26 April 2005

Suatu Perancangan

Alhamdulillah, hari ini aku ditemukan dengan seorang kawan yang cukup istimewa. Bukan kerana anggota fizikalnya.Dan bukan pula kerana hal-hal zahirnya. Tapi kerana kata-katanya yang berjenaka tapi cukup menginsafkan.

Siapa kawan aku ini?Hmm, bukannya kawan baru tapi kawan lama.Kalau dulu kufikirkan dia sekadar kawan biasa. Tapi hari ini segala-galanya berubah kerana aku sudah faham kenapa dia suka berjenaka. Dulu aku ingat dia seorang yang tidak pernah serius. Tapi hari ini aku nampak keseriusannya dalam jenaka.

"Betul ke kita ini ikut Islam?"
"Hmm betullah"
"Ikut Islam ke.. ikut orang Islam? Kan selalu aku dengar bila seseorang tu kita tanya tentang sesuatu dia akan cakap.. seperti ustaz aku cakap.. etc"
"Haah.."
"Apsal tak dengar yang kata dalam surah ini kata begini.. dan dalam hadis ini kata begini.. sebagai sumber asas?"

Aku tergamam bila diajukan soalan ini. Budak law kan suka pusing ayat tapi entah kenapa kali ini nak pusing pun tak boleh. Memang tak boleh pusing langsung. Terus titik noktah!

"Kita ini selalu kata ikut Quran dan Sunnah tapi jarang kita betul-betul mengambil ayat/hadis yang mana sebenarnya yang kita ikut"
"Tambah pulak kadang-kadang hadis yang kita ucapkan dalam usrah atau depan khalayak pun hadis palsu"

Ya, betul kata dia.Kita tak benar-benar mengkaji sumber asas ilmu yang cukup lengkap dalam kedua sumber itu.Kita akan ambil sumber manusia dahulu kemudian baru dikenakan dengan sumber tuhan. Contohnya kita kata menurut ...(nama org)... dia mengatakan bahawa ...(kenyatannya)... sepertimana yang disebut dalam alquran/sunnah.

Tak salah nak buat begitu, cumanya mengapa tidak kita terus rujuk pada alquran atau sunnah dulu, kemudian barulah dilihat pada tafsiran para ulama.Dari sudut psykologi pemikiran berbeza apabila kita lakukan cara kedua ini.Tak percaya, cubalah..

Kemudian, dia bercerita pula tentang sirah para rasul sebagai contoh teladan menghadapi segala permasalahan hidup.Pendeknya,katanya kita perlu bermula sepertimana rasulullah memulakan dakwah Islam kerana kita sekarang berada dalam zaman jahiliyah moden.Eh, iye ke?

"Kalau di Mekah dulu, orang minum arak byk..skrg,di Malaysia khususnya, dah ada pun industri arak"
"Kalau di Mekah dulu, mereka tanam anak perempuan hidup2, di Malaysia sekarang, bunuh anak perempuan dan lelaki juga bahkan tidak ditanam dan ditinggalkan sahaja di dalam tong sampah"
"Kalau di Mekah dulu, mereka ada melakukan seks bebas, skrg di Malaysia, industri pelacuran juga berlaku bahkan seks luar nikah kalangan mahasiswa dan anak remaja makin berleluasa"
"Kalau di Mekah dulu, mereka ada Umar yang suka pancung orang jika tak puas hati, skrg di Malaysia, ramai semacam Umar yang membunuh orang bahkan ibubapa sendiri dan sanggup mencincang dan menyeksa mangsa"

Hmm..maka,tatkala itulah Nabi dipilih Allah menyebarkan dakwah.Zaman sekarang ini, method yang sama perlu diikut.Mungkin ada yang kata tak sesuai berbanding zaman dulu.Nanti dikatakan kita gila.Mungkin juga ditekan dengan dakwah yang dicontohi daripada rasul ini dan sebagainya.Memang itu sudah pasti.. kerana janji Allah,kita pasti menang.

Sekarang sedar atau tidak, kita sudah diracuni pemikiran Barat.. kebanyakan perkara yang dilakukan mengikut sistem mereka dan sukar untuk kita ubah pemikiran kita untuk mengembalikan sistem rasul dulu.Hmm..sama ke cabarannya jika dibandingkan dengan kaum jahiliyah dulu yang tak berani tukar fahaman kepada ajaran nenek moyang mereka?

Tahu tak sebelum rasul dilantik menjadi utusan Allah, baginda adalah seorang hakim yang mengikut ajaran sebenar Taurat.Namun,pada waktu itu,keputusannya tak diikuti dan amalan nenek moyang yang dimaksudkan adalah amalan yang telah diubah-ubah.

Kalau sekarang,kalau kita bicara soal Islam yang sebenar, memang sama juga.Ada orang akan mengatakan kita salah kerana perubahan pada Quran juga dilakukan oleh orang Islam itu sendiri.Sama waktu jahiliyah, pengikut Taurat yang sendiri mantafsir dan mengubah ajaran Taurat.Maka, sekarang timbullah sister in islam dan juga jemaah islam liberal dan lain-lain.

"Tau kan qiamat akan berlaku apabila matahari terbit dari barat dan terbenam di timur"
"Tahun lepas telah dikaji oleh NASA bahawa planet kedudukan planet Marikh telah berubah"
"Planet-planet yang lebih jauh itu sudah lama yang mengalami perubahan"
"Dalam quran disebut : qiamat berlaku apabila bintang-bintang (planet) dikumpulkan"
"NASA merisaukan selepas Marikh, bumi pula yang akan mengalami perubahan kedudukannya"

Perubahan yang berlaku tu macamana?Begini,putaran mengikut orbit itu berubah semacam kita hari ini jalan ke depan, tukar jalan ke belakang. Kerana itu, pada saat itulah semuanya terbalik.Kalau hari ini, matahari terbit dari timur, pada saat itu, matahari terbit dari barat.

"Kita biasanya takut akan qiamat ini tapi kalau benar kita ini orang mukmin, mereka merindukan qiamat"

Kenapa?Kerana qiamat itu sendiri bermakna kebangkitan.Tahu kan bahawa selepas kejatuhan umat Islam, Islam akan kembali bangkit dan itulah saatnya qiamat akan berlaku.malangnya,bagi orang yang tidak beriman, kalau hari ini masih lalai dan tiba saat itu baru tersedar..cukup rugi kerana pintu taubat sudah tertutup.

"Pernah terbaca kan pasal orang-orang kafir yang dicampakkan ke neraka meminta supaya dikembalikan ke dunia untuk mereka memperbaiki diri tapi Allah tidak membenarkan kerana mereka tetap akan sama kalau diberikan peluang kedua"

Betul ke? Pastinya betul sebab itu kata-kata Allah.Kan setiap kali habis baca quran, kita kata sodaqallahul 'azim tapi kita tak hayati bahawa kita menyatakan benarlah kata-kata Allah.

Perkara tersebut terbukti apabila kawan aku tadi pergi ke Aceh baru-baru ini.Mereka yang terselamat daripada bencana tsunami pada hari ini, (kalau kita fikirkan secara teorinya)pasti berusaha untuk memperbaiki diri. Namun, hakikatnya anak-anak dara Aceh sewaktu meninggalkan tentera Amerika sempat berpelukan dengan mereka.Bukan kah Allah berikan peluang kali kedua?

Monolog: Aku ini tergolong dalam golongan mukminin ke?

28 Mac 2005

MENGAMUK


"Woii kalau dah salah tu, salahlah!" jerit sorang ni. Sape entah namanya tak siapa tahu. Memang orang pun taknak tahu. Yelah, jeritan dia je dah menyusahkan orang lain.

Habis buntu fikiran aku.. bukan senang nak jawab soalan Evidence and Shariah Procedure II ni.. apa gila ke di tengah-tengah kesunyian dok memekak tak tentu pasal. That's the way how bad the language used to express the anger..

Memang la patut ko tu keje dok tengok orang meniru ke idak dalam xm.. tapi kalau orang tu salah, janganlah ditengking tak tentu fasal.Apa dia ingat dia je ada perasaan? Can u imagine if someone tetiba dok JERITT kat kau sampai satu dewan dengar yang ko buat salah.. yup, to me i'll admit my mistake but the way he treated that person ialah mengaibkan.. oo sakit oo hati.. Not only sakitkan hati budak tu, kitorang satu dewan pun sakit hati.

Orang Melayu selalu kata kalau 40 orang doakan ko berjaya, berjayalah ko.. kalau 40 orang kata gitu, gitulah ko.. kalau 40 kata gini, ginilah ko..

Tapi tadi, hampir 300 pelajar kat dalam dewan.. what if everybody curse him? hmm nauzubillahhi min zalik.. yelah, macam aku pun habis hilang idea. dah rugi masa kitorang untuk fikir n dapatkan balik those ideas swept away tu..

Oklah tu, sabar jelah suhail.. maybe he's a hot-temper-person yang kalau marah memang takleh nak control.. Baik! Aku kembali menjawab peperiksaan dengan tenang rasa hati sambil tangan cukup laju menulis.. dari tulisan secantik tulisan wanita bertukar ke tulisan budak sekolah rendah (masih boleh bacalah maknanya)..

Tangan pula bertambah sejuk dengan hawa dingin yang terpasang hampir 3 jam untuk diselesaikan menjawab 4 soalan yang dipilih daripada 6 soalan. Uhh, sakit belakang badan sbb macam patung masing-masing. Dok tunduk je menulis..

Jeng.. jeng.. jeng.. sekali lagi mamat tu buat hal. Dia marahkan orang lain pulak. Kali ini cukup dahsyat. Sudahlah dia dibayar untuk menjaga peperiksaan dengan baik, dia kali ini dah bergaduh ngan lecturer pulak. 'Debushhh...!!" Siap tendang lagi. Tapi tendang pintu lah bukannya lecturer tu.. bising sekali lagi..

"Woii, bising la kau! Kau senyap sikit boleh tak? Kau menyibuk ganggu orang!" jerit empat lima orang anak muda yang sedang jawab soalan.. Kali ini mereka dah tak tahan dah gangguan psikologi ni. Macam pasar pulak jadinya. Sejarah betul la tarikh hari ini sebab tak pernah berlaku exam boleh bising...

Rupa-rupanya dia marah sekali lagi sebab dia jumpa sorang lagi student meniru tapi dia ni orang tua. yelah, orang dah berumur yang ambil subjek sama ngan kami.Maknanya terlewat sikit. Then, budak tu dok jumpa lecturer gtau akak tu meniru tapi lecturer kata takpelah. Dia tak puas hati.. yelah lepaskan aje orang meniru. Hah, ini bagus cuma mungkin dalam sesetengah keadaan kena toleransi. I've no idea..

Lecturer lepaskan akak tu sebab akak tu dah berumur.. yelah, beza orang muda ngan orang tua kalau belajar. Diorang maybe lambat sikit nak hafal atau faham something banding kita.. Yelah, macam budak sekolah rendah dok hafal quran lagi mudah banding kita budak U ni. that' y lah agaknya lecturer lepaskan..

Anyway, ilmu hari ini yang aku belajar ialah kesabaran adalah kunci ketenangan.. Do u agree?

21 Februari 2005

Susahnya nak dapat mood belajar

20.02.05



Sengaja aku nak ubah angin hari ini. Selepas solat Zohor, kakiku terus melangkah keluar membawa bersama sebuah beg berisi buku dan alatulis. Aku bercadang ingin membaca buku di Taman Tasik Sri Gombak. Mungkin di situ lebih tenang untuk membaca.

Sebaik sahaja menunggang motosikal, aku terasa lapar. Entah mengapa teringin sangat minum Orange McFizz. Jadi, terus sahaja ke McD untuk makan tengahari. Keadaannya cukup nyaman berbanding cuaca panas sewaktu menunggang tadi.

Selepas mecari tempat duduk yang selesa dan cantik pemandangannya, aku pun mula mengunyah makanan yang terhidang depan mata. Setelah selesai memakan BigMac, aku pun mengeluarkan buku untuk dibaca sambil menyantap kentang goreng diselangi air yang diidamkan.

Perhatian aku terganggu apabila depan aku ada tiga orang cina sedang bercerita tentang bisnes mereka. Cukup kuat dan bising bahasa Mandarin yang diucapkan mereka. Hmm... sabarlah.

Kemudian, suasana menjadi makin bising apabila seorang ahli politik agaknya mendapat panggilan telefon. Sambil berjalan mencari tempat duduk, suaranyalah yang paling kuat. Umpama bahasa Tamil sedang melawan bahasa Mandarin untuk dipilih bahasa manakah yang lebih baik. Hmm.. sabarlah.

Aku cuba membacanya lagi dengan tumpuan yang baik. Tiba-tiba anak sepasang suami isteri Cina berdekatan aku berteriak menangis. Aduhh.. aku dah tak boleh tahan dan cepat-cepat habiskan makanan.

Terus sahaja aku bergegas ke Taman Tasik yang pada asalnya ingin aku batalkan hasrat kerana suhu dalam McD amat nyaman. Setibanya di sana, aku mencari tempat duduk yang bermeja untuk memudahkan kerja aku. Alhamdulillah jumpa tapi mejanya tinggi pula. Patutlah tiada orang duduk di situ. Mejanya sejengkal bawah bahu aku.

AKu pun mencari tempat baru dan akhirnya berjumpa. Tempat duduknya cukup selesa. Angin bertiupan sepanjang masa. Tenang rasanya lalu kubuka buku untuk dibaca. Sedikit catatan dapat aku buat waktu itu meringkaskan bacaan.

Untuk kali keberapa entah, aku diuji lagi. Tiba-tiba terdengar tangisan teresak-esak seorang perempuan. Ingatkan budak kecil, rupa-rupanya sepasang kekasih sedang bergaduh. Si perempuan menangis sambil bercakap (tapi aku tak faham pun apa yang dia cakap) manakala lelaki itu pula buat tak tahu. Lama juga perempuan itu menangis. Memang itulah pertama kali dalam hidup aku mendengar tangisan perempuan yang mirip tangisan kanak-kanak yang inginkan coklat yang ibunya larang beli. Hmm.. sabarlah.

Buat akhirnya, azan pula berkumandang. Ya, bunyi ini yang menenangkan jiwa. Aku berkemas lalu terus ke masjid. Lagi puashati dan tenang bersembahyang dahulu. Selesai solat, aku ambil keputusan untuk balik ke universiti terus.

Dalam perjalanan nak ke motosikal aku, perempuan itu masih berada di kerusi tempat dia duduk tadi. Tapi, lelaki itu sudah lenyap dari pandangan. Aku terfikir tentang konsep cinta yang berlaku depan mata aku.

Aku agaklah mereka ini belum berkahwin tetapi sudah bercinta. Bila timbul masalah, sukar nak selesaikan. Sebab apa?sebab mereka bukan suami isteri. Banyak kekangan dan halangan untuk menyelesaikan sesuatu masalah seperti suami isteri.

Maaf kalau aku katakan dari segi psychology sentuhan memainkan peranan dalam melembutkan jiwa sesiapa pun. Apatah lagi antara dua jantina berbeza. Namun, bolehkah sentuhan ini dilakukan oleh lelaki tadi kalau belum berkahwin? Dah tentu tak boleh.. betapa rugi dan membazir masa untuk selesaikan masalah yang bagi suami isteri cukup mudah diselesaikan..

hmm, bercintalah selepas berkahwin.. senang! Wallahua'lam

Filem Jepun dan realiti anak Melayu

19.02.05





Aku menonton tayangan filem percuma di MTC (Pusat pelancongan malaysia) bertajuk Faraway Sunset dalam bahasa Jepun. Ia mengisahkan pengorbanan seorang ibu demi kejayaan anaknya ditambah lagi penyesalan diri atas kecuaiannya yang menyebabkan anaknya itu cacat tangan kirinya. Sewaktu berusia 18 bulan, dia terjatuh dalam api tempat memasak meyebabkan semua jari kirinya melekat antara satu sama lain. Sejak kecil dia sering diejek kawan-kawan sehinggalah suatu hari dia toreh tangannya sendiri dengan pisau untuk memisahkan jari-jarinya.

Namun, ibunya cukup bersemangat dan memberi sokongan kepada anaknya untuk belajar bersungguh-sungguh sekalipun dirinya terpaksa bersusah-payah mencari duit menyekolahkannya. Kejayaannya dalam akademik terserlah sehinggalah dia akhirnya menjadi ahli bakteria yang terkenal. Disebabkan kesibukan dan janjinya untuk tidak pulang selagi belum berjaya, 15 tahun selepas berhijrah ke Amerika barulah sempat dia menjenguk ibunya. Itu jugalah kali terakhir dia menemui ibunya yang sudah cukup tua.

Semangat belajarnya masih tidak mati mengikut ibunya. Dia masih membuat kajian tentang penyakit demam kuning untuk dicarikan ubatnya. Namun, dalam pencariannya di Ghana, akhirnya dia mati di situ pada 1928 tanpa dapat menyelesaikan hasil kajiannya.

Banyak moral cerita yang dapat diambil daripada cerita ini. Airmata aku pun turut mengalir sepertimana yang lain. Cubalah cari filem ini. Namanya dalam bahasa jepun 'Tooki Rakujitsu' yang diterbitkan pada 1992.

Bulan 3 ni pun MTC ada buat tayangan percuma begini. Masih lagi cerita Jepun. 5 dan 19 Mac 2005 yang bertajuk Pale Hand dan Takeshi Childhood Days. Cerita kedua ini diilhamkan berdasarkan komik Fujio F. Fujiko. Takkan tak kenal kot? Inilah penerbit komik doraemon. Kedua-dua cerita ini juga mengisahkan kehidupan kanak-kanak. Apa lagi datanglah.. jangan tak datang!

# Ada satu kisah lagi pada hari ini..

Selepas selesai menonton filem itu, aku terus ke bilik air mengemas diri sesudah solat di surau. Kelihatan satu lagi kisah percintaan dua orang wanita. Budak lagi tu..rasanya masih sekolah menengah agaknya. Mereka duduk berdua-duaan di sebuah kerusi kayu panjang. Suasana cukup tegang sesama mereka. Aku yang baru sahaja keluar mengemas diri tercengang melihat tingkahlaku salah seorang daripada mereka. Mungkin aku namakan dia Ayu kerana perwatakannya masih keperempuanan.

Ayu berteriak sambil menangis dan memarahi Roy (seorang lagi perempuan ala lelaki) sepanjang perbualan. Yang membuatkan aku tercengang ialah dia kerap menampar dan memukul Roy. Laju sahaja tangan Ayu menampar kiri dan kanan pipi Roy. Hairannya Roy langsung tak menepis mahupun menghalang. Mungkin tidak cukup agaknya, Ayu menghentak pula belakang badan Roy. Roy memang sekuat lelaki kerana langsung tak menunjukkan reaksi sakit. Kalaulah Roy itu lelaki, orang kata bacullah dia sebab dipukul perempuan. Tangisannya memang jelas kedengaran manakala Roy memandang ke arah lain.

Tubuh badan Ayu jika dibandingkan dengan Roy yang bertopi itu agak besar. Roy yang kurus itu sekadar mampu menahan pukulan dan kemarahan Ayu. Aku sengaja berjalan di hadapan mereka. Begitu juga tiga lagi penunggang motosikal yang meletakkan motosikal masing-masing berhampiran tempat mereka bergaduh. Aku buat-buat menelefon di pondok telefon manakala tiga orang lain itu pun sengaja duduk berbual atas motosikal. Aku yakin kami semua sengaja ingin melihat kesudahan kisah mereka.

Ayu dan Roy bergaduh seolah-olah hanya mereka berdua berada di MTC. Mereka langsung tak menghiraukan kehadiran aku dan tiga lelaki lain. Nak campur tangan tak reti.. so, tunggu jelah sampai kalau teruk sangat kot..

"Woi, keluar!" pengawal keselamatan menjerit dari posnya sambil menuding jari ke arah kami. Siapa yang disuruhnya keluar? Aku ke.. tiga orang lelaki ini ke.. atau bebudak dua orang tu?.. sebabnya kami semua berada di tempat yang sama. Tempat yang ditudingkan jari olehnya.

Pakcik itu terus keluar dari posnya untuk menuding dengan lebih jelas lagi. Memang mukanya cukup marah kerana dia langsung tak senyum atau memberi nasihat terlebih dahulu. Rupa-rupanya bukan kami yang dimarahinya tetapi Ayu dan Roy. Aku rasa semuanya yang di sini tak bersalah terutamanya kami lelaki ini.

Mungkin pakcik tu dah tak tahan dengan perangai si perempuan ini dengan pengkidnya. Itu yang salah agaknya. Memang salah pun..

Hai dunia..dunia.. apalah nak jadi dengan manusia hari ini? Kisah yang aku ceritakan ini bukan untuk memburukkan sesiapa tapi untuk menceritakan hal kehidupan dunia yang berlaku depan mata aku.

Bukan nak berpandangan buruk.. nilailah sendiri wahai kawan-kawan samada Ayu dan Roy ini dalam keadaan normal atau tidak.. sedih aku rasa apabila masalah ini berlaku sama macam di tempat belajar aku yang aku ceritakan tempohari. Kedua-dua kes ini berlaku depan mata yang melibatkan anak melayu.. Melayu tu maknanya dalam undang-undang ialah orang Islam juga.. hmmm...

Keindahan alam tanda kekuasaanNya

18.02.05



Tak ramai mengenali Taman Alam berbanding Kg. Kuantan tempat kelip-kelip. Yelah, bila disebut kelip-kelip je, semua akan teringat pada iklan TNB. Taman Alam tu dekat sahaja dengan tenpat kelip-kelip tu.

Taman Alam lah tempat hutan paya bakau yang menyimpan pelbagai flora dan fauna. Banyak burung akan hinggap di pesisir paya untuk mencari makanan pada awal tahun begini.

Burung-burung itu samada tempatan dan burung luar yang berhijrah. Ada yang datangnya dari Rusia dan sebagainya. Taman Alam ada menyediakan ratusan sarang burung untuk tempat tinggal mereka.

Helang merah pun ada. Kalau ada helang, maknanya ada ular. Memang cantik tempatnya. Ia menunjukkan kehebatan akar kayu bakau yang berserabut mampu memecah ombak yang datang. Tsunami hari itu turut terasa di kawasan berhampiran melainkan di taman alam. Patutlah Pak Lah mula bercakap tentang hutan bakau.

Kami dibawa turun memijak sendiri paya bakau tu. Habislah kasut-kasut kotor dan ada juga yang hampir terjatuh. Seluar kami memang kotor dah pun. Macam-macam aksi lucu dan menakutkan berlaku.



Pada sebelah malam, kami teruskan lawatan ke kawasan keli-kelip itu. Malangnya, tiada satu gambar pun boleh ditangkap. Ini kuasa Tuhan sebenarnya. Kalau kami tangkap guna flash pun, hanya nampak pokok sahaja. Kalau tangkap guna video pun tak nampak semeriah kita melihatnya dengan mata sendiri.

Sampan yang didayung penduduk tempatan memuatkan 4 orang sahaja. Setiap orang perlu membayar upah RM 10. Life jacket disediakan untuk tujuan keselamatan. Bunyi unggas dan burung diselangi desiran air sungai yang didayung menenangkan jiwa kita yang kebiasaannya hidup dalam keadaan cukup bising.

Kelip-kelip dan kunang-kunang menurut pakcik yang mendayung itu berbeza. Kelip-kelip ini bentuknya macam semut kecil sahaja. Cahay keluar dari bawah perutnya. Kelip-kelip selalunya ada di atas daun tempat mereka mencari makanan. Hanya boleh dijumpai di pokok-pokok yang menghadap ke sungai. Kalau yang menghadap ke kampung memang tiada. Jantan akan berkelip setiap 3 saat manakala yang betina berkelip setiap sesaat. Kelip-kelip jantan memang bercahaya lebih terang berbanding betina. Namun, kesahihan maklumat ini tiada siapa dapat buktikan kerana sehingga kini tiada kajian dibuat mengenai kelip-kelip di sini.

Iklan TNB itu rupa-rupanya pembohongan semata-mata. Kelip-kelip yang kelihatan dalam iklan itu hanyalah dengan penggunaan teknologi elektronik. Rupa-rupanya kita ditipu.

16 Februari 2005

Persembahan yang memukau

15.02.05

TERUS KE LAMAN KIAI KANJENG


Pasti rakyat Malaysia tercengang apabila terdengar kumpulan muzik Ustaz Kajeng. Hmm, bunyinya macam bukan orang malaysia.Memang pun bukan sebab di sana diapnggil Kiai Kajeng. Di mana lagi kalau bukan di indonesia. Cuma mengapa pulak ustaz yang bermain muzik. Inilah istimewanya kumpulan Kiai Kajeng kerana mesej Islam disampaikan tidak seperti yang ada di Malaysia. Mereka bukannya bernasyid tetapi menggabungkan instrumen moden dan tradisional dalam lagu-lagu ketuhanan mereka.Memang jelas mesej yang ingin disampaikan kerana ia berbentuk zikir dan peringatan. Sambil itu, diselangi pula dengan bait-bait puisi atau bual-bual dan nasihat agama. tapi bukan bersifat ceramah, ia lebih kepada interaksi bersama penonton.Secara spontan kadangkala pendengar mengucapkan amin atas doa-doa yang spontan juga diucapkan Kiai Kajeng.

Muzik gamelan memang dikenali di Indonesia juga malaysia. tetapi permainannya tetap dengan ciri tradisionalnya. Berbanding Kiai Kanjeng, gamelan dimainkan secara tradisional dan bergabung juga dengan gitar, seruling, drum untuk lagu-lagu jazz, klasik, dan yang rancak. Kemahiran tangan pemain gamelan cukup mengagumkan. Kepantasan dan kecekapan tangan mereka jelas kelihatan apabila mereka mampu bermain dengan memejamkan mata.

Malaysia pun ada cuma tak berapa terkenal. Ataupun mungkin baru diperkenalkan. Sebagai contoh, grup Dendang Anak pimpinan Erma Fatima yang baru ditubuhkan. Baru je recording 5 buah lagu dan belum dikeluarkan album pun. Namun, usaha keinsafan mereka ini cukup baik. Para pemuzik dalam grup mereka pun datangnya daripada golongan muda yang sedar dan berkeinginan sama-sama menyedarkan ramai lagi golongan yang lupa.

Ada juga yang dah lama cuma ramai tak menyedari unsur mesej islam yang dibawanya. Bak kata M.Nasir, rakyat malaysia lebih mengutamakan lagu berbanding mesej yang cuba disampaikan. Kerana itu, mesej jarang difahami dan digarap penonton dan akhirnya menjadi sekadar halwa telinga. Mungkin segelintir ada yang sedar. Apapun, M. Nasir dan Ramli Sarip juga Zainal Abidin adalah antara orang-orang lama yang membawa mesej ketuhanan dalam lagu mereka. Lirik yang cukup puitis dan kompleks itulah agaknya penyebab kebanyakan pendengar tak memahami mesej yang ingin disampaikan. Baru-baru ini artis yang agak meletup gak ialah Yasin. Pun membawa mesej yang sama.

Antara cara yang mudah mengenali artis ini seorang yang benar-benar memperjuangkan apa yang disampaikan ialah publisiti mereka tidaklah melampau-lampau. Show pun jarang tapi sekali keluar memang ramai peminat yang datang termasuklah golongan tua. Dan juga kebanyakan peminat ini datang berkeluarga. Entahlah kita sebagai penilai sesuatu muzik mungkin boleh memikirkan kebenarannya..

Macam Tak Percaya

14.02.05



Kehairanan mula menerpa. Aku terpandang dua orang perempuan. Berbual dalam keadaan mencurigakan.Bukan aku nak tuduh atau berpandangan buruk. Seorang berperwatakan kasar macam lelaki. Dari aspek percakapan,pergerakan dan pemakaian nampak kelelakian. Seorang lagi memang kekal dengan ciri kewanitaan. Mereka berbual di kawasan yang agak tertutup daripada pandangan awam. Mereka berdua-duaan dan berbual
dalam secara berhadapan. Kadang-kadang mereka akan berjalan sedikit demi sedikit. Kemudian, berhenti semulaapabila yang berbaju putih itu cuba merangkul pinggang si baju merah jambu. Cepat-cepat dia menolaksi baju putih dan mula bercakap kembali. Aku dalam jarak yang jauh tak mendengar apa-apa. Aku cuba perhatikan gerak-geri mereka.Mereka seolah-olah tidak mengendahkan keberadaan aku di situ.

Muka mereka kelihatan seperti marah. Tangan si baju putih mula cuba memujuk si baju merah jambudengan memegang tangannya. Tapi, seperti tadi tangannya ditolak. Bincang dan bincang kemudian berjalan kembali.Sekali lagi si baju putih cuba memegang tangan si baju merah jambu tu seperti si ibu ingin memimpin anaknya.Namun, respon negatif juga yang diberikan.

Aku masih di hadapan mereka menunggang motosikal. Buat-buat sedang menerima panggilan telefon.Sengaja aku perhatikan mereka sejak awal. Kadang-kadang ada pula pensyarah atau pelajar lain yang melintasi mereka. Secara tiba-tiba mereka akan berkelakuan seperti biasa dan cukup menghormati orang yang melintas itu dengan memberikan salam. Semangat inkuiri aku semakin tinggi. Hendak sahaja ditinggalkan motor dan pergi mengendap semata-mata untuk melihat penghabisan cerita.

Namun, perutku dah tak tahan lagi mencari sesuatu untuk dihadamkan. Aku berfikir sejenak baik buruk aku teruskan duduk kat situ. Fikir punya fikir akhirnya aku buat keputusan pergi kafe Bilal sajalah.Lebih baik aku makan, silap-silap nanti sampai pukul 7 agaknya mereka ini. Sekarang pun mereka sudah ada dalam posisi duduk. Mereka duduk di tebing jalan berhampiran kawasan letak motosikal.

Cukuplah agaknya untuk aku renungkan hari ini. Terpulanglah nak fikir macamana. Aku tak sanggup nak simpan dalam diri sahaja. Jadi, sebab itu aku luahkan supaya puas hati ini. Barulah tenang sikit..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular