26 April 2012

Tak ada duit pun boleh menderma

Menderma itu memang sangat dianjurkan. Ada yang kata, kalau kita ada duit cukup-cukup makan, macam mana nak derma pula. Ini bertentangan dengan penjelasan Ustaz Yusuf Mansur dalam bukunya "The Miracle of Giving" yang memetik ayat 7 Surah At-Talaaq yang bermaksud:

"Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah (bersedekah) dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan"

Sewaktu berkunjung ke Jakarta, aku sempat membeli buku itu dan membacanya memberikan satu kefahaman baru dalam mengerti maksud keutamaan bersedekah (atau menderma). Memang benar keajaiban berlaku kepada pelaku yang yakin dengan janji-janjiNya.

Berbalik kepada soal duit yang dirasakan tiada lebih, maka logik akal mengatakan tak dapatlah didermakan kepada orang lain. Ya, sifir matematik 10 – 1 jawapannya 9. Maksudnya duit yang kita ada bakal berkurangan apabila dibelanjakan untuk keperluan harian.

Untuk memahami sifir sedekah, kenalah baca buku itu. Sebabnya sifirnya jauh berbeza dengan sifir matematik. Dan hanyalah mereka yang berbuat, akan menerima sifir sedekah ini.

Tapi kalau nak ikut logik matematik, baiklah. Tahukah yang kita ada sesuatu yang tidak berkurangan walaupun diberikan kepada orang lain? Setakat yang aku terfikir ialah ilmu dan darah.
Semalam, aku dapat mesej daripada Pusat Darah Negara.

"PUSATDARAH: PDN perlu platelet Aferesis. Dibuka 8pg – 4ptg kecuali Khamis dan Jumaat ditutup 8mlm. Ahad tiada pendermaan plasma/platelet.Jika perlu tel 0326955590/26955599"

Kalaulah dirasakan tak dapat menderma duit, ayuh kita derma darah. Itu tak memerlukan kos lain kecuali pengangkutan ke PDN. Kalau memang tak boleh derma sebab tak cukup syarat, dermakanlah ilmu yang ada. Sampaikanlah walau satu ayat.

Kalau susah sangat juga, Islam ada solusi lain. Dermakanlah senyuman anda kepada orang lain. Dengan itu, kita menceriakan hati orang yang memandang. Sekaligus rasa hati yang tenang itu menjadi hasil sedekah kita. Senyumlah.

"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Kalau tak boleh juga, kedekutlah nampaknya kita ini.

p/s: Sedekah perlu diutamakan kepada ahli keluarga yang memerlukan terlebih dahulu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 ulasan:

wawa berkata...

satu prinsip yang selalu saya pegang : dengan menyenangkan hati seseorang mudah-mudahan ada bahagian untuk kita dalam doa mereka.

Ticer Syah berkata...

sedih la kalau nak bantu kawan di saat memerlukan, tp time tu kita tak bule nk tolong.. stress mak jemah

Sahalfikri berkata...

Wawa: Memang cantik ajaran Islam, mengajar untuk kita memikirkan juga nasib orang lain dan bantuan kita kepadanya akan kembali kebaikannya kepada kita.

Ticer Syah: Itulah pasal. Tapi ada satu hal pula, dah tolong kawan saat dia susah. Lepas tu, dia hilangkan diri tak mahu bayar balik hutang. Susah juga situasi ini. Mmm...

3p4h berkata...

=)

Alhamdulillah usai menderma plasma buat kali pertama pada hari Selasa lepas. Pengalaman yang amat menarik!

p/s: Nampak gaya bolehlah jadikan rutin untuk setiap 2 minggu ke PDN

Nur Sakinah Ahmad berkata...

bagi saya fungsi sedekah ni lebih kpd memberkatkan rezeki. duit mmg kurang tapi sentiasa cukup.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular