header-photo

Siapa ajar anakku cakap "Babi"?

Anak senang ikut apa kita buat. Baiklah perangainya bila baik yang dilihatnya. Sejak akhir-akhir ini, anakku suka datang dekat dan menggonyoh mukanya di muka ibu ayahnya. Macam geram tapi manja.

Tak pernah pula terfikir kenapa dia buat macam itu sampailah aku dengar ceramah kisah Abdur Rahman ibn Abu Bakrah.

Dia sangat memerhatikan apa yang ayahnya lakukan pagi dan petang lalu bertanya tentang apakah yang ayahnya lakukan. Dalam hadis itu anaknya menjelaskan amalan zikir ayahnya secara terperinci. Nak tunjuk kat kita yang anak sangat tajam pemerhatiannya.

Bukan itu saja, anak juga mudah menghafal. Walaupun hanya dengan mendengar apa yang disebut orang lain. Tanpa perlu diajar untuk menghafalnya.

Lepas itu, terus menerpa di fikiran aku kenapa Najla dok gonyoh kami. Rupa-rupanya sebab aku yang suka bergurau senda dengan dia macam itu setiap kali balik kerja. Patutlah dia buat begitu.

Tadi isteriku cerita Najla dok cakap BABI berkali-kali. ini memang pelik sebab kami tak pernah sebut perkataan itu, apatah lagi untuk memaki hamun dengan perkataan itu.

Boleh jadi ke Najla terdengar sebutan BABI daripada kanak-kanak yang suka bermain di tingkat bawah, terjerit-jerit dan memaki hamun hampir setiap hari. Memang mereka suka mencarut. Adoi..

Najla juga terikut jerit "Epah!" bila pintu depan terbuka. Sebabnya memang aku suka jerit macam itu untuk panggil adikku yang tinggal di rumah sebelah.

Anakku sudah mula banyak bercakap. Jaga-jaga.

p/s: Kisah itu diceritakan dalam hadis sahih #5071 Kitab Sunan Abu Daud.

4 ulasan:

Ticer Syah berkata...

btul tu.. depa mmg mudah ikut.. tp bukan paham pon.. janji leh cakap.. tu pasal nak pilih pengasuh or nursery pon kena hati2.. kalau pengasuh asek carut aje..jenuh anak kita pon jadi kaki carut..huhuuhu

PRASEKOLAH SARJANA MUDA berkata...

Sebab tu tak suka bwk anak2 main kt plyground bebudak suka memaki&mencarut.mmg kena pilih rumah&surounding yg baik..kalu kt sekolah sape yg ckp mencarut mmg kena marah teruk smpi cikgu bg amaran yg diaorg akan ingt peraturan tak bole mrncarut&maki hamun kt sekolah.kalu kt rumah atas t/jwb parents utk bgtahu do and don't..

Sahalfikri berkata...

Mamida: Itulah pasal bila anak banyak masa dengan org lain, susah kita nak kawal apa yang patut dia belajar dan dengar.

Prasekolah sarjana muda: kena ajar juga anak cara memilih kawan yang baik. Teringat pengetua sekolah dulu ada pesan betapa pentingnya iklim dini. Maksudnya persekitaran yang terasa syiar islamnya. Dengan cara itu orang2 di dalamnya akan lebih terpelihara cara hidup mereka.

Sahalfikri berkata...

Tadi anakku sekali lagi menyebut perkataan itu. Kali ini lebih jelas situasi bila dia sebut. Waktu itu kanak2 nakal yang dok main jerit dan carut di bawah rumah sedang bising2. Anakku meluru ke tingkap lalu ditolaknya tingkap nako itu dan jerit "babilah!" sekaligus aku rasa dari merekalah dia belajar perkataan itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...