23 Julai 2009

Tukaran wang asing di China

Di Malaysia mudah saja nak tukar duit. Kalau di KL lagilah mudah. Dan kebiasaannya bisnes tukaran wang asing memang dikuasai golongan mamak. Begitu juga di Hong Kong.

Tapi berlainan betul di China. Inilah antara pengalaman yang sukar ditemui. Aku hanya tahu tukaran wang boleh dibuat di bank. Belum lagi aku temui toko tukaran wang asing di mana-mana premis kecil seperti di Jalan Masjid India.

Pernah juga ternampak kedai kecil tertera wang-wang asing. Tapi aku bimbang nak tukar duit di situ. Sebabnya tiada ciri-ciri keselamatan langsung. Juga risau kalau-kalau duit yang ditukar adalah duit palsu. Yalah, kedainya bersekali dengan jualan telefon bimbit dan kad isian semula. Macam di ruang legar Kompleks Pertama.

Jadi, aku pun ke bank berdekatan. Aku cakap nak tukar duit Renminbi ke Won (Korea). Petugas bank kata, tak ada. Hanya USD saja. Jadi, aku pun cakap tukar ke USD lah. Dia minta pasport aku. Aku pun berikan. Kemudian, dia beritahu kami tak jual USD kepada orang asing.

Apa? Kenapa? Dia cakap ini polisi China. Mana-mana bank pun tak boleh. Mereka hanya beli wang USD. Takpelah, aku pun terus mencari bank kedua. Juga mendapat jawapan sama. Aku tak puas hati dan terus ke bank ketiga. Bank tutup.

Esok. Awal-awal pagi lagi aku sudah ke lapangan terbang. Aku tiada USD mahupun Won. Aku tawakkal saja agar di Korea nanti tiada sebarang masalah dan ada tempat untuk tukar Renminbi kepada Won.

p/s: China tidak membeli dan menjual RM.

6 ulasan:

3p4h berkata...

Kog cam 2 skali? Habis 2 camne la nk tukar2 duit? Truk tul... Moga dpermudah sgala urusan.

mnr berkata...

susah juga ye..
ko pernah ke klinik swasta atau kerajaan di sana tak?..kalo penah, boleh ceritakan pengalaman?

nampknya lain kali ko kena minta tolong kawan-kawan warga China yang tukarkan duit..hehe

Najm berkata...

Rasa-rasanya di Incheon ada kaunter tukaran wang asing macam di KLIA. Mudah-mudahan ada. ;)

Sahalfikri berkata...

epah: dah ok dah. jumpa kamil..

nadmin: aku tak pernah ke klinik pun tp da dgr cite, demam je pun beribu yuan habis.allahu a'lam..

Najm: betul.. tp Kamil dah bawa gua ke tempat lebih mahal dia bg. puas ati dah. Itaewon.. Hakim!!! cepat datang!

Unknown berkata...

Kau tak terasa mahu meleretkan kad kreditkah? Jangan! haha

Sahalfikri berkata...

Anuar: Sudahlah aku ini tak berpendapatan, nak leretkan kad itu pula. Uish, memang cari nahas ni. Kad debit yang ada ni pun tak pernah pakai.Haha.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular