03 Mei 2011

Usah diperbodohkan oleh politik kotor

Semalam apabila kedengaran tentang kematian Osama dalam warta tv, aku berasa ragu-ragu, apatah lagi selepas disiarkan gambar ini. Sewaktu gambar disiarkan, aku khabarkan pada isteri bahawa ini gambar suntingan grafik.


Aku agak teliti dalam bidang suntingan grafik ini sebab ia adalah eksplorasi awal perkembangan bakatku dalam bidang multimedia dan grafik. Berikut adalah beberapa perkara yang meragukan:

  • Posisi gambar mayat sewaktu hidupnya adalah sama khususnya pada gerak bibir dan kepala sedikit serong.
  • Kelihatan piksel (pixel) gambar di bahagian bawah dan atas muka adalah berbeza
  • Tona warna kulit juga berbeza
  • Bahagian bawah muka pula umpama tiada kesan langsung akibat serangan, ini kurang meyakinkan kerana kecederaan di bahagian nampak parah

Disebabkan ketidakpuasan hati atas berita ini, aku terus mencari kebenarannya melalui internet dan aku dapati dalam laman ini gambar asal yang telah disunting untuk gambar Osama ditampal. [Sumber]

Osama Bin Laden Dead

Bukankah gambar asal itu lebih meyakinkan kita akan pembohongan yang cuba dibuat. Mungkin juga ini kesilapan pihak media yang mendapatkan informasi dari sumber yang kurang sahih kerana masyarakat dunia khususnya di Amerika kini sedang minta gambar asal mayat Osama untuk disiarkan. [Sumber]

Untuk rekod Amerika juga pernah membuat pembohongan besar kepada dunia yang hingga kini masih dipercayai kebanyakan masyarakat dunia. Peristiwa 9/11 adalah batu loncatan untuk George Bush menyerang Iraq dengan pelabelan Islam sebagai pengganas dan meletakkan Osama sebagai sasaran utama.

Video yang memaparkan kapal terbang kedua merempuh menara WTC itu adalah suntingan grafik juga yang sudah disediakan lebih awal. Lebih banyak lagi isu lain boleh diketengahkan dalam pembohongan ini. [Klik di sini untuk bacaan lanjut]

Maka, kali ini tentu saja ada alasan kenapa pembunuhan Osama berlaku di Pakistan sedangkan banyak fakta berkenaan agak kabur khususnya pengebumian di laut. Ahhh.. mungkin kerana uranium yang belum terusik.

Di Malaysia, video juga dijadikan bahan politik yang menjijikkan bagi mengharapkan kepercayaan rakyat akan kesahihannya. Ini hanyalah satu tindakan yang serupa cuma perbezaannya suntingan video ia kelihatan sempurna, kata orang sebab aku tak tengok pun.

Namun, sebagai pencinta filem berunsur politik dan thrill, aku percaya apa yang disiarkan penerbit filem sedikit sebanyak adalah cerminan dunia sebenar dengan modifikasi grafik. Modifikasi grafik ini yang membuatkan penonton menyatakan ," Waaahhh.." "Wowww.." "Macam real la.." dan kata-kata serupa yang menunjukkan kekaguman.

Identiti seseorang diubah oleh kerajaan seperti dalam filem Knight and Day adalah satu perkara yang bukan mustahil berlaku di kebanyakan negara melibatkan kes berprofil tinggi. Ini mungkin juga berlaku kepada Osama yang merupakan anak didik CIA. 

Begitu juga dipaparkan dalam filem Salt di mana Angelina Jolie sebagai agen rahsia Russia mengenakan topeng getah untuk tujuan penyamaran. Maka ia juga mungkin dikenakan oleh pelakon aksi jijik dalam video yang disiarkan pihak berkepentingan politik di sini.

Apa lagi yang harus aku katakan melainkan berjaga-jagalah dengan dunia politik yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai kepentingan diri atau kelompoknya semata-mata. 

Jangan mudah terpedaya, izinkan pihak perundangan secara sah mensahihkan segala tuduhan, kerana mempercayainya hanya memberi kredit kepada penuduh tanpa memberi manfaat lebih kepada diri kita.

p/s: Aku sarankan kalian tontonlah kedua-dua filem itu

6 ulasan:

SITI berkata...

OMG!

Kita pun mula-mula ada ragu-ragu Tapi, melihat Obama dengan yakinnya umumkan perkara ini, jadi....

Takkanlah pulak dia berani umumkan kalu tak rancang "penipuan" dengan betul dan cekap dan tidak dapat dikesan dengan mudah.

Tak bijak seungguh presiden yang satu ini. haih.

Sahalfikri berkata...

Lupa pula nak katakan juga, seperti dalam berita tadi, pihak Pakistan hairan dengan pendirian En Presiden yang awalnya pro-Islam dan kini kelihatan ala-Bush sikit.

Namun, masih tidak hairan kerana En Presiden biar siapapun dia, semestinya terpaksa akur dengan kehendak 'freemason' yang menguasainya.

Ya, tak bijak nampaknya Presiden, mungkin dia belum cukup masak dengan 'permainan' ini.

WanYgBest berkata...

aku pun sangsi dgn kematian Osama, and for some reasons, aku sangsi dgn kewujudan Osama nih..

berita di UK & US menyiarkan gambar si presiden besama2 menteri2nyer sedang 'berdebar' menyaksikan mission membunuh osama secara live...kalau gmbar mereka sedang menonton secara live boleh disiarkan, takkan gambar US most wanted yg dicari selama 10 thn ni x dpt disiarkan walau sekeping? kenapa terburu2 menghumbannya ke laut?

p/s: pilihan raya US penggal ke-2 akan bemula x lama lagi...

wawa berkata...

saya juga perasan similarity gambar osama yang hidup dengan gamabar yang disebarkan pada media. cara beliau tersenyum ketika hidup juga sama dengan cara mayatnya di pamerkan. kita hidup di zaman teknologi menguasai segalanya dan salah sebuah kuasa di sebalik teknologi tersebut adalah.....(you know who). kita seharusnya skeptikal dalam menilai berita yang kita baca dan tonton setiap hari, tidak kira dalam atau luar negara. pilihan raya amerika akn berlangsung pada 2012. mungkin pentadbiran obama terdesak untuk meraih undi setelah dilihat tidak mampu menangani isu ekonomi dan isu polisi luar negaranya yang dilihat rakyat amerika tidak serius

Sahalfikri berkata...

Betul itu Wawa. Saya merasakan rakyat khususnya Gen-Y lebih skeptikal dalam menerima berita-berita sebegini kerana 'kepakaran' mereka dalam selok belok IT.

Namun, betapa ruginya andai 'kepakaran' ini hanya dimanfaatkan untuk tujuan berhibur semata-mata.

Terkini, Amerika sudah jelas menyatakan mereka tidak akan siarkan gambar Osama kerana ia sangat teruk.

Kalau dahulu, mereka cukup suka menayangkan video ucapan Osama yang diburu-buru. Apabila sudah dapat, langsung tidak mahu buktikan 'kehebatan' mereka menangkap 'petualang' dunia ini.

Ticer Syah berkata...

mmg fail la cara depa editing gambo.. kesian mayat yang ditiru gambarnye tu..hhuhu.. nampak tipuk sungguh.. dan sedihnye pemimpin malaysia pon sokonggg. sengal.. huhuu..

citer salt dah tgk..citer knight and day tak tgk lagi.

so bla tgk video anuar wpon sikit..aku terus tingat citer salt..hehehe.. dah la gambar itam puteh..sengal la sapa percaya itu video..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular