Kami menaiki bas ke Jeonju. Terus dari lapangan terbang menaiki bas. Perjalanan mengambil masa 4 jam.
Inilah bas yang kami naiki. Di sini juga ada RnR cuma kami hanya boleh makan bebola kentang bakar saja.
Sebaik sampai di Jeonju, kami disambut En Lee. Dia bukan Islam tapi belajar di Malaysia. Fasih berbahasa Melayu dan sangat peramah.
Kami terus dibawa ke restoran makanan tradisional Korea. Kami dihidangkan dengan ikan bakar dan beberapa jenis lauk berasaskan sayur-sayuran dan sup.Di Korea air kopi diberi percuma sebaik saja selesai makan.
Memandangkan kami belum solat, En Lee bawa kami ke masjid. Kami dapati masjid terkunci. Mujur ada nombor telefon untuk dihubungi. Akhirnya kami dapat masuk ke masjid.
Bukan itu saja, kami juga dipelawa menginap di sini dan menggunakan setiap kemudahan yang disediakan. Bersyukur sangat kerana kami dapat jimat duit berbanding tinggal di motel seperti yang kami rancang pada awalnya.
Apa yang menarik kali ini, En Lee dan rakannya Kim minta izin ikut kami menunaikan solat. Kami semua mengizinkan agar pintu hidayah terbuka untuk mereka. Selepas itu, kami pun berbincang menerangkan maksud ibadah yang baru dilaksanakan.
Ramai pula pada malam hari yang datang ke masjid. Rupa-rupanya imam solat Maghrib ialah mufti Korea. Dr Wahhab Zahid benar-benar seperti ayah kepada semua ahli jemaah. Setiap kali habis solat Maghrib dan Subuh, pasti ada tilawah Quran bersamanya. Pada masa-masa senggang pula, dia akan membuka ruang untuk sebarang soalan diajukan. Bolehlah dia berikan jawapan dan penerangan.
Untuk makan malam, kami terpaksa masak sendiri di masjid. Apa saja yang ada di dapur untuk dijadikan bahan masakan, kami gunakan sebaik mungkin.
Makan malam kami disertai oleh seorang warga Uzbekistan, Hassan. Sambil menikmati makan malam, kami khusyuk mendengar kisah hidupnya yang dalam kesusahan untuk menikmati indahnya Islam.
4 ulasan:
Moga kita semakin mensyukuri nikmat dan hidayah Islam. Nampaknya di sini puak pengacau semakin lantang mempertikaikan bidang kuasa mahkamah syariah. Rujuk: Model whipping sparks debate in Malaysia (http://malaysia.yahoo.com/s/252392)
Najm: Sedih tengok kisah Malaysia hari ini. Aku sayangkan Malaysia. Risau kacau bilau begini.
salam.. bestnyer... nak g korea gak la.... nak kumpul duit nih
alizareeya: korea tak sama dengan guangzhou, kak. susah sikit bab makan minum. tiada kedai makan muslim. insyaAllah kembara kami nanti akan keluarkan tips untuk ke korea untuk muslim. nantikan ya.. kumpul duit byk2.
Catat Ulasan