Selepas aku menonton Bersamamu di TV3 minggu lepas, terus terasa ingin menulis sesuatu tentang kesusahan. Sebabnya aku rasa hidup orang yang lebih susah mungkin juga berlaku kepada orang yang tidak miskin.
Ada orang keluarganya miskin. Kais pagi makan pagi. Rumahnya kecil dan tidak selesa. Anak-anak tak dapat bersekolah kerana perlu menjaga adik-beradik lain di kala ayahnya ke laut. Emak pula sudah tiada. Memang sayu melihat keadaannya.
Tiba-tiba terlintas di fikiran aku, orang kaya pun boleh hidup lebih susah daripada itu. Memanglah dia ada kereta besar, rumah besar, pakaian berjenama dan mahal, ada gajet canggih bukan main dan sebagainya.
Tapi bila dibandingkan dengan orang miskin tadi, aku rasa orang kaya ini lebih susah. Kebanyakan yang hebat dia miliki adalah hutang, yang setiap bulan perlu dilangsaikan. Ada masa takut kalau-kalau rumah dimasuki pencuri. Kadang-kadang bimbang kalau kereta mewah tercalar dan dilanggar. Dari jauh mungkin kita nampak dia tenang dan senang. Hakikatnya, tanyalah sendiri orang kaya itu.
Berbeza dengan orang miskin, biasanya barang keperluan ditambah apabila bajet mencukupi. Sebabnya semua dibeli tunai. Bank mana nak bagi hutang kepada orang miskin. Walaupun nampak susahnya hidup mereka, mereka mungkin tenang menjalani hidup itu.
Kena diingat juga, orang fakir itu hampir kepada kekafiran. Sebabnya orang fakir miskin mungkin boleh jadi tersimpang aqidahnya apabila menyalahkan takdir yang menimpa dirinya. Mungkin berusaha dengan cara yang salah bagi mendapat kekayaan.
Hendaklah orang yang mampu, memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, hendaklah ia menafkahkan dari apa yang diberikan Allah kepadanya; Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar yang diberikan Allah kepadanya. Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahanBukan aku kata tak perlu jadi orang kaya. Maksud aku kekayaan bukan jaminan kebahagiaan dan ketenangan. Rumah yang besar belum tentu mendamaikan. Duit yang banyak belum tentu menceriakan. Melainkan bagi mereka yang menggunakannya ke jalan yang dikehendakiNya.
(At-Talaaq:7)
Kena diingat juga, orang fakir itu hampir kepada kekafiran. Sebabnya orang fakir miskin mungkin boleh jadi tersimpang aqidahnya apabila menyalahkan takdir yang menimpa dirinya. Mungkin berusaha dengan cara yang salah bagi mendapat kekayaan.
Jadi, di mana pun status kita hari ini, bersyukurlah. Hanya dengan mengingati Allah, hati akan sentiasa tenang.
2 ulasan:
mungkin 'kesusahan' orang senang adalah kerana kekayaan yang dimiliki kurang nilai barakahnya. mungkin 'kesenangan' orang susah adalah kerana sesuap nasi yang masuk ke dalam perut ahli keluarga datang dari sumber penuh barakah. belajarlah mensyukuri apa yang Allah titipkan dalam kehidupan seharian kerana mungkin hanya sekadar itu bahagian kita pada hari tersebut. berlapang dada dengan jalan takdir yang telah Allah siapkan untuk kita nescaya jalan hidup kita akan terasa mudah
ya, the magic word is "barakah".. itulah yang harus kita faham dan sedar. Pernah saya berbual dgn seorg sahabat yg jatuh naik dalam bisnesnya. Apabila ditanya kisah bisnesnya, pernah suatu ketika tiada duit langsung tinggal dlm akaun sedangkan hari itu bisnes tetap perlu dijalankan. Dia tak sesal atau merungut, tetap senyum dan redha kerana yakin rezeki sudah ditetapkan Allah. Dan memang benar, bantuan Allah datang dalam cara yang tak disangka-sangka kemudiannya.
Catat Ulasan