header-photo

Aku benci subjek Sejarah


"Aku benci subjek Sejarah." Tambah pula buku sejarah zaman aku dicetak atas kertas kitar semula (berwarna kekuningan). Teks yang tertulis cukup panjang. Setiap kali membacanya, rasa mengantuk.

Realiti rupa bentuk buku itu benar. Cuma kata benci itu bukan datang dari aku. Barangkali dari sekelompok warganegara Malaysia yang mempelajari sejarah pada zaman yang lebih awal daripada aku dengan rupa bentuk yang lebih daif. Kelompok ini mungkin lebih bencikan sejarah.

Kelompok yang lebih awal daripada mereka, yang mungkin terlibat dalam sejarah yang dibukukan ini sudah tentu sangat meminati sejarah. Dan sudah pasti mereka seronok melihat buku sejarah. Apatah lagi apabila generasi hari ini dapat menghayatinya dengan lebih baik. Sebab buku sejarah kini bergambar dan berwarna warni.

---

Aku dulu tak benci sejarah, cuma kurang berminat sebab rupa bentuk tadi. Aku juga tak puas sebab belum habis persoalan di minda terjawab atas cerita-cerita itu, sudah masuk bab lain.

Tapi aku hargai sejarah. Makin bertambah usia, makin terasa pentingnya sejarah. Aku kira kelompok yang benci sejarah ini boleh merosakkan negara. Apatah lagi jika cuba memadam sejarah.

---

Hari itu ada warganegara Malaysia minta novel Interlok memadamkan fakta sejarah. Hari itu ada warganegara Malaysia persoalkan status agama dalam kad pengenalan. Hari itu ada warganegara Malaysia minta hak istimewa bumiputera dihapuskan. Hari itu ada warganegara Malaysia persoal kuasa Mahkamah Syariah. Hari itu..

Dan hari ini, ada warganegara Malaysia yang minta agama Persekutuan Malaysia ditukarkan ke agama lain. Mereka inikah golongan yang benci sejarah? 

---

Cuba buka dompet anda sekarang. Sila cari kad pengenalan anda. Apakah yang tertulis di bawah gambar anda? WARGANEGARA!!!

Jika anda amati buku sejarah, bahkan ada juga tertulis di kulit belakang buku tulis sekolah anak anda, tertulis kemas RUKUN NEGARA. Rukun ini adalah wajib diamalkan oleh setiap WARGANEGARA. Jika tidak, pulangkan kad pengenalan anda dan sila beredar dari negara ini.

Kepercayaan Kepada Tuhan.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
Keluhuran Perlembagaan.
Kedaulatan Undang-undang.
Kesopanan dan Kesusilaan.

3 ulasan:

Rin berkata...

kiranya.. golongan atheis tak layak jd warganegara la eh? sbb takde kepercayaan kpd Tuhan..

Fakhri Bey berkata...

keberadaan golongan atheist dan yang menentang kehidupan beragama berpaksikan Tauhid membantutkan pembangunan negara yang bertuhan.

Sahalfikri berkata...

Rin: Seharusnya begitu
Fakhri: Setuju.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...