12 Oktober 2009

Tiada hak privasi di SOGO

Apa yang nak aku ceritakan mungkin mengaibkan diri sendiri pada pandangan kalian. Tapi aku rasa ia wajar dihebahkan secara rasional sebagai peringatan kepada semua. Bagaimana jika hak privasi anda diceroboh?

Tadi aku ke SOGO, Kuala Lumpur membeli barangan sepatutnya untuk persiapan perkahwinan. Setelah makan dan sebagainya, seperti biasa, aku ke tandas. Maklumlah perut meragam.

Sedang aku membuang air, aku perasan ada flash kamera. Sumbernya macam dekat saja dengan aku. Rasanya macam dari atas ruang compartment tandas aku. Tengok macam tiada orang.

Kemudian, aku ternampak bayang kaki orang menuju ke tandas sebelah. Hatiku ingat mungkin pengguna lain. Tiba-tiba bayang kaki tu cepat saja keluar dari tandas dan menuju deras ke pintu tandas aku. Aku hanya perhatikan pintu takut-takut dibuka.

Tanpa aku sangka, dengan pantasnya, tangan dia menghulur ke ruang bawah pintu yang sememangnya terdedah dan merakam gambar aku, dengan sekelip mata. Apa??? Tak usahlah ditanya keadaaanku bagaimana waktu itu.

Aku fikir ingin menjerit. Tapi otakku segera terfikirkan dahsyatnya penjahat di Malaysia sekarang ini.

Kalau aku menjerit karang, dirempuhnya pintu tandas dan pukul aku macam mana?
Macam mana kalau aku ditikamnya pula?
Boleh ke aku bergelut dengan dia dengan keadaan tak berpakaian lengkap?

Macam-macam persoalan keluar hinggakan tiada tindakan spontan berani aku ambil. Waktu itu memang hanya aku saja yang ada dalam tandas sebab keadaan sunyi sepi.

Sesudah melepaskan hajat, aku segera bertanyakan penjaga tandas yang nampak lesu dan mengantuk. Dia tak perasan apa-apa. Bahkan tiada rasa cemas pun.

Mujur ada seorang kakak yang menyapa ,"Oh, dik akak nampak ada sorang foreigner tu pakai baju hitam tinggi-tinggi muka macam orang Arab.. dia pun tangkap gambar depan McD.. ntah siapa-siapa punya gambar dia tangkap."

Apa lagi, aku dan akak tu pergi cari dia. Tiada di tingkat bawah. Aku ternampak Pak Guard dan dapatkan dia untuk minta tolong tahan lelaki itu.

"Oh, awak kena buat report dulu. Pergi tingkat atas dan beritahu guard depan pintu utama.."

Apa??? Dia suruh aku pula yang bersusah payah. Dia dengan riak wajah bosan terus menuju ke tandas kerana ingin buang air.

Sambil itu, akak tadi pun dah pergi ke tingkat lain memeriksa mamat tu. Aku segera dapatkan guard yang dimaksudkan tadi.

"Oh macam tu.. tulah teruk ya. Berapa ramai? Muka dia macamana? Dia ada kat mana sekarang?"

Grrrrrr... Apa ni? Dengan wajahnya yang selamba, dia bertanyakan soalan yang aku tak boleh nak jawab. Dan dia senyap saja lepas berikan komen biasa itu. Tanpa sebarang usaha minta kawal semua pintu. Aku yang minta dia arahkan semua pintu dikawal dan kenalpasti mamat tadi.

Aku mencari-cari lagi dan hasilnya gagal. Hanya dapat ucapkan terima kasih kepada akak yang satu-satunya orang prihatin waktu itu. Selepas itu aku berhasrat ke tingkat 7, pejabat pengawal untuk laporkan perkara ini.

Dalam perjalanan menuju ke lif, aku jumpa kembali guard yang beri komen biasa tu. Aku dengan nada sedikit keras, beri komen tentang keselamatan dan kerjasama petugas yang menjaga tandas dan pengawal.

"Awak jumpalah bos saya.." Dia minta aku jumpa bos sambil memperkenalkan siapa bosnya itu.

Bosnya ialah pengawal pertama yang aku jumpa tadi. Yang suruh aku ke tingkat atas. Ahhh, begini ke bos yang mengepalai pengawalan keselamatan di sini? Kata-kata aku hanyalah perkara kosong baginya. Dia cakap dalam keadaan lesu dan nampak langsung tak prihatin.

"Nanti pukul 6, saya masukkanlah isu ini dalam meeting"

Hanya itulah janji dia kepada aku. Dia cakap memang tak boleh tolong sebab tak dapat kesan langsung bagaimana rupa dan ciri-ciri mamat tu. Aku bukan persoalkan pertolongan tu, hanya sikap yang tidak sungguh-sungguh itu yang menyakitkan hati.

AMARAN: Kepada semua rakyat Malaysia, atau pengunjung ke Malaysia.. Sila buang air di rumah atau di masjid berdekatan. Jangan terpedaya dengan pasaraya hebat yang konon dikawal rapi. CCTV di kawasan tandas pun tiada.

Mohon doa rakan-rakan agar kamera mamat tadi rosak dan dia ditimpa musibah yang dapat menginsafkan dia. Aku harap sangat Allah membalas perbuatan jahatnya itu dengan balasan yang keras.

15 ulasan:

Ticer Syah berkata...

hoh.. itu olang psiko la kot..
pengawal pon mcm sengal aje.. tak layak jadi pengawal.. haiyaa.. nasib malang la dei.. errr.. lepas ni adakah ko akan glamer di internet.. huhu.. bahaya nih... sungguh bahaya!

Sahalfikri berkata...

mamida: tu pasal minta ramai2 doa.. kan Allah lebih berkuasa dalam semua hal. Bayangkan diri anda plak lepas ni jd mangsa.. siapa sangka.

pengawal tu foreigner..
penjaga tandas pun foreigner..

Malaysia2.. makin bahaya hidup di Malaysia.

teddyblueberrygurl berkata...

teruknya..
mmg xnk gi tandas kt sogo lg pasni.
pengawal keselamatan memang tak patut sgt2 ambil orang asing

Nida Shaari berkata...

Ya Allah.. menakutkannya..

Apa guna bayar 30 sen dan ada penjaga di luar pintu kalau kebajikan pengguna tak diambil kira..

Hmmm akak dah lama tak pergi SOGO..

RedAnna berkata...

ish, serik betuk nak pegi SOGO dah pas ni...giler betul!

KiMi berkata...

eh? gambar ko rupanya dalam website tu.Patut mcm kenal.ko nak link dia?nah.klik sini.www.Thefuntheory.com

Sahalfikri berkata...

teddyblueberrygurl: masuk tandas yang bertutup penuh je.. SOGO jangan!

madulebah: diorg perlukan 30 sen utk maintenance kebersihan bukan keselamatan.. tu la pasal.

redanna: boleh pergi SOGO tp jgn pergi tandas SOGO. Pertama Complex pun bahaya, kawan dihentak dengan helmet waktu basuh tangan sbb si jahat nk curi duit.

Kimi: Kalau betullah kau jumpa, gtau la. Boleh amek tindakan.. Mm, tp jgn gtau kat sinila pandai oii!

KiMi berkata...

Ala. apa salahnya share ramai2. 1 Malaysia.hahahahau

RedAnna berkata...

kimi, mu takde hati perot betul...kawan dah la tgh susah hati + sakit hati...

KiMi berkata...

redana; hahaha. kalo aku tetiba concern ka, bagi kata yang conforting ka, tentu suhail igt aku demam.aku hanya menjalankan rutin harian saja.jgn la marrah.suhail pon tak marah.kan suhail?
hihihi

sahalfikri berkata...

redanna: KiMi tu psycho.. dia hanya tunjukkan kebaikannya kpd isterinya. jadi, kalo dia tunjuk jahat.. dia x brmaksud pun sbb dia malu nak tunjuk baik. dulu dia pernah baik tp dia pura2 baik rupanya...hehe.

KiMi: aku kena belajar marah kot! n ko kena belajar caring.. Hmm.. bkn kat isteri plus anak saja ;p

ainShahajar berkata...

ya allah.. awak laki2.. saya perempuan.. tak dapat bayang kalo kene kat diri sendiri.. mahu nye trauma

sy penah hilang beg kat dalam surau sogo tu.. maybe silap sendri.. tak jaga betol2..

naik atas buat laporan. tp dorang ckp tak dpt wat ape2.. then pegi balai polis.

tandas skang sume terbukak.. hmm seeloknya.. bawak kwn.. mintak kwn teman dlm tandas tu.. kalo pompuan.. elok masuk 4 orang.. jgn pegi sorang.. dunia tak selamat dah.. ish

Sahalfikri berkata...

ainShahajar: betullah..mmg teruk kan perangai admin SOGO ni. Kena boikot SOGO nampaknya..

ish sape kata tak trauma.. trauma gak tp mmg betul byk sgt tandas terbuka ni. tp skrg akan lebih hati2 dan masuk bila ramai org dlm tandas.

mungkin juga aritu tak baca doa masuk tandas..

nadmin berkata...

kena pakai topeng muka bila masuk tandas awam lps ni..tutup kepala pun ok(ikut sunnah)

ainShahajar berkata...

hehe.. btol gak.. pakai topeng.. keh2

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular