Hari ini cukup panas. Badan pun terasa panas. Lantas aku teringat pada Uncle Azman. Dialah teman rapatku sewaktu berada di Guangzhou. Kata uncle, "Minumlah Wang Lao Ji untuk sejukkan badan".
Air apa ini? Kata uncle ianya halal sebab ia berasaskan herba. Setiap kali kami bermain boling, inilah minuman pesanan kami. Dan sememangnya ia menyejukkan dari dalam.
Di Malaysia ia dikenali sebagai air Wong Lo Kat tetapi Wang Lao Ji di Guangzhou? Perbezaannya hanya pada bahasa. Di Malaysia menggunakan Bahasa Kantonis, bukan Bahasa Mandarin dalam menyebut perkataan yang sama.
Resipi minuman herba ini diasaskan oleh Wong Chat Bong pada zaman Dinasti Qing iaitu pada tahun 1828. Ia diperkenalkan di wilayah yang pernah aku diami, Guangdong (ibu negerinya ialah Guangzhou). Jadi, meminumnya mengingatkan aku nostalgia kembara di sana.
Entah kenapa hari ini aku terasa was-was akan kehalalan air ini. Jadi, aku semak terus direktori halal keluaran JAKIM untuk dapatkan kepastian. [Sila klik di sini]
Alhamdulillah, ia halal untuk dinikmati. Ayuhlah kita tingkatkan kepekaan tentang status halal makanan dan minuman yang kita pilih. Ia bakal menjadi darah daging kita yang tidak boleh dipisahkan.
Kini ramai pengguna sudah mulai merasakan kepentingan status halal hingga menyebabkan syarikat bukan Islam turut berusaha mendapatkan status demikian.
Namun, kita tetap perlu awas akan 'lakonan' yang berani oleh sesetengah peniaga yang ingin menarik pelanggan Melayu dengan meletakkan logo halal yang tidak diiktiraf.
Untuk kepastian, semak saja dalam laman JAKIM tadi. Atau beranikan diri untuk bertanyakan sijil halal yang seharusnya dipaparkan. Paling tidak pun, status halal yang dikeluarkan badan luar juga boleh diterimapakai.

p/s: Jika was-was, usah makan atau minum produk itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan