05 Februari 2007

Misi Kemanusiaan - Siri 1

Sehari dua sebelum bertolak, memang sibuk. Para jejaka kena naik turun lif angkut barang. Penat memang penat, tapi syok. Thanks to Huzaimi for his willingness to help us. Dia paling rajin sesangat. Tak payah suruh pun memang dia buat. Barang kat tangan kita pun, dia nak tolong angkat, sedangkan kita kan tengah angkat.


Bertolak malam, rehat di Melaka. Mujur ada masjid yang cantik ni. Lepas solat, beli nasi lemak, makan dengan nenek dan ibu aku. Eh, pakcik aku pun ada. Selesai saja, kami terus ke Ayer Hitam, tempat kakitangan HSK lain janji untuk berjumpa. Bos aku smpai lagi awal rupanya.



Kami pun menanti semua sukarelawan tiba. Signboard ke Batu Pahat dah nampak. Maka, bermulalah pengembaraan kami...


02 Februari 2007

Misi Kemanusiaan - Intro


Nantikan entry terbaru aku pasal Misi Bantuan Banjir opis aku sempena cuti Hari Wilayah semalam. Aku baru tiba dari Johor. Esok keje.. so, aku saje kasi korang tengok gambar ni dulu..

30 Januari 2007

Redha dengan kesusahan


Adakala kita merasa kepayahan tu menyusahkan kita. Jadi, secara tak sengaja kita pun mengeluh. Tapi, memang betullah aku ni terpengaruh yang amat sangat dengan MUTIARA HATI. Kalau selalu tengok, diri rasa OK. Kalau lama tak tengok, adala weng sket.. Minggu lepas bunda Arini bercakap dengan Nabila camni..

Bunda : Allah itu tidak pernah mengambil sedikitpun daripada kita. Justeru Allah itu ingin mempersiapkan sesuatu yang lebih baik buat kita.
Nabila
: Sesuatu yang lebih baik?

Bunda
: Iya, sesuatu yang lebih baik. Contohnya, bunda kehilangan rumah dan harta benda tetapi bunda diberikan Nabila.
[FYI:Nabila selalu hilang akibat diculik dsb tetapi selalunya ditemui]


Sekarang ni keluarga diorang dah semakin susah. Jatuh ditimpa tangga. Tapi, bunda Arini ni positive thinker. Setiap yang berlaku itu adalah baik baginya. Itu kalau guna istilah biasa la.. kalau islamiknya, iman dia cukup tinggi.

Ahad lalu, aku pergi grup diskusi dengan sorang senior nih, dia kata sebnarnya apa saja yang kita alami itu adalah baik buat kita sebab Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita. Contohnya, tetiba tayar kereta kita bocor tengah jalan. Ada orang mungkin akan maki hamun, atau mengeluh tak tentu pasal. Tapi sebnarnya Allah nak selamatkan kita daripada terlibat dalam kemalangan yang berlaku dekat depan jalan tu.

Kalau kita tahu, mesti kita rasa bersyukur kann. Tapi, kita tak diberitahu. Sebab tu la kena dok bersyukur apapun terjadi sebab ada hikmahnya. Sorang kawan aku ni dia tensen sangat dengan watak-watak orang jahat dalam drama MUTIARA HATI. Katanya semacam melampau.

Memang betul pun ada elemen melampau sket. Tapi bagi aku tak heran la sebab aku percaya wujud orang yang berhati busuk lagi hapak tambah keras berkematu lagi. Sama macam dalam cite NATASYA gak. Dan juga wujud orang yang berhati lembut, pemaaf, pemurah, lagi penyayang, yang dipermainkan oleh si jahat tu. Sama gak dalam drama DUA HATI dulu tu.

Jadi, elemen melampau tu bagi aku tak kisah. Memang director pun saja je nak mainkan perasaan penonton supaya marah dan benci pada orang jahat. Jadi, kepada kawan aku tu, tahniah sebab kau telah membuktikan kejayaan mesej yang ingin disampaikan pengarah.

Dan orang yang baik-baik seperti Kyra (Dua Hati), Natasya (Natasya) dan Bunda Arini (Mutiara Hati) adalah positive thinkers. Dan mereka ini pastinya berjaya dalam hidup. Percayalah!

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu." [Al-Baqarah (2):216]


download the streaming song

27 Januari 2007

Masa berlalu pergi

Hari demi hari berlalu tanpa disedari. Adakalanya kita gembira saat bertemu teman sekerjaya. Gelak tawa beransur hilang apabila detik masa terus meninggalkan kita. Duduk sendirian bagai tiada siapa di sisi. Kita termenung dan berfikir, siapa, untuk apa dan ke mana hala tuju kita.

Mujur teknologi masih mampu menghubungkan kita dengan tersayang. Tika duka melanda, teman-teman mungkin tiada. Saat itulah ibu, ayah, dan adik beradik menjadi teman setia. Walau jauh di mata, namun dekat di hati. Kiriman SMS sudah cukup membuat hati kembali tenang daripada gundah gulana.

Baru-baru ini aku kerap mendapat SMS dari rakan-rakanku. Seorang demi seorang pergi meninggalkan kita. Mereka adalah teman setia rakan-rakanku yang pasti menemani mereka saat suka dan duka. Seingat aku, Salwa, kehilangan ayahnya saat dia masih belajar setelah ibunya sudah dahulu menemui Ilahi.

Kemudian, Shina, kehilangan ayahnya secara tiba-tiba saat dia perlukan dorongan dan sokongan untuk memulakan hidup. Ketika itu, dia baru melangkah masuk ke alam chambering. SMS yang dikirim pada awalnya memohon doa agar ayahnya sembuh daripada sakit. Namun, tidak sampai 24 jam, Allah telah menjemput ayahnya pulang.

Juga secara tiba-tiba, ibu dan ayah hantar SMS mengatakan mereka perlu balik ke Kedah. Satu lagi nyawa dicabut malaikat Izrail saat anak-anaknya masih perlukan belaian dan tunjuk ajar si ibu. Sepupu-sepupuku kesedihan apabila ibunya pergi akibat sakit barah.

Pada tanggal 26.1.2007, aku dikirim SMS menyatakan emak Siti Nora Sharif sudah meninggal dunia pada jam 2.10 pagi. Seorang lagi teman seperjuangan yang terpaksa menggagahkan diri untuk hidup sendirian.

Siapa kita di saat mereka murung begini? Adakah mampu kita menjadi teman setia menggantikan mereka yang pergi. Mungkin tidak. Namun, mereka perlukan kita. SMS memohon dibacakan al-Fatihah bukan sekadar untuk dibaca sambil lewa, atau ditutup SMS setelah membacanya tanpa menyedekahkan al-Fatihah kepada yang pergi.

Di sini jugalah tanda kesetiaan kita kepada teman-teman. Bacakanlah al-Fatihah sepenuh jiwa dengan niat ditujukan kepada si mati bersama doa memohon agar rohnya dicucuri rahmat, diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga. Menjadi teman yang setia bagi diriku ialah seorang yang mendoakan temannya,sama ada apabila diminta atau tidak, saat di berduka dan suka, agar kebahagiaan dan ketenangan dianugerahkan Ilahi kepadanya, kerana hati ini milik DIA, hanya DIA mampu berikan segala-galanya, bagi menggantikan 'teman setia' yang hilang.

"
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." [A-li Imran (3):185]

25 Januari 2007

Terlalu Istimewa


Lepas Adibah Noor memenangi Anugerah Juara Lagu 2006, aku terus menaip entry ni. Sebabnya aku tertarik dengan cara persembahan dan lirik lagu juga penghayatan lagu 'Terlalu Istimewa' tersebut, yang sememangnya layak untuk menang.

Permulaan persembahan dengan bacaan terjemahan ayat Quran dalam surah Al-An'aam ayat 14 (seperti yang dikatakan si kecil itu) membuatkan aku awal-awal lagi dah tertarik. Lagipun lagu ini berkenaan betapa istimewanya seorang anak. Lalu, aku terus membuka tafsir quran mencari kembali ayat tersebut.

Malangnya aku tak jumpa ayat yang budak tu baca. Mungkin dia tersilap sebut surah atau ayat. Ini yang membuat aku terkilan sikit sebab mesejnya sangat baik apabila dimulakan dengan ayat Quran tetapi apa yang disampaikan silap.

Bukan apa, aku terfikir kalau-kalau dengan mendengar lagu itu, dan intro budak kecil tu, mungkin membuatkan orang tertentu insaf atau tertarik, lalu membuka al-Quran, untuk membaca ayat yang sebenarnya, dan cuba membaca rentetan kisah yang digambarkan Allah di dalam al-Quran, sehingga membuatkan.. mungkin remaja, tak berani untuk menyebabkan lebih ramai anak-anak kecil terbunuh, dek kerana keterlanjuran dalam kehidupan sosialnya.

Sayang kan kalau begini. Bukan mudah untuk menyampaikan satu mesej yang sangat bermakna melainkan daripada bidang seni sebegini kerana audiennya lebih ramai berbanding audien dalam program keagamaan seperti ceramah dan forum.

Semoga apa yang aku coretkan ini pun dibaca oleh pejuang seni. Yelah, mungkin aku juga silap dalam apa yang aku fikirkan. Juga mungkin sebenarnya aku tersilap dengar ayat yang budak kecil tu cakap. Juga agaknya teori aku ini tak mungkin terjadi, kerana audien lebih suka pada alunan, bukannya mesej yang disampaikan, habis dengar, terus habis.. langsung tak lekat dalam hati. Tak tahulah kann.. so, should you respond to me.

23 Januari 2007

Padah mempermainkan agama


Aku terima berita tentang seorang janda yang ingin bernikah dengan seseorang di negara jiran. Okla sebab dia dah dapat kebenaran kahwin daripada Jabatan Agama Islam. Cuma masalahnya, dia tidak berterus terang mengatakan bahawa dia sebenarnya masih dalam ikatan perkahwinan dengan suami keduanya. Dia menggunakan sijil cerai dengan suami pertama untuk menyatakan bahawa dia janda.

Sebagai seorang yang tahu serba sikit pasal hukum Islam dan undang-undang syariah ni, aku pun nasihat la. Aku cakap dia kena beritahu betul-betul. Rasa bersalah pula kalau aku tak ceritakan kesannya. Tapi, dia tak endahkan langsung. Dulu sewaktu ahli keluarga mempertikai perkahwinan keduanya, dia bersungguh-sungguh menyatakan dia berkahwin sah dengan lelaki tu. Cuma, sejak akhir-akhir ini, sebelum dia berkahwin kali ketiga ni, dia kata sebenarnya perkahwinan keduanya tak sah. Diorang kahwin menggunakan sindiket.

Masalahnya siapa yang nak tentukan sah atau tak perkahwinan tu? Bukannya kita sendiri.. Jabatan Agama Islam juga kena tentukan. Lepas tu, dia kata sebnarnya dia diceraikan oleh suami kedua. Perghh, tensen aku, cakap putar belit. Hmm, kalau pun dia diceraikan kena tunggu iddah dulu untuk kahwin baru. Ini tidak, tak sampai sebulan, dah nikah. Aku kata, "Kalau tak nak ikut undang-undang takde masalah, tapi ni hukum Tuhan, jangan nak main-main." Apapun, dia kahwin juga.

Aku dah malas nak ambil tahu sebab dia tak nak dengar cakap aku. Aku kata gak akan datang kalau apa-apa terjadi, jangan nak salahkan aku. Then, after a month married with that guy, I heard 'something'. Yes, truly bad thing with her new life. It getting worse when I heard that she is now still keep in touch with her second husband, and planning to go umrah with him, plus his family.. without the knowledge of her third husband. Dia kata suami baru ni sangat mengongkong dan tak bertanggungjawab. You know what? Dia baru kahwin dalam sebulan, dah citer camni.

Hmm.. apa lagi aku nak cakap. Aku dah malas nak campur tangan.Malam ni terbaca,"Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah mereka dengan al-Quran itu agar masing-masing diri tidak terjerumus ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri. Tidak akan ada pelindung dan tidak pula pemberi syafaat selain daripada Allah. Dan jika dia menebus dengan segala macam tebusan pun, nescaya tidak akan diterima. Mereka itulahorang-orang yang terjerumus ke dalam neraka, disebabkan perbuatan mereka sendiri. Bagi mereka disediakan minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu." [Al-An'aam (6):70]

21 Januari 2007

Sukarnya untuk dipercayai


Semalam balik lewat sebab pergi meeting alumni sekolah. Habis meeting pukul 1.00 pagi. Mesti tak caya kan? Sampai umah semua orang dah tido. Aku pun masuk bilik dan update blog sekejap sebelum tido.

Bangun pagi aku terus seterika baju, pakcik makcik dan sepupu aku ada kat umah ni baru sampai semalam, nenek dan datuk pun ada. Pakcik aku tanya, "Nak keluar ke hari ini?" Aku jawab, "Ada kelas!, ni pon da lambat." Pakcik angguk je.

Makcik aku sebelum tu semacam menyindir , "Ingatkan semalam balik melaka, lambat balik.." Aku jawab ,"Ada hal sket." Nenek menyampuk ,"dia pergi rumah tunang la tuh." Apa??? Mesti bergurau la ni nenek aku.

Tapi aku pun pelik gak sebab sebelum ni nenek pernah gak tanya kat adik aku pasal aku ni da ada awek ke belum. Adik aku jawab takde. Nenek aku kata dia heran kenapa aku balik lewat selalu. Tapi aku kan dah berkali-kali kata aku ada keje kat ofis.

Aku rasa mereka susah nak percaya kot sebab tak pernah ada keluarga keje kat legal firm. Ingat keje lawyer tu goyang kaki, duit masuk? Ish ish ish.. silap. Lawyer ni keje dia tak tentu masa, pressure gak, tapi puas hati..

Tambah plak, hari ni cuti Maal Hijrah, tapi aku kata nak pergi kelas. Makcik aku still tak percaya yang aku terburu-buru keluar untuk ke kelas. Aku terangkan yang kelas aku setiap sabtu dan memang hari ni tetap ada kelas. Makcik aku tak percaya juga. Hmm, aku tensen gak tak tau nak terangkan camana lagi..dia masih kata aku nak jumpa pompuan.

Pendek kata, apa yang terlintas di fikiran aku, mungkin beginilah keadaan ibubapa yang tidak percayakan anak-anak. Mungkin anak-anak kini sudah pandai berbohong kepada ibubapa. Sampaikan bercakap benar seolah-olah mustahil. Susah macam ni.. tapi sesetengah mereka jelah.

Bahkan bahaya juga kalau camni, anak-anak mungkin akan lebih berahsia dengan ibubapa sebab apa yang dikatakan kepada ibubapa masih tidak memuaskan hati mereka. Jadi, lebih baik tak payah cerita, buat sakit hati je.. Aku yakin perkara camni berlaku (based on my observation).

Aku ni dah umur 20-an pun masih tidak boleh dipercayai. Entahlah, lepas ni malas la nak jawab in detail. Ni yang rindu kat ibu ayah ni.. hanya ibu dan ayahlah teman setia yang sangat mempercayai aku sepertimana aku mempercayai mereka.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular