31 Julai 2009

Ustaz jiwa muda - aktif dan lucu

IMG_8008
Restoran 'Kimbab Chonggu'adalah satu-satunya restoran Korea yang menghidangkan makanan laut dan berasaskan sayur yang sesuai untuk selera halal umat Islam. Jika ke sini, tanya orang di mana restoran ini.

IMG_8013
Makanan ini adalah side dishes untuk setiap menu yang dipesan. Kami memesan nasi berlauk sotong pedas yang dipanggil 'Ojingo Topap'.

IMG_8014
Ini sup. Sedap dihirup. Slurrrppppp...

IMG_8017
Berselera kan Ojingo Topap ni? Biasanya juga selepas habis makan, air kopi akan diberikan secara percuma. Tapi restoran ini tak sediakan pula. Tak apalah.

IMG_8028
Sesudah makan, kami teruskan perjalanan ke Daegu. Macam biasa, naik tren. Di sini masyarakatnya beradab. Tidak berebut. Beratur dengan penuh disiplin. Awas, jangan sesekali terlambat. Tren juga menepati masa seperti masyarakatnya. Hanya 3-4 minit saja berhenti mengambil dan menurunkan penumpang.

IMG_8044
Kami pun tiba di masjid Daegu. Inilah masjid yang tersergam indah dalam kawasan perumahan yang agak padat. Teksi yang bawa kami pada asalnya berlagak kata tahu tempat ini tapi kami sesat sekejap. Selepas bertanyakan orang lain, dapat juga sampai. Alhamdulillah..

IMG_8059
Ustaz Ziaul Haq, berketurunan Pashtun, berasal dari Pakistan menjadi imam utama di sini. Dalam usia 33 tahun, dia telah banyak membawa perubahan kepada komuniti sini. Dia telah berjaya mendirikan sekolah belajar Bahasa Inggeris dan Arab secara percuma.

Tindakan dia telah memulihkan persepsi masyarakat Korea yang awalnya menentang penubuhan masjid 5 tahun dulu. Masyarakat berdekatan telah merasakan rahmat adanya masjid. Ramai yang hadir ke sekolah.

Ustaz ini juga adalah pelakon untuk drama dokumentari tentang Ibnu Masud yang pernah mencatatkan pengembaraannya ke Korea. Dokumentari itu terbitan syarikat televisyen kerajaan.

Bukan itu saja, ustaz sedang usahakan untuk adakan program Sambutan Kemerdekaan Korea, Pakistan dan Indonesia yang kebetulan berlaku dalam bulan yang sama (Ogos). Sambutan akan dibuat di salah sebuah taman rekreasi terbesar di Daegu.

IMG_8064
Inilah ruangan solat yang sangat bersih dan nyaman. Masjid ini adalah satu-satunya masjid yang didirikan atas duit yang dikumpulkan bersama ahli qariah. Tidak seperti masjid-masjid sebelum ini yang mendapat bantuan dana dari negara-negara Arab.

IMG_8092
Kami dijamu makan malam dengan masakan Uzbekistan. Di sini ustaz banyak dibantu oleh pemuda Uzbek yang merupakan pelajar Masters dan PhD di universiti berdekatan. Ustaz ni kan, dia sering buatkan kami tak kering gusi. Beginilah ustaz yang menjadi tarikan pemuda.

IMG_8098
Seterusnya, kami ke Musholla Al-Amin, yang didirikan oleh masyarakat Indonesia. Terdapat 6,000 warga Indonesia di sini dan 400 daripadanya adalah pelajar manakala selebihnya pekerja di sektor perkilangan. Di tingkat bawah, ada restoran Bali Indah, kepunyaan warga Korea yang berkahwin dengan warga Indonesia. Jadi, makanan di sini halal-halal belaka.

IMG_8100
Macam biasalah, aku pasti rajin melayan mereka dengan bercakap Indonesia. Entahlah lidah ini kalau bercakap dengan mereka, pasti tertukar nada dan kata. Hehe..

IMG_8118
Diringkaskan cerita, kami pun keesokan harinya dihantar ustaz ke subway berdekatan untuk meneruskan perjalanan ke Busan. Bandar terakhir yang akan kami kunjungi sebelum pulang semula ke Seoul. Ustaz kan, kereta dia buatan Jepun, masyarakat Korea pandang dia semacam saja. Sebab di Korea, mereka diajar untuk membenci Jepun atas sebab sejarah lampau.

Maaflah, terpaksa diringkaskan cerita. Aku tak cukup masa untuk kemaskini. Banyak cerita tapi peluang blogging agak singkat. Dah balik China nanti, lagilah susah.

30 Julai 2009

Orang muda gila belajar

IMG_7843
Keretapi dari Jeonju ke Daejeon baru saja tiba untuk kami naiki meneruskan kembara ke destinasi seterusnya

IMG_7850
Setibanya di stesen Daejeon, jam menunjukkan jam 3.30 pagi. Bagi menjimatkan kos, kami terpaksa tidur di CC untuk tidur 2 jam sebelum meneruskan perjalanan. Di sini sudah menjadi kebiasaan pelanggan tidur di CC.

IMG_7851
Kami pun tiba ke destinasi yang dituju. Pusat Islam Daejeon. Terperanjat aku bila Kamil beritahu inilah tempatnya. Korang tengoklah sendiri. Kan tertera tulisan BAR. Rupa-rupanya papan tandanya di dalam (tengok gambar bawah)

IMG_7853

IMG_7855
Di sinilah tempat kami menginap satu malam. Ruang solat wanita. Mujur di sini hanya aktif pada hujung minggu. Jadi, dapatlah kami duduk sini menumpang.

IMG_7903
Siang hari kami keluar. Perut lapar dan kami makan makanan tradisi Korea. Nanti ada masa aku ceritakan pasal makanannya saja.

IMG_7949
Pada malam hari, kami dijamu dengan manisan Pakistan oleh AJK Pusat Islam. Mereka muda-muda lagi (sebaya aku) sudah sambung Masters dan PhD engineering.

IMG_7956
Masa terluang malam ini kami gunakan untuk belajar bahasa Korea. Asas Bahasa Korea tidaklah sesukar mana. Mujur ada Kamil.

IMG_7962
Keesokan harinya, sebelum meninggalkan masjid. Kami kemas-kemas tempat yang kami tumpang. Ini Afif sedang sapu sampah.

27 Julai 2009

Gula-gula dakwah


Sepatutnya kami sudah bertolak ke Daejeon pagi kelmarin. Tapi kami terpaksa menangguhkan masa untuk bertolak sebab mufti Korea sungguh-sungguh mengundangkan kami untuk turut serta dalam majlis perpisahan Dr Nasir selepas Maghrib.

IMG_7797
Pagi ini kami diundang bersarapan dengan Saudara Muttaq (berasal dari Kashmir) di rumah sewanya. Dia sangat berpegang teguh pada ajaran Islam. Banyak pesanan yang diberikan selain perkongsian rasa sedih atas nasib Muslim di Kashmir.

Setakat ini kami hanya berjumpa dengan expatriat dan pelajar Masters dan PhD saja. Masih belum temui Muslim warga Korea yang memenuhi ruang solat di masjid-masjid.

Bak kata Kamil yang sudah 3 tahun belajar di sini, masyarakat Korea 'bertuhankan' duit. Mereka tak pentingkan agama. Mereka kuat bekerja untuk dapatkan duit. Sehari 12 jam bekerja (sama macam di China). Jadi, sebab itulah susah untuk kembangkan agama di sini.

Duit yang dijadikan gula-gula kepada mereka oleh pihak mubaligh Kristian pun belum cukup berjaya. Kukuhnya ekonomi para mubaligh membolehkan mereka membayar sesiapa yang sanggup meletakkan tanda salib sebagai mercu tanda bumbung syarikat mereka.

IMG_7823
Sepanjang perjalanan aku ke sini, banyak betul tanda salib yang aku temui. Awalnya aku anggap semua itu gereja. Tapi selepas diberitahu Kamil, baru aku faham bukan semuanya gereja.Bukan bermakna mereka kuat beragama Kristian.



IMG_7740
Setelah majlis perpisahan diadakan, kami pun berjalan kaki ke stesen keretapi Jeonju untuk menaiki keretapi ke Daejeon pada pukul 1.18 pagi. Kami rasa sayu untuk meninggalkan masjid yang dipenuhi ruh ukhuwwah dan mahabbah ini.

IMG_7821
IMG_7819

Duit dijadikan gula-gula dakwah? Boleh ke? Siapa yang nak bagi duit tu?


Tak sangka bertemu mufti Korea

IMG_7595
Kami menaiki bas ke Jeonju. Terus dari lapangan terbang menaiki bas. Perjalanan mengambil masa 4 jam.

IMG_7596
IMG_7600
Inilah bas yang kami naiki. Di sini juga ada RnR cuma kami hanya boleh makan bebola kentang bakar saja.

IMG_7604
Sebaik sampai di Jeonju, kami disambut En Lee. Dia bukan Islam tapi belajar di Malaysia. Fasih berbahasa Melayu dan sangat peramah.

IMG_7623
Kami terus dibawa ke restoran makanan tradisional Korea. Kami dihidangkan dengan ikan bakar dan beberapa jenis lauk berasaskan sayur-sayuran dan sup.Di Korea air kopi diberi percuma sebaik saja selesai makan.

IMG_7732
Memandangkan kami belum solat, En Lee bawa kami ke masjid. Kami dapati masjid terkunci. Mujur ada nombor telefon untuk dihubungi. Akhirnya kami dapat masuk ke masjid.

Bukan itu saja, kami juga dipelawa menginap di sini dan menggunakan setiap kemudahan yang disediakan. Bersyukur sangat kerana kami dapat jimat duit berbanding tinggal di motel seperti yang kami rancang pada awalnya.

Apa yang menarik kali ini, En Lee dan rakannya Kim minta izin ikut kami menunaikan solat. Kami semua mengizinkan agar pintu hidayah terbuka untuk mereka. Selepas itu, kami pun berbincang menerangkan maksud ibadah yang baru dilaksanakan.

IMG_7750
IMG_7751
Ramai pula pada malam hari yang datang ke masjid. Rupa-rupanya imam solat Maghrib ialah mufti Korea. Dr Wahhab Zahid benar-benar seperti ayah kepada semua ahli jemaah. Setiap kali habis solat Maghrib dan Subuh, pasti ada tilawah Quran bersamanya. Pada masa-masa senggang pula, dia akan membuka ruang untuk sebarang soalan diajukan. Bolehlah dia berikan jawapan dan penerangan.

IMG_7762
Untuk makan malam, kami terpaksa masak sendiri di masjid. Apa saja yang ada di dapur untuk dijadikan bahan masakan, kami gunakan sebaik mungkin.

IMG_7776
Makan malam kami disertai oleh seorang warga Uzbekistan, Hassan. Sambil menikmati makan malam, kami khusyuk mendengar kisah hidupnya yang dalam kesusahan untuk menikmati indahnya Islam.

25 Julai 2009

Hakim sudah sampai

assalamualaikum..hakim dah sampai..sampai awal, dia silap bagitau

Solat Jumaat di Itaewon




Hari ini hari Jumaat. Aku berkesempatan mengerjakan kewajipan aku bersama masyarakat Korea. Muazzin adalah warga Indonesia yang sudah lama menetap di sini.

Sempat bergambar bersama Imam Lee Hang Rae di Masjid Sultan, Itaewon yang fasih berbahasa Korea, Inggeris dan Arab.


Beginilah keadaan di luar masjid selepas menunaikan Solat Jumaat. Masing-masing bertemu sahabat dan bertegur sapa juga berbincang perkara yang berkenaan.

Aku pastinya tak lupa bergambar dengan beberapa pelajar Malaysia tajaan JPA dan pelajar Indonesia.



Ini saudara Ammar, presiden Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK). Pelajar di sini lebih kurang 400 orang. Ramai kan?



Ini adalah pertemuan yang sangat bermakna bagi aku. Saudara Muttaqal/Mustaqim sedang mendengar hajat aku ke Korea. Dia warga Korea yang baru memeluk agama Islam. Kisahnya sangat sedih dan perlu dibantu segera. Tak dapat aku ceritakan lanjut di sini. Hanya yang benar-benar ingin membantu akan aku ceritakan. Bantuan menyelamatkan aqidah. Sila emel ya.

Buat masa ini, itu saja ringkasan perjalanan hari ini. Keletihan akibat berjalan kaki agak jauh menyebabkan aku tak dapat berkongsi banyak hari ini. Perlukan rehat.


24 Julai 2009

Kembara Dokumentasi Korea

Alhamdulillah, aku selamat sampai di Lapangan Terbang Incheon, Seoul, Korea Selatan. Pemeriksaan imigresen dan kastam dah dilepasi. Risau juga kalau-kalau ditahan sebab tiada visa. Memang betul pesan sahabat aku, Malaysia tak perlu visa.

Tapi memang aku tak rasa takut datang ke Korea. Nak tahu kenapa? Sebabnya terasa macam sedang tengok drama Korea. Sudahlah pegawai-pegawai imigresen dan kastam hensem dan comel. Hehe. Bila mereka cakap Korea, terasa sopan dan lembut. Sangat jauh berbeza dengan orang Cina bercakap.

Di sini, blogger tak disekat. Jadi inilah peluang untuk aku gunakan sebaiknya. Tapi aku agak susah rasanya nak selalu online sebab projek kali ini ialah KEMBARA DOKUMENTASI KOREA. Kami akan menjelajah beberapa tempat sambil membuat dokumentasi untuk pedoman Muslim yang ingin ke Korea.

Siapa kami? Hah, biar aku cerita. Setibanya di lapangan terbang, aku disambut oleh Kamil. Kamil bawa aku ke motel berdekatan Masjid Itaewon. Di sini sudah semacam perkampungan Pakistan. Ramai Muslim di sini.

Aku juga sudah dapat menukar wang RMB ke Won. Dan agak untung tukar di sini sebab duitnya dijual murah (tapi jangan tukar di lapangan terbang). Selepas itu, aku ke masjid. Berjumpa ustaz Rashid, imam dua masjid ini yang berasal dari Pattani. Sudah 28 tahun tinggal di sini.

Malam hari aku dibawa makan di sebuah restoran Muslim. Makan nasi briyani. Di sini aku dipertemukan pula dengan Afif dan Syamim. Sekarang sudah 4 orang. Dan kami sedang menunggu ketibaan Hakim dari Malaysia yang akan tiba esok.

Sebaik saja semua ahli delegasi sampai, kami akan meneruskan perjalanan ke beberapa tempat antaranya Seoul, Busan, Daegu, Jonju, dan Daejon. InsyaAllah jika berkesempatan, aku akan kemaskini lagi.

23 Julai 2009

Tukaran wang asing di China

Di Malaysia mudah saja nak tukar duit. Kalau di KL lagilah mudah. Dan kebiasaannya bisnes tukaran wang asing memang dikuasai golongan mamak. Begitu juga di Hong Kong.

Tapi berlainan betul di China. Inilah antara pengalaman yang sukar ditemui. Aku hanya tahu tukaran wang boleh dibuat di bank. Belum lagi aku temui toko tukaran wang asing di mana-mana premis kecil seperti di Jalan Masjid India.

Pernah juga ternampak kedai kecil tertera wang-wang asing. Tapi aku bimbang nak tukar duit di situ. Sebabnya tiada ciri-ciri keselamatan langsung. Juga risau kalau-kalau duit yang ditukar adalah duit palsu. Yalah, kedainya bersekali dengan jualan telefon bimbit dan kad isian semula. Macam di ruang legar Kompleks Pertama.

Jadi, aku pun ke bank berdekatan. Aku cakap nak tukar duit Renminbi ke Won (Korea). Petugas bank kata, tak ada. Hanya USD saja. Jadi, aku pun cakap tukar ke USD lah. Dia minta pasport aku. Aku pun berikan. Kemudian, dia beritahu kami tak jual USD kepada orang asing.

Apa? Kenapa? Dia cakap ini polisi China. Mana-mana bank pun tak boleh. Mereka hanya beli wang USD. Takpelah, aku pun terus mencari bank kedua. Juga mendapat jawapan sama. Aku tak puas hati dan terus ke bank ketiga. Bank tutup.

Esok. Awal-awal pagi lagi aku sudah ke lapangan terbang. Aku tiada USD mahupun Won. Aku tawakkal saja agar di Korea nanti tiada sebarang masalah dan ada tempat untuk tukar Renminbi kepada Won.

p/s: China tidak membeli dan menjual RM.

18 Julai 2009

Pemandu yang haus

Pada Jumaat lalu, aku naik teksi menuju ke Masjid Huaisheng. Susah betul nak dapatkan teksi. Jam menunjukkan pukul 1 tengahari.

 

Aku risau tak sempat. Alamak, pemandu ni macam tak kenal nama jalan masjid tu. Aku cakap Mandarin, dia cakap Kantonis. Memanglah dia tak tahu nama jalan yang aku sebut.

 

Selepas berkali-kali cuba, akhirnya dia tahu. Itu pun dia cakap dalam bahasa Kantonis. Aku anggukkan saja.

 

"Wo yao qu na ge difang. Musilin zuo lipai de difang. Guang Ta Lu.."

(Saya nak ke tempat tu. Tempat orang Muslim solat. Jalan Guang Ta)

 

Bermula dari kata-kata aku inilah, dia pun mula berbual. Dia tanya aku:

 

"Musilin jiao hao bu hao?"

(Agama Islam itu bagus ke tak?)

 

"Hen hao"

(Sangat bagus)

 

Lantas dia bertanyakan kepada aku, kalaulah agama Islam itu bagus, kenapa orang Xinjiang 'ta jia'.

 

Aku tak faham maksudnya dan hanya mengagak dengan menunjukkan isyarat penumbuk yang bermaksud bergaduh.

 

Dia pun mengangguk. Aku sambung, Islam tak benarkan bergaduh. Islam tak suka apa yang mereka buat.

 

Habis tu kenapa mereka bergaduh? Wah, susahnya nak jawab dengan vocabulary yang terbatas.

 

Aku hanya dapat cakap, orang Islam ramai. Ada di Malaysia, ada di Indonesia, ada di Arab. Kami semua Muslim. Kami tak bergaduh. Islam tak suka. Saya tak tahu kenapa di Xinjiang bergaduh.

 

Itulah kata-kata macam anak kecil bercakap sesama mereka. Rasa rugi pula tak dapat menghilangkan 'dahaga orang yang haus'.

 

Hendak saja aku cakap, di mana pun manusia sama saja. Ada baik ada jahat. Walaupun mereka beragama. Tak kiralah Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Tak ada satu agama pun menyeru perpecahan dan pergaduhan.

 

Aku pun tiba di masjid. Digesanya aku turun cepat. Mungkin bimbang berlaku pergaduhan. Maklumlah polis pun bertambah ramai. Pajero polis pun dah sedia depan pintu masuk.

15 Julai 2009

China bukannya kecil pun

Ramai bertanya kepada aku tentang keselamatan diri. Maklumlah sekarang sedang hangat diperkata tentang rusuhan di barat laut China. Jangan risau sangat tentang kami di sini. Mungkin disebabkan kurang info tentang China membuatkan ramai ibu bapa dan saudara risaukan anak mereka yang merantau ini.

Mari kita kenal China serba sedikit. China mempunyai 22 provinsi dan aku kini berada di Guangzhou iaitu bandar provinsi Guangdong. Guangdong saja mempunyai populasi sebanyak 3 kali ganda jumlah populasi Malaysia iaitu seramai 94.4 juta penduduk.

Kepadatan penduduk Malaysia hanya 86 orang per km persegi berbanding 476 orang per km persegi. Keluasan tanah pun Malaysia kalah iaitu 177,900 km persegi berbanding 330,000 km persegi.

Boleh bayangkan tak betapa jauhnya wilayah barat laut China dari tempat aku ni? Dulu pernah berlaku rusuhan di Baling bukan? Agak-agak waktu itu orang JB takut tak? Aku rasa macam depa tak takut apa pun sebab jauh.

Begitulah di sini. Semuanya aman damai. Bahkan tiada langsung isu barat laut China menjadi tumpuan. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Walau bagaimanapun minggu lepas pihak polis diarah menjaga kawasan masjid bagi mengelakkan sebarang kekecohan.

Sememangnya Muslim China banyak yang berasal dari tanah itu. Mereka jugalah yang berniaga kedai makan di sini. Mereka jugalah yang berani mengenakan pemakaian Muslim (berkopiah dan bertudung). Jadi, pihak polis bimbang sentimen untuk bergaduh merebak sehingga ke sini walaupun jarak antara dua tempat ini memakan masa 2 hari perjalanan menaiki kereta (5000 km).

Terima kasih pihak polis kerana dapat memastikan keamanan warga tempatan dan asing terjaga daripada sebarang ancaman dan tindakan kekerasan. Maka, dengan ini aku mengesahkan bahawa kami di sini SELAMAT.

Gambar: Pihak polis berkawal di depan pintu masuk masjid

14 Julai 2009

Nikmat kesibukan

Sudah lama kita tak bersua di alam maya ini. Sejak akhir-akhir ini aku jadi sangat sibuk. Tapi aku suka situasi begini. Membuatkan setiap masa yang berlalu terisi dengan baik. Puas hati.

 

Aku baru saja pulang dari Hong Kong 2 hari lepas. Menemani sahabat (jurutera MAS yang ditugaskan di Guangzhou ) berjumpa dengan kawan lama yang tak pernah bertemu 36 tahun.

 

Fabian J De Rozario [berbaju Merah]. Grako (tak tahulah ejaan betul atau tak). Berasal dari Melaka. Menetap di USA. Konsultan Motivasi Korporat. Procter & Gamble dan Johnson & Johnson antara kliennya yang aku kenal bila dia bercerita.

 

Bertuah dapat bertemu orang hebat begini yang pasti takkan melayan aku kalau aku tak datang bersama Uncle Man. Walaupun puluhan tahun mnetap di USA, dia masih boleh bercakap Melayu. Bahkan dia sangat bangga mengakui dia warga Malaysia.


Yang lebih pasti, dia lebih sibuk daripada aku. Hampir setiap bulan 3 minggu dia outstation. Bertemu orang dan mendidik orang. Andai dia Muslim, pasti ganjaran pahalanya berganda-ganda. Dia melatih orang untuk teamwork motivation. Bukankah kerja mereka yang bertambah baik hasil latihan dia juga memberi bonus pahala kepada dia? Wah, nikmatnya kesibukan begini. Memberi manfaat kepada orang lain dan diri sendiri.

 

Ramai juga orang Malaysia begini. Bila dia ke luar negara, dia jadi hebat. Bahkan dia pula yang control orang tempatan. Apa sebabnya ya? Sama-samalah kita fikirkan.

 

Eh, fikir saja mana cukup. Bertindaklah!

Bertindak atas kemampuan.. Kau boleh!!!

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular