Sewaktu mula-mula cari kerja, kita mesti kena interview. Macam biasa, jawapan yang kita berikan biasanya ikut skema peperiksaan.
"Kenapa encik ingin bekerja dengan kami?"
"Saya ingin aplikasi ilmu yang telah dipelajari untuk syarikat ini memandangkan bidang pengajian saya bertepatan dengan bidang kerja yang ditawarkan"
Begitulah lebih kurang jawapan skema. Tapi cuba kita tanya betul-betul kepada diri sendiri, kenapa sebenarnya kita nak bekerja di sesuatu tempat? Sementara memikirkan jawapan, aku nak teruskan kisah interview tadi.
"Berapa gaji yang encik inginkan?"
"RM4000"
"Eh, tinggi sangat encik. Kami pun tidak mampu nak bayar graduan baru setinggi itu. Boleh berikan justifikasi kadar gaji begitu?"
"Ijazah yang saya miliki ini adalah dalam bidang professional. Selain itu, saya ada pengalaman ...bla bla bla"
Apabila ditanya gaji, pasti ramai minta tinggi. Jarang rasanya yang jawab terpulanglah (aku percaya ada tapi tak ramai kot). Antara alasan yang diberikan (bukan dalam interview) ialah belanja hidup yang semakin meningkat. Nak kahwin pun susah dsb.
Jadi, betul ke tidak, kebanyakan kita bekerja kerana perlukan wang untuk meneruskan kehidupan? Bukanlah semata-mata untuk aplikasi ilmu yang ditimba.
Sebabnya dalam kehidupan, setiap diri mempunyai kewajipan dan tanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat. Dan tak dilupa juga, kewajipan kepada Yang Maha Esa itu pun sama penting.
Biasa kan kita dengar orang kebanyakan suka berkata, "semua benda perlukan duit"? Memang betul dalam melaksanakan semua kewajipan dan tanggungjawab perlukan duit. (Walaupun hakikatnya duit bukanlah segala-galanya - nak bincang bab ni panjang pula.. lain kali).
Jadi, kalau betul kerja untuk aplikasi ilmu semata-mata, gaji bukanlah keutamaan. Maka, seorang pelajar undang-undang, mestilah jadi peguam. Seorang pelajar kejuruteraan, mestilah jadi jurutera. Seorang pelajar pengajian agama, mestilah menjadi ustaz.
Biar aku kongsi pengalaman rakan-rakan sepengajian undang-undang. Seorang daripadanya kini menjadi peniaga tudung online yang kaya raya. Seorang lagi menjadi peniaga besi kimpalan. Seorang lagi menjadi pengacara televisyen yang terkenal. Seorang lagi menjadi ketua editor syarikat penerbitan terkenal.
Adakah sia-sia ilmu yang ditimba mereka di universiti dulu? Inilah yang selalu dilemparkan kepada golongan seperti mereka, khususnya sebelum mereka berjaya, menjadi terkenal, kaya raya dsb.
Sebab itulah aku mengajak kita berfikir sama ada tujuan kerja kita untuk aplikasi ilmu atau pendapatan yang membantu kita meneruskan kehidupan? Aku percaya lebih ramai mementingkan pendapatan.
Bagi aku tidak salah. Bukankah Allah suka hambanya yang kaya daripada miskin? Bukankah para sahabat seperti Abdur Rahman bin 'Auf dan Uthman ibn 'Affan adalah hartawan?
Dengan pendapatan yang baik, maka kewajipan dan tanggungjawab mereka terlaksana dengan baik. Seorang suami bertanggungjawab menyediakan keperluan harian kepada keluarga. Rumah, pakaian, makanan, nafkah.. ini baru yang asas.
Tanggungjawab sebagai ayah, keperluan sekolah anak-anak dan seumpamanya? Sebagai anak dan abang/adik/kakak, sudah tentu masalah ayah/ibu/adik-beradik harus diringankan? Sebagai anggota masyarakat, keperluan orang yang lebih susah perlu dibantu dengan banyak bersedekah.
Jadi, apa jua pekerjaan yang baik dan mengarah kepada pelaksanaan kewajipan dan tanggungjawab kita itu adalah sesuai untuk kita. Usahlah lagi kita memandang kecil kepada sesiapa yang tidak bekerja sesuai dengan bidang pengajiannya.
Memanglah ilmu yang dipelajari perlu dimanfaatkan. Itulah kehendak agama. Tapi benarkah ibubapa atau diri kita sendiri benar-benar mahukan yang ini atau mahukan maksud di sebaliknya iaitu pendapatan yang baik? Renung-renungkanlah.
p/s: Berniaga sendiri lebih baik daripada makan gaji
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
Popular
-
Mula-mula aku berasa sakit yang tak tertahan pada geraham bongsu yang dah lama di menyempit di hujung rahang kanan. Memang malam itu langsun...
-
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
-
Kepada semua pembaca blog sama ada kenalan baru dan lama, anda dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan saya yang akan diadakan di Jitra, Kedah ...
4 ulasan:
ilmu yang ditimba tidak akan sia-sia walaupun pekerjaan kita berbeza dengan ilmu yang dituntut di universiti dulu. insyaAllah ilmu yang baik dapat digunakan dalam apa jua pekerjaan yang kita ceburi
p/s jangan jadikan gaji faktor terpenting dalam pekerjaan. takut-takut nanti leka mengejar gaji besar tanpa menghiraukan barakah pekerjaan tersebut
Setuju. Ya, barakah itu lebih penting kerana sedikit tetap cukup bila barakah. Banyak pula tak cukup bila tak barakah.
Semasa saya mengisi borang dan juga sewaktu ditemuduga, saya tidak ambil tahu tentang gaji pun, ketika mencari kerja, saya lebih fokus kepada 'saya mahu dapat kerja secepat mungkin'. Saya mahu membalas jajsa ibu bapa saya, kalau tidak dengan memberi duit setiap bulan pun, mungkin ada rezeki lain di kala raya..(haha, kenapa mesti waktu raya??)
Cukuplah mereka berbangga dengan anaknya yang telah berjaya mendapat pekerjaan setelah bersusah payah membesarkan dan mendidik saya.. Selain itu, mungkin didorong faktor suami yang masih bekerja NGO ketika itu.. Apapun, wanita pada masa ini perlu ada sumber pendapatan sendiri. Kerja, jika bukan untuk gaji pun, untuk kepuasan diri sendiri..
Barakah itu bukanlah dikira semata-mata dari gaji itu sendiri, ia juga berkait dengan keikhlasan, komitmen dan lain-lain..
Setuju dgn pandangan suhail. Bidang yg kita belajar tak semestinya itulah yg kita jadi.
Tertarik dgn pandangan rafiza. 'Kerja, kalau bukan kerana gaji pun untuk kepuasan diri sendiri'...
Ya, dari menjadi pelajar sains kemanusiaan, akhirnya saya memilih menjadi surirumah yg juga usahawan. Lebih perit, lebih 'rendah' rasanya diri ni.
Tapi akhirnya saya berfikir dan merasakan, inilah satu2nya pekerjaan yg memberikan saya kebebasan dan kepuasan.. walau dipandang 'rendah dan tiada berjasa, lagi mempersiakan masa belajar di universiti dulu2..'
Walaupun puas dan hati lebih tenang, kos lepasnya tetap ada. Pointnya adalah berani ambil risiko dlm apa jua bidang dan hidupan yg kita pilih.
Barakah terletak pada niat dan cara kita mengerjakan sesuatu itu.
Catat Ulasan