18 Julai 2009

Pemandu yang haus

Pada Jumaat lalu, aku naik teksi menuju ke Masjid Huaisheng. Susah betul nak dapatkan teksi. Jam menunjukkan pukul 1 tengahari.

 

Aku risau tak sempat. Alamak, pemandu ni macam tak kenal nama jalan masjid tu. Aku cakap Mandarin, dia cakap Kantonis. Memanglah dia tak tahu nama jalan yang aku sebut.

 

Selepas berkali-kali cuba, akhirnya dia tahu. Itu pun dia cakap dalam bahasa Kantonis. Aku anggukkan saja.

 

"Wo yao qu na ge difang. Musilin zuo lipai de difang. Guang Ta Lu.."

(Saya nak ke tempat tu. Tempat orang Muslim solat. Jalan Guang Ta)

 

Bermula dari kata-kata aku inilah, dia pun mula berbual. Dia tanya aku:

 

"Musilin jiao hao bu hao?"

(Agama Islam itu bagus ke tak?)

 

"Hen hao"

(Sangat bagus)

 

Lantas dia bertanyakan kepada aku, kalaulah agama Islam itu bagus, kenapa orang Xinjiang 'ta jia'.

 

Aku tak faham maksudnya dan hanya mengagak dengan menunjukkan isyarat penumbuk yang bermaksud bergaduh.

 

Dia pun mengangguk. Aku sambung, Islam tak benarkan bergaduh. Islam tak suka apa yang mereka buat.

 

Habis tu kenapa mereka bergaduh? Wah, susahnya nak jawab dengan vocabulary yang terbatas.

 

Aku hanya dapat cakap, orang Islam ramai. Ada di Malaysia, ada di Indonesia, ada di Arab. Kami semua Muslim. Kami tak bergaduh. Islam tak suka. Saya tak tahu kenapa di Xinjiang bergaduh.

 

Itulah kata-kata macam anak kecil bercakap sesama mereka. Rasa rugi pula tak dapat menghilangkan 'dahaga orang yang haus'.

 

Hendak saja aku cakap, di mana pun manusia sama saja. Ada baik ada jahat. Walaupun mereka beragama. Tak kiralah Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Tak ada satu agama pun menyeru perpecahan dan pergaduhan.

 

Aku pun tiba di masjid. Digesanya aku turun cepat. Mungkin bimbang berlaku pergaduhan. Maklumlah polis pun bertambah ramai. Pajero polis pun dah sedia depan pintu masuk.

3 ulasan:

Najm berkata...

Saya pun nak belajarlah cakap mandarin nanti. Kat sini bergaul dengan ramai Cina, rugi pulak tak dapat nak terangkan dalam bahasa yang lebih deme faham.

Sahalfikri berkata...

Najm: mungkin boleh belajar sikit-sikit dgn org tempatan. cari sorg kawan. belajar ckp kantonis lg elok kat malaysia.

Najm berkata...

Betul tu. Kengkawan kat kedai ni pon ada yang boleh cakap Mandarin, tapi tak reti tulis. Deme terer Kantonis dgn Hokkien je. Ni pon dah mintak deme ajar. Hehe..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular