27 Mei 2011

Nama asal Guangzhou ialah Zaitun

Bila orang dah mula sebut pasal Guangzhou, fikiran aku terus menerjah kenangan silam tinggal di sana. Satu perkataan saja yang boleh aku gambarkan. Seronok!

Apatah lagi kalau aku membelek gambar-gambar yang aku snap sepanjang berada di sana. Terasa rindu sekali untuk kembali ke bumi itu.

Jika Malaysia adalah negara Islam, negara itu adalah negara kafir. Namun suatu ketika dahulu bumi Guangzhou itu bersinar dengan kedatangan pakcik Nabi. 800 tahun lebih awal daripada Islam datang ke Malaysia.

Guangzhou dulu dikenali sebagai Kanton dalam buku sejarah. Kalau baca buku catatan perjalanan (Rihlah) Ibnu Battuta, dinyatakan tempat itu sebagai Zaitun kerana begitu ramai orang Arab berdagang di sana. [Marco Polo juga sebut Zaiton]

Zaitun-Kanton-Guangzhou. Inilah sebabnya aku teringin berada lebih lama di sana. Aku mahu mengkaji dan meneladani kesan tinggalan sejarah ini. Jika dulu setahun saja, lepas ini perlu lebih lama. Bukan lagi berseorangan tapi bersama keluarga.

Untuk menambahkan semangat aku, selepas ini aku berazam untuk menghimbau kembali nostalgia lama. Aku akan kongsi gambar yang ada sebagai sumber inspirasi.

2 ulasan:

Unknown berkata...

saya da emel,tp xde jawapan pun...erinkusyg@hotmail.com

Sahalfikri berkata...

Cik Erin, saya sudah semak email tapi tiada pun. Boleh emel semula berserta butiran yang perlu (jika berkenaan tour ke Guangzhou) spt tarikh flight, jumlah pax, penginapan, pengangkutan, tujuan ke sana, dsb.

Emelkan ke muhdsuhail.ahmad@gmail.com. Terima kasih.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular