Sejak akhir-akhir ini, aku perasan banyak perubahan dalam kehidupan bersosial di kalangan masyarakat. Ini semua bermula daripada wujudnya laman jaringan sosial di internet.
Aku ingat lagi, dulu-dulu MIRC cukup terkenal sebagai laman sosial pertama popular di Malaysia. Bermulalah istilah chit-chat (yang asalnya produk makanan nestle) menjadi popular merujuk kepada aktiviti chatting. Para ustaz berceramah pun sebut chit-chat sana sini.
Kemudian, wujudlah Friendster. Kemudian, bertambah lagi (aku pun tak dapat sign up yang lain-lain) sehinggalah kini, Facebook.
Bezanya dulu, telefon pintar tiada. Masih aku ingat, telefon bimbit pertama aku ialah Sony Ericsson empat segi, siap dengan antena kecil bersalut getah. Telefon bimbit hanya digunakan untuk menelefon dan bermesej. Itu sahaja.
Tapi kini, telefon pintar bukan saja mampu dimiliki orang berkerjaya. Anak-anak di bangku sekolah turut dibekalkan ibubapa dengan telefon pintar. Maka, boleh dikatakan pemiliknya seolah-olah tidak berpisah dengan laman mukabuku (dan laman sosial lain).
Perasan tak apabila kita keluar makan bersama keluarga, kita atau orang lain, kurang berinteraksi sesama ahli keluarga. Masing-masing sibuk tengok apa update mukabuku. Ada yang tersengih, senyum dan ketawa. Tapi bukan kerana berbual dengan keluarga sendiri atau rakan di depan mata.
Ayah dan ibu adalah orang lama. Mereka memang biasa berbual berdua sejak anak-anak berjauhan. Setibanya anak pulang ke kampung, di dalam kereta, tanya khabar ayah ibu dibalas sepatah. Sebabnya di tangannya sibuk sms atau melayan mukabuku. Betapa sedihnya hati ayah ibu yang mengharapkan dapat berbual mesra dengan anak-anak yang jarang bertemu. Begitulah yang mungkin berlaku.
Bukan sekadar itu. Dalam sesi temuduga, panel penemuduga pernah beritahu, ramai calon tidak boleh berinteraksi dengan baik. Bahkan bahasa yang digunakan pun seolah macam mereka bercakap dalam mukabuku.
Jika benar situasi ini semakin berleluasa, aku bimbang kemahiran berkomunikasi dalam meneruskan hidup bersosial semakin lemah. Akibatnya berlaku banyak salah faham, terasa hati dan pentingkan diri sendiri.
Aku percaya kemahiran ini hanya dapat diasah dalam kehidupan realiti. Kehidupan maya tak boleh ganti peranan manusia sebenar di luar. Sebab itulah adab budaya dan tatasusila tidak boleh terbentuk dalam dunia maya.
Pesan ini untuk aku juga yang gila gajet. Apabila bersama keluarga atau rakan, kurangkanlah penggunaan alat-alat canggih ini melainkan yang mendesak saja. Banyakkan tegur sapa walaupun dengan orang yang tidak dikenali.
Macam di perhentian bas, begitulah yang biasa aku buat dulu. Dan orang lain pun waktu zaman persekolahan. Penumpang di sebelah pun kita berbual panjang. Jika makan di warung, orang lain yang duduk semeja pun kita tegur dan berbual.
Tapi sekarang, aku pun dah kurang berbual, tambah pula orang lain yang ditegur seolah lebih selesa 'berbual' dalam telefon pintar saja. Pengalamanku juga, kenalan dalam mukabuku yang nampak 'peramah' apabila bertemu, tidak semenarik kita berbual dengannya dalam mukabuku.
Zaman sudah berubah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
Popular
-
Mula-mula aku berasa sakit yang tak tertahan pada geraham bongsu yang dah lama di menyempit di hujung rahang kanan. Memang malam itu langsun...
-
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
-
Kepada semua pembaca blog sama ada kenalan baru dan lama, anda dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan saya yang akan diadakan di Jitra, Kedah ...
3 ulasan:
kemahiran berinteraksi hanya boleh dipupuk dengan latihan berkomunikasi secara fizikal, bukan secara maya. kadang-kadang generasi sekarang seakan terlupa bagaimana untuk berbual dengan'beradab' dek kerana bahasa yang dipakai bukan bahasa yang selayaknya digunakan untuk berbicara. bila gaya bahasa tidak kena tempat pasti orang yang diajak bicara akan terasa. agak jengkel melihat pemandangan sekeliling hari ini yang penuh dengan orang yang asyik melayan telefon pintar di tangan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
p/s :'facebook' maksudnya muka buku atau buku muka?
Generasi terdahulu mungkin rasakan cara komunikasi generasi hari ini sedikit 'biadap' tetapi mereka tidak pula rasakan begitu. Ini jurang generasi agaknya, yang telah mengubah budaya masyarakat. Walaupun begitu, saya lebih gemar untuk kekalkan budaya lama sekalipun dengan zaman yang semakin canggih.
p/s: Betul, sebenarnya buku muka tapi muka buku lebih popular dan diterima umum lebih2 lagi apabila lagu Najwa Latif menggunakan istilah itu.
Apa yg saya lebih bimbangkan apabila para guru juga menulis dan gunakan bahasa seperti anak2 muda.. menulis status pun lebih kurang gaya anak muda.. walhal anda seorang GURU!
Terima kasih suhail kerana menulis tentang ini dengan baik sekali! ;)
Catat Ulasan