasihat..tanya pasal famili..duit kena simpan..jgn beli jajan..tapi bdak yang dah dpt duit raya tu, aku tak bagi lagi la..
pendekatan halau bdak2 tu, tak elok la..bdak2 kan tetamu juga..tetamu kan bw rahmat..Rasulullah pun suka dengan kanak2..
rin: Kesusahan tu macam2. Susah cari calon (sbb da smakin kurang pilihan). Susah hidup (sbb terpaksa lalui sendiri masalah hidup). Susah payah.. (dlm byk perkara). Ngee..
Nadmin: Aku setuju dengan cara tak menghalau. Raikan mereka seadanya. Daripada menghalau, lebih baik tutup pintu rapat2. Hehe..
Catat Ulasan