Setiap kali anak balik dari sekolah, ibu bapa yang bertanggungjawab selalunya akan bertanya tentang kerja rumah. Ada ibu bapa yang rajin teman anak siapkan kerja rumah. Bagus begitu.
Ini semua dibuat bukan semata-mata untuk tidak dimarahi guru jika tak siap kerja rumah. Ia menggalakkan anak untuk sungguh-sungguh belajar. Tambah pula bila nampak ibu ayah turut serta beri sokongan untuknya belajar.
Hatinya tentu girang dan gembira untuk buat kerja rumah. Itu pun kalau ibu bapanya bukan singa yang sentiasa nak menerkam mangsa. Hehe..
Tiada ibu bapa yang nakkan anaknya gagal dalam pelajaran. Suatu kegembiraan dan kebanggaan ibu bapa apabila anaknya mendapat nombor satu dalam kelas. Apatah lagi kalau menjadi pelajar cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan Universiti.
Tapi ada satu kesedaran yang lebih penting daripada itu. Pelajaran yang kita tekankan itu adalah fardhu kifayah, maksudnya satu kelompok masyarakat terlepas tanggungjawab dalam bidang ilmu terbabit sekiranya ada segelintir (walau seorang pun dah cukup) yang mahir ilmu itu.
Ilmu fardhu 'ain tak siapa pun boleh tinggalkan. Ini lebih penting, tapi di manakah kita letakkan kepentingan ilmu ini? Ilmu apa? Ilmu agama.
Aku menulis untuk muhasabah diri juga. Dalam seminggu agak-agak berapa kali kita menuntut ilmu agama? Kita cerita pasal diri kita dululah sebelum nak masuk bab mengajar anak ilmu ini.
Kalau difikir-fikirkan kembali, ilmu apapun (fardhu kifayah atau fardhu 'ain) macam terhenti setakat di universiti. Selepas daripada itu, bagi yang tidak mencari, tiada penambahan ilmu.
Hari demi hari disibukkan dengan kerja. Waktu lapang pula untuk bersama keluarga. Memang mungkin setiap hari dok buka buku tapi buku kedoktoran, kepeguaman, kejuruteraan, perbankan dan sebagainya.
Agak-agak buku agama, pasal aqidah, syariah dan akhlak dah berapa lama kita tak buka? Jika sudah lama tak buka, ayuh kita mulakan semula. Mungkin kali ini bersama isteri atau anak-anak.
Kita cuba ambil masa setiap hari setakat 15 minit selepas Maghrib untuk baca Quran bersama atau baca buku agama sambil didengar anak isteri. Penting sebenarnya untuk kita ulangkaji atau tambah ilmu agama sebab ia fardhu 'ain.
Takut-takut selama ini aqidah kita tak lurus. Kita bekerja yang patutnya dapat jadi ibadah, langsung tiada faedah melainkan untuk bergantung harap pada gaji, seolah-olah rezeki di tangan majikan.
Takut-takut selama ini syariah kita tak lurus. Kita solat tak pernah tinggal, puasa lengkap, zakat ditepati, haji ditunaikan dsb. Tapi kesemuanya tak menepati rukun dan syarat sah ibadah itu.
Takut-takut selama ini akhlak kita tak lurus. Kita tak tahu bagaimana nak menjaga hak orang lain. Kita sibukkan diri sendiri. Kita berselisih dengan saudara tanpa mempamerkan senyum atau menyapa dengan salam.
p/s: Ada yang bangga anaknya menyanyi dalam program realiti, ada juga yang bangga anaknya mengaj dalam program realiti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
Popular
-
Mula-mula aku berasa sakit yang tak tertahan pada geraham bongsu yang dah lama di menyempit di hujung rahang kanan. Memang malam itu langsun...
-
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
-
Kepada semua pembaca blog sama ada kenalan baru dan lama, anda dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan saya yang akan diadakan di Jitra, Kedah ...
2 ulasan:
ya, kita mesti ada rasa bangga apabila anak kita berjaya dalam sesuatu perkara yang dia buat. Misalnya, dia memenangi hadiah pertama dalam acara lumba lari 100 meter atau menang hadiah utama dalam pertandingan menulis esei anjuran sesebuah organisasi.
kita juga bangga apabila anak kita naik pentas dalam majlis anugerah cemerlang di peringkat sekolah menengah yang mana beliau menang hadiah pertama, atau kedua atau ketiga dalam keselruhan tingkatan.
Oleh itu, kita juga mungkin bangga apabila anak kita berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir atau masuk ITM.. Ini semua adalah kurniaan Ilahi kepada Ibu Bapa. Maka kita harus bersyukur ke atas semua kejayaan tersebut.
bagi anak yang berjaya dalam acara nyanyian, itu juga merupakan kejayaan dalam bidang yang dia cenderung. setiap org tak sama kejayaannya.
kalau Mark Zuckenberg, dia berjaya dalam penghasilan Facebook, kalau Steve Jobs, beliau berjaya dalam menghasilkan komputer apple. begitu juga dengan Ustaz Don, ibu bapanya mesti bangga anaknya menjadi seorang ustaz dan dapat menyampaikan ilmu Allah kepada manusia.
Betul, memang kita patut rasa bangga atas pencapaian yang diperolehi anak-anak dalam apa jua bidang. Tulisan saya sekadar mengajak kita merenung seandainya kejayaan yang dicapai tadi (antaranya contoh yang tuan berikan) tidak seiring dengan pencapaian agama, ia akan merugikan diri seorang yang bergelar Muslim.
Katakanlah anak kita atau diri kita pandai dan cemerlang dalam pelbagai bidang bukan agama, ianya tiada guna sekiranya solat tidak dibuat, Allah tidak dikenali, dan kewajipan asas seorang Muslim tidak dilaksanakan.
Saidina Ali pernah berpesan, " Jikalau inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu. Jikalau inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Dan jikalau ingin kedua-duanya, hendaklah dengan ilmu."
Maka, selaku Muslim, tujuan hidup kita bukan sekadar berjaya di dunia, bahkan juga di akhirat.
Ilmu asas agama adalah wajib diketahui dan diamalkan oleh setiap bergelar Muslim. Jadi, rugilah jika kita menjadi peguam hebat di dunia tapi tidak bersolat (contoh) atau jutawan yang tidak keluarkan zakat.
Wallahua'lam..
Catat Ulasan