09 Januari 2007

Keikhlasan yang kabur

Urusan mahkamah hari ini cepat selesai. Aku pergi minum dengan the other side's lawyer, borak. Macam-macam pengalaman dia diceritakan. Aku minta beredar nak tolong siapkan urusan long call kimi.

Long call ini macam hari konvokesyen bagi pelatih macam kitorang. Jadi, nak uruskan untuk kimi ni macam-macam dugaan yang menimpa. Mula-mula lagi sewaktu berurusan dengan Pesuruhjaya Sumpah, kesilapan pada tarikh dibuat si Pesuruhjaya tu. Takpe, aku tolong betulkan sama.

Lepas tu, aku pun fotostat 1 copy untuk simpanan. Terus, aku pergi filing. High Court officer pun semak semua dokumen. Dia tunjukkan aku ada 2 dokumen salah. Dia suruh aku padam CTC yang ada pada 2 dokumen tu dan pergi fotostat baru.

Kemudian, aku kembali ke kaunter dengan harapan setel. Dah perempuan lain plak yang tengok. Dia tanya dah buat 4 copy? Hah, takde pun bagitau tadi. Nasib baik dia jawab takpelah, nanti buat. Dah, pergi bayar tapi kat kaunter Mahkamah Dagang sebab sini tutup sementara. Menapaklah aku.

Datang balik ofis dah tutup, dia suruh datang kul 2.00 Hah?

Dah pukul 2. Perempuan tu pun semak. Dia minta semua dokumen asal termasuk IC. Ini prob lain plak. Aku cakap IC tu kat orangnya la. Dia pun heran, dia ingat aku kimi. Nasib baik dia pun kata, takpe. Dan yang ok gak, En M tak tau pun yang aku bukan kimi.

Datang plak En M nak tengok dokumen tu semua. Dia cakap ada salah lagi. Ini alamat Perak kasi tukar KL. Dia tanya aku, kamu tidur mana malam tadi? Aku kata kat KL. Hah, tulislah alamat kat KL tu. (Hmm, dia ingat aku kimi la tu)

Aku keluar lagi ke Pesuruhjaya Sumpah minta initial dia untuk pembetulan. Waktu tu aku dah letih, hampir merungut aku dibuatnya. Macam-macam ayat negatif sedang terawang-awang menanti terpacul dari mulut.

Selepas aku minta tolong Am, aku pun dapat sms kimi, "Suhel,Thankz man.Pahala kau memang berlipat kali ganda". Sungguh menyentap hati aku. Dalam diam, aku termangu. Aku pasti memang betul apa kata kimi andai aku tak merungut atau menyesal atas bantuan aku.

Fuhh, aku nak gtau korang, it's not easy to get the pahala tau. Aku benar-benar kaget. Kan aku semacam dah tension.. tapi at the same time, bila dpt sms tu aku terfikir, dapat ke aku pahala kalau aku tension camni?

Wuuhh, antara iman dan nafsu. Serius aku cakap. Memang susah nak control rasa. Tapi aku cukup-cukup berterima kasih pada kimi atas sms simple dia tu yang membuat aku tersentak. Maka aku gagahkan diri memikirkan betapa kimi perlukan bantuan aku. Saat inilah tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima.

Betul, memang sukar mendapatkan ilmu ikhlas ... Memang pada asalnya niat kita baik, tapi di pertengahan Allah nak uji kita, DIA nak tengok sejauh mana ikhlas diri ini untuk membantu sahabatnya. Bagi menenangkan hati, selepas Zohor, dengan niat meredakan perasaan, aku buka Quran, moga-moga ayat yang pertama aku baca itu memberi jawapan atas persoalan hati aku.

"Dan diletakkan kitab lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata : Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada tertulis. Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun." [Al-Kahfi (18):49]

Memang Allah tak aniaya kita. Sekecil apapun yang kita lakukan, direkod malaikat. Baik atau buruk. Maka, apa guna pengorbanan yang besar kita lakukan tanpa keikhlasan? Apakah itu perlu dicatat sebagai amalan kebaikan? Atau tak dikira langsung? Wallahua'lam...

08 Januari 2007

Menjadi sempurna


Seorang makcik melintas jalan. Lampu isyarat sedang merah. Motosikal kuhentikan sebelum melepasi garisan melintas pejalan kaki. Sebelum makcik tu memulakan langkah melintas, mulutnya membaca, "Bismillah."

Drama TV9 Mutiara Hati kegemaran aku. Kalau sempat pulang, aku tonton. Pantang ditimpa cubaan atau musibah, pasti tangan menadah doa, pohon bantuan Allah.

Bagaimana untuk jadi manusia sempurna? Bagi aku, kita memang tidak sempurna. Tapi aku meletakkan definisi perfect human - orang yang kehidupannya sentiasa bergantung padaNYA.

Ya, mungkin makcik tadi antara manusia sempurna. Teringat pula ustazah aku waktu SMAPL dulu. Naik kereta dengan dia, setiap kali stereng dipusing, mulutnya membaca, "Bismillah." Mungkin dia juga sempurna.

Saat diri dipuji, dalam diri istighfar. Bila makan, minum, mandi, tengok cermin, naik kenderaan, pakai baju, bekerja dsb, dimulakan dengan doa. Kaki tersadung, kereta dilanggar, dan segala macam musibah melanda, cepat-cepat "Innalillahi wa inna ilaihi rajiun."

Wahh, bagi aku, andai begitulah hidup kita, semacam yang dipaparkan di TV9, itulah kesempurnaan hidup. Pergantungan yang tinggi sebeginilah yang diberitahu Allah dalam
al-Quran, "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal."

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka." [Ali Imran (3):190-191]

Bila kita berjalan, maknanya kita berdiri. Hah, macam makcik tu. Bila kita makan atau baca akhbar, kita duduk. Bila kita nak tidur atau berehat atau sakit, kita berbaring. Eh, maknanya dalam setiap masa ingat Allah. Hmm, belum. Belum sempurna... [monolog]

07 Januari 2007

Eye on Malaysia


Sekadar ingin mencuba kamera NIKON Coolpix aku. Waktu malam. Tak terlalu gelap. Ramai orang. Taman Tasik Titiwangsa. Perasmian Tahun Melawat Malaysia 2007. Eye on Malaysia. Perarakan masuk Perdana Menteri. Dikepalai pasukan berkuda. Kereta BUFORI buatan Malaysia. PM di kereta terakhir. Melambai tangan kepada rakyat. Diiringi penari memperaga pakaian. Ucapan kurang bertenaga. Merentas tasik ke semenanjung buaian berpusing. Dihiasi percikan bunga api. 20 000 pengunjung. Balik rumah. Puas hati dengan Coolpix. Tq AM.

06 Januari 2007

Pandangan Mata


Rumah nenek takde orang hari ni. Makan tengahari takde. Naik moto pergi restoran mamak. Teringin makan lauk kambing. Puas..

Santai. Pinjam akhbar METRO mamak. Baca. Rileks.

Seorang cina buta datang. Dibawa masuk oleh pekerja restoran. Ditariknya tongkat si buta. Dia duduk. Minum air teh suam. Bayar RM1. Beredar.

***

Orang buta sepatutnya dipapah dengan menyuruhnya pegang bahu kita. Perbuatan menarik tongkat mereka adalah satu bentuk penghinaan kepada golongan buta. [ ilmu ini diperolehi daripada sukarelawan membantu orang buta - tq Liyana ]

Walaupun buta, dia tahu di mana dia letakkan wang seringgit dalam dompetnya. Dikeluarkan bersahaja dan beredar. Yelah, susah juga nak bezakan RM1, RM5, RM10, RM50 dsb (bagi kita yang celik).

Mata itu nikmat terbesar jika diberikan pada si buta. Pasti pada dirinya terasa betapa akan digunakan sebaik mungkin jika diberi mata yang boleh melihat. Tapi, bagi kita yang boleh melihat, sesekali mata menjengah maksiat, terlupa nikmat yang boleh DIA tarik semula.

Tidak kusangka



Asyik-asyik balik kerja lewat, lepas solat maghrib tengok Buletin Utama, lepas tu Isyak, tidur. Alhamdulillah hari ini aku dapat balik awal, dapat pergi ziarah kawan patah tulang belakang. Dia terjatuh dalam jeram.

Bila ziarah dia, nampak sihat, dia tetap ceria, bergelak ketawa. Ramai juga yang jenguk dia. Alhamdulillah takde langsung komplikasi pada sistem saraf. Kata dia, mungkin sebab dia pergi urut sebelum tu. Moga dia cepat sembuh.

Balik rumah solat maghrib. Lembaran al-Quran dibuka pada tempat terakhir kubaca. Sekarang aku cuba biasakan diri untuk membaca al-quran dengan tafsirnya. Ini semua gara-gara AM yang menceritakan tentang sorang budak pompuan, adik kawan dia, amalkan camni. Memang BAGUS.

Surah An-Nisa' ayat 72-73 menarik perhatian aku. "Dan sesungguhnya di antara kamu ada orang yang sangat berlambat-lambat untuk ke medan peperangan. Maka jika kamu ditimpa musibah dia berkata: Sesungguhnya Tuhan telah memberikan nikmat kepadaku kerana tidak ikut berperang bersama mereka."

"Dan sunguh jika kamu beroleh kemenangan daripada Allah, tentulah dia akan berkata seolah-olah tiada hubungan kasih sayang antara kamu dengan dia : Sesungguhnya kalau aku ada bersama-sama mereka, tentu aku boleh dapatkan kemenangan yang lebih besar."

Memang sifat kita suka kata 'kalau'. Kalau aku tak pergi ke jeram tu, mesti tak jatuh. Mujur ayat ni tak terpacul keluar daripada kawan aku. Bahaya rupanya cakap 'kalau' ni seolah-olah tak redha dengan takdir.

Ayat 78 seterusnya menyatakan "Di mana saja kamu berada, kematian akan tetap mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di sebalik benteng yang tinggi lagi kukuh."

Hah, kalau dah ditakdirkan kawan aku tu terjatuh, memang itulah takdirnya. Sama seperti kisah dalam quran ini, kalau memang ditakdirkan mati, tetap akan mati, sama ada di medan perang atau tidak.

Jadi, sama-samalah kita mendidik diri untuk menerima nikmat dan bencana yang berlaku dalam kehidupan ini adalah takdir yang ditentukan. Benarlah kata-kata Allah...

04 Januari 2007

Azam baru


Salam Aidiladha dan Selamat Tahun Baru kepada semua pencinta blog. Tahun baru, banner baru. Maaf tak dapat tunai janji untuk update blog selepas 4 hari cuti. Sepupu-sepupu aku asyik online sampai aku tertidur menunggu giliran (selama 2 hari).

Hari baru tahun baru, pasti orang akan tanya pasal azam baru. Yang pasti, kalau orang tanya aku, waktu tu baru aku nak pikir. Aku terasa macam ramai gak camni (especially bila wartawan tv tanya, ceh masing-masing pasti beri azam POWER!).

Sama gak macam lepas abis exam. Eh, menyesalnya aku tak belajar awal-awal. Sem depan, aku mesti belajar awal-awal. Aku nak jadi lebih rajin, aku nak ulangkaji setiap hari. Bila dah mula sem baru, perangai sama berulang. Final exam selepas itu pun kita akan cakap perkara sama.

Eh, sori kalau aku cakap ni tak kena dengan diri korang. Kalau yang tak kena tu, maknanya korang memang BAGUS. Macam aku, azam ni akan wujud bila ditanya atau bila nak tulis diari. Kalau tak, memang takde azam.

Sebabnya azam ni kan pada aku macam iman gak la. Kejap naik kejap turun. Bila naik, memang MANTAP. Solat tak tinggal, zikir panjang, doa menangis, mata tak tengok maksiat, mulut terjaga kata, dsb.

Waktu iman tinggi, macam itulah kita. Dan iman tu tak perlu tunggu tahun baru. Jadi, azam pun tak perlu tunggu tahun baru. Bila iman (atau semangat) tinggi, pasti akan berubah. Aku yakin perubahan apapun yang ingin dilakukan bergantung pada iman.

Cuma bila orang tanya, pastilah kita jawab yang baik dan positif. Macam ditanya pada artis, nak calon suami camana, diorang akan jawab, yang soleh, boleh bimbing mereka, baik dan sewaktu dengannya. Walaupun artis itu macam tak cukup duit nak beli baju, tarik depan, belakang terangkat, tarik belakang, depan terangkat.

Tapi bagi sesiapa yang memang ada azam, at least, dia sudah berusaha untuk meningkatkan iman dia, untuk berubah ke arah lebih baik, walaupun dia kemudiannya tak melaksanakannya.

Atau sesiapa yang takde azam, dia juga masih bagus andai dia berubah menjadi lebih baik walaupun pada asalnya dia langsung tak menyatakan azamnya untuk berubah.

Maka, nak jadi baik, atau sebaliknya, semuanya bergantung pada hati, bukan lisan yang berkata. Lebih baik diam daripada berkata. Sebab perubahan bukan pada perkataan tetapi perbuatan.

"(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui." [Al-Anfal (8):53]


29 Disember 2006

Jumpa lagi tahun depan

Mood kat opis sume dah down.. sebab dah nak cuti panjang la kann. Tengah lepak-lepak dengan staff yang tinggal, AM kata kat aku dah belum ucap selamat tinggal blog?

Baru aku terfikir daripada aku lepak, lebih baik aku update untuk ucapkan selamat tinggal. Sebabnya kat umah aku di Melaka takde internet dan aku kalau dah dok umah tu, lebih suka abiskan masa dengan famili. Jadi, gudbai la blog (untuk 4 hari je tau)..

Di kesempatan ini [dibaca dalam nada sayu], aku ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada terguris hati, tersilap kata, tersalah taip, tertikam korang, atau tak ingat diri. Aku juga nak ucap terima kasih banyak-banyak atas sokongan korang yang kerap mengunjungi serambi maya aku ni.

Sempena kedatangan Aidiladha, aku ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin sebagai penutup tahun 2006.

Dan menjelangnya bulan Januari tak lama lagi, aku taknak terlupa ucap Selamat Tahun Baru kepada semua kawan-kawan, sedare mare dan sesiapa saja yang membaca blog aku. Maka, itulah dia ucapan selamat aku. Semoga korang sume menjadi orang yang berjaya dalam pandangan DIA.

Satu je perkara yang aku nak mintak sangat korang tolong.. tolong doakan aku menjadi lebih baik daripada hari ini dan semalam, dan berterusan melakukan kebaikan, mengurangkan dosa-dosa kecil yang selalu berulang kali dilakukan, juga berjaya seperti korang jugak.

Amin, terima kasih doa korang tu! Alhamdulillah keputusan exam aku aritu cukup baik, aku percaya itu juga adalah rahmat Allah atas usaha dan DOA korang.. betul, DOA korang.. Dan akhirnya aku doakan kepada sesiapa yang mendoakan aku juga mendapat rahmat, pedoman, petunjuk, hidayah, inayah dan bimbinganNYA sentiasa. Amin..

p/s: PC kat opis prob sket, tu pasal font n gambar takleh diubah..aku pun heran nape tak kuar button yang patut ada dalam 'edit post' nih.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular