19 Mei 2009

Bersanding di Guangzhou

Baru-baru ini, kami dipelawa Tourism Malaysia untuk menyertai kempen Melawat Malaysia di Guangzhou. Bertempat di Grandview Mall, satu pelamin didirikan untuk persembahan adat kebudayaan Melayu dalam majlis perkahwinan.

Aku ditugaskan untuk menjadi pengapit kepada pasangan pengantin Cina ini. Perkara baru di mata masyarakat Cina biasanya menjadi janggal dan dipandang pelik. Maka, apabila diperkenalkan upacara merenjis, ramai yang beratur ingin merenjis.

Pengerusi majlis meminta kami menjelaskan satu persatu perlakuan dalam upacara merenjis. Masing-masing terkelu tak tahu nak cakap apa. Akhirnya persoalan tentang kewajaran perlakuan sewaktu merenjis itu hanya tinggal persoalan tak berjawab.

1- Kenapa guna setanjak?
2- Apa maksud renjis air mawar?
3- Beras kuning tu untuk apa?
4- Apa guna bunga rampai?

Inilah antara soalan-soalan yang mungkin sukar untuk dijawab mengikut falsafah agama Islam. Aku biasanya akan terangkan apa-apa persoalan yang datang dari orang Cina dalam ruang lingkup jawapan berasaskan tauhid.

Tapi kali ini aku buntu idea.

8 ulasan:

3p4h berkata...

Abg Suhail, kalo pasal setanjak, aku ada jwpnnya!

Setanjak berbentuk segi tiga di depan, terletak menegak, melambangkan konsep keEsaan Tuhan dalam Islam. Ia melambangkan dua kalimah syahadah.

Untuk setanjak yg ada 5 lipatan, bmaksud lima rukun Islam, juga merujuk kpd solat 5 wktu yg perlu dijaga. Dgn semangat itu, si pemakai akn sentiasa terpelihara n mengingati solat yg merupakan kwajipan org Islam.

Utk menepung tawar, merenjis semua tu, adat yg dipengaruhi drp orang India. Wktu zamn pemerintahan Melayu dlu2. Btul x?

Marliza Radzi berkata...

wah sedapnya jawapan di atas!

Sahalfikri berkata...

epah: mana dpt penerangan tu? menarik!

AM: betullah..

Ticer Syah berkata...

dei.. aku pon tau penerangan itu...
wajib dari manikam kalbu karya si faizal tehrani kan...

wakkaakkakakakkakaa... ayat kopipes sejibik tak hengaaattt

3p4h berkata...

Tribute to mamida coz bg pnjm itu Manikam Kalbu kt manira tempoh hari.

Aah abg suhail, 2 penerangan dlm novel yg br abis bc kelmarin. Kbetulan ditanya, tu yg trus jwb!

Utk menepung tawar sume 2 mmg pnh bc dlm soal jwb hukum hakam agama. Dtambah dgn subjek sejarah wktu skolah dlu2.

Sahalfikri berkata...

mamida: wah, peminat faisal tehrani juga ya? mcm x caya je..ingatkan faizal tahir je.

epah: patutlah.. aku je x bkesempatan membacanya lg..mm..

Ticer Syah berkata...

janji ada nama pejal aje wajib baca..hahahahha..

apapon manira sangat berkenan dengan gaya penulisan faisal tehrani ni kerana tidak melampau-lampau gaya penulisannya..
ditambah pula dengan kajian yang begitu mendalam terhadap material cerita yang dipersembahankan..
hahaha.. ko kena baca la dei..

aku terbaca sbb dah dibeli oleh skola utk projek nilam.. ditambah plak dengan gambo kucing gumuk yang somel kat depan tu dengan mesin jait kepala itam..hehehee.. sangat somel

3p4h berkata...

Ada lg ka novel2 serupa itu mamida?? Tlg kidnap ya, nk bca.. He5...

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular